Thursday, February 26, 2009

SEARCH FAREWELL TOUR 2009

Assalamulaikum..

Apa konsert rock kat Kota Bharu?? Yup, bakal menjadi realiti pada tahun ini! Di kalangan ahli Duniasearch (DNS) dah heboh tentang ‘Search Farewell Tour 2009’, dan lebih mengejutkan melibatkan 10 venue di Malaysia! Wargh… So happy dan lebih membuatkan hati ni terasa happy adalah tour tersebut akan bermula di Terengganu! Perkara ini telah di confirmkan oleh Amy sendiri dan tour tersebut akan bermula April dan last di Shah Alam pada Ogos. Pada dua hari lepas, Search telah pun buat photoshoot untuk promo tour ni dan semestinya perkara ini hampir menjadi kenyataan!

Setelah sekian lama tertangguh untuk melaksanakan konsert ulangtahun, akhirnya masih ada penaja yang percaya bahawa Search mampu bikin show tersebut Full House! Percayalah yang anda tidak akan rugi sekiranya apa-apa yang melibatkan Search! Sampai hari ini saya masih tidak percaya Search bakal beraksi di 10 venue Malaya dan insyaAllah saya sendiri confirm akan turun untuk show di Kelantan dan Terengganu, (Shah Alam WAJIB). Beberapa member DNS dari luar Terengganu pun dah menyatakan persetujuan untuk turun join sekali untuk first tour ni dan saya sendiri pun dengan berbesar hati menjemput semua member DNS di Kuala Lumpur untuk bersama-sama menyaksikan ‘peristiwa besar’ ini!

Dalam kegembiraan ada juga kesedihan menerusi perkataan ‘farewell’ dalam nama tour ini. Apa maksud di sebalik perkataan tersebut? Adakah Search akan terus bersara selepas Ogos ini? Sungguh mengecewakan seandainya ia benar-benar berlaku dan seharusnya Tour ini perlu dijadikan medium terbaik buat peminat setia Search untuk ‘melempiaskan’ rindu anda pada Search! Amy mungkin tidak mampu mengikut jejak Robert Plant dan Steve Tyler, namun sebagai hamba-NYA, kita mesti terima ketentuan bahawa tiada yang kekal atas dunia ini. Kita semua perlu menghormati keputusan yang telah di buat lebih-lebih lagi dengan situasi tidak menentu industri hiburan di negara kita ini.

Semoga AMY, DIN, NASIR, HILLARY, YAZID dan KID akan terus Berjaya dengan haluan masing-masing selepas ini. Amy mungkin akan terus dengan karier solo dan bisnes Cheng Ho nya, Hillary dengan job sessionist dan Din maybe akan terus menjual jeans Levis di bundle nya.
Anyway, buangkan dahulu rasa sedih itu dan ayuh semua kita kasi gegarkan setiap venue SEARCH FAREWELL TOUR 2009!

AM : Search harus nyanyi lagu ‘Satu Bangsa Satu Arah’ untuk di dedikasikan kepada rakyat
Palestin pada setiap venue, barulah Rock!! Phee wittt!!