Monday, September 13, 2010

'Cool' Of Syawal

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Eidulfitri sudah masuk Syawal yang keempat. Tiga hari pertama Syawal yang tidak memenatkan seperti tahun-tahun sebelum ni. Sudah tiada keghairahan untuk meraikannya dengan berlebih-lebihan, rupanya dah lebih 22 tahun jadi 'budak-budak'! hehe..

Disebabkan sudah dewasa, duit raya sedikit berkurangan tetapi masih ada. Yela, sebab masih tidak mempunyai pendapatan tetap la kononnya meskipun hati dan kepala cukup kusut bila jumpa semua saudara serta rakan bertanya tentang perkembangan semasa. Tak kisahla, janji kita jaga hati kita sendiri. Cakap memang murah!

Raya pertama, macam biasa, pagi tu di kampung sebelah mama dan sebelum solat Jumaat di kampung sebelah ayah. Dekat je, dalam 20 minit perjalanan. Sampai petang raya rumah saudara mara sebelah ayah. Malam tu, ada majlis BBQ dengan keluarga sebelah mama (tradisi setiap kali raya). Raya kedua, balik kampung moyang sebelah mama dan petang tu raya kat Kuala Terengganu.

Paling best, raya ketiga dengan hati yang tak sedap : BESUT-KOTA BHARU. Siap dapat jumpa Kak Ja lagi. Tapi raya hanya sebuah rumah je. Tak kisahlah, hope diorang boleh plan untuk datang raya ke Setiu after 5 tahun kami je yang asyik ke sana. Emosi sikit, hehe..

SALAM AIDILFITRI semua. Saya sayang kalian~

Amysha 16:42

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI

Dikesempatan yang ada ini, saya AHMAD AMSHYAR BIN AMINUDIN ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua yang mengenali saya yang beragama Islam tidak kira di mana sahaja kalian berada lebih-lebih lagi kepada pembaca blog ini.

Di atas setiap khilaf seandainya ada terkasar bahasa, tersilap bicara, wujudnya salah laku, saya mohon agar ia dimaafkan kalian. Marilah kita semua merayakan Eidulfitri ini dengan penuh keikhlasan dan ketenangan, teruskan tradisi kunjung mengunjung antara satu sama lain dan paling penting adalah sentiasa bermaaf-maafan agar hidup kita akan lebih tenang dan diberkati.

Semoga Syawal yang tiba akan memberi 1001 kebahagiaan kepada kita semua kelak, insyaAllah~

“AKU HIMPUKAN SEPULUH
JARI INI DAN AKU SUJUD BERSAMA
HATI INI…
MEMOHON AMPUN DAN MAAF..
SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI..
MOGA DIBERKATI”

30 Ramadhan 1431H

Wednesday, September 8, 2010

Bersabarlah, Sayang

Assalamualaikum..

Jalan dah mula jem, perantau pun dah mula pulang ke kampung halaman. Pasar minggu dan bandar-bandar dah mula sesak dengan manusia yang ingin mencari kelengkapan Eidulfitri. Alhamdulillah tinggal sehari lagi untuk kita berpuasa dan pada malam ini adalah malam terawih yang terakhir untuk Ramadhan 1431.

Bila tiba Eidulfitri, pasti banyak kemalangan lebih menyedihkan adalah kemalangan maut. Adoi, memang sesak nafas jika kita berbicara perkara tersebut.

BERSABARLAH ketika memandu, saya merayu agar kita saling bertimbangrasa dan jangan cuai walau sesaat di atas jalanraya.

Semua menunggu kepulangan kalian pada Eidulfitri, semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Sekali lagi diulangi, BERSABARLAH~

Amysha 18:11

Tuesday, September 7, 2010

Manusia Miskin Kaya (28 Ramadhan)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kepada-Nya kerana masih memberi saya 'nafsu' untuk menulis pada ruangan ini meskipun lebih sebulan tidak mengaktifkan jari jemari serta minda untuk 'mencipta' entri. Hehe.. Syukur juga kerana dalam diam dan begitu pantas masa berlalu, sudah pun 28 hari kita semua berpuasa.

Jika tiada aral, insyaAllah dalam masa dua hari lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Eidulfitri yang dijangka jatuh pada hari Jumaat (meskipun ada khabar angin menyatakan bahawa pada hari Khamis). Eidulfitri adalah hari untuk kita semua muslimin dan muslimat untuk bergembira serta merayakan kemenangan setelah 30 hari berpuasa.

Dalam pada kita bergembira, sudah tentu ada yang sedang berduka dan bersusah payah. Kita hanya pandai serta sentiasa bersungut tetapi betapa sukarnya kita untuk bersyukur atas nikmat yang kita perolehi pada hari ini. Masih ada yang hidup makan pagi kais pagi makan pagi, pergi ke bandar tahan bas sana sini, guna telefon awam untuk menghubungi.

Entahlah, paling penting harus kita ingat bahawa dalam kita bergembira pasti ada yang tidak bergembira. Ahmad Amshyar, orang bilang kamu sedang melalui fasa 'susah', tapi ingatlah yang kita harus mensyukuri nikmat serta perkara yang kita miliki pada hari ini.

Dua hari menjelang EIDULFITRI, selamat pergi Aina Atirah dan selamat kembali Ahmad Amirr. Walau dimana sahaja kalian berada, ingatlah bahawa kami sentiasa menghargai kalian. Hehe..


Amysha 15:53