Monday, September 13, 2010

'Cool' Of Syawal

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Eidulfitri sudah masuk Syawal yang keempat. Tiga hari pertama Syawal yang tidak memenatkan seperti tahun-tahun sebelum ni. Sudah tiada keghairahan untuk meraikannya dengan berlebih-lebihan, rupanya dah lebih 22 tahun jadi 'budak-budak'! hehe..

Disebabkan sudah dewasa, duit raya sedikit berkurangan tetapi masih ada. Yela, sebab masih tidak mempunyai pendapatan tetap la kononnya meskipun hati dan kepala cukup kusut bila jumpa semua saudara serta rakan bertanya tentang perkembangan semasa. Tak kisahla, janji kita jaga hati kita sendiri. Cakap memang murah!

Raya pertama, macam biasa, pagi tu di kampung sebelah mama dan sebelum solat Jumaat di kampung sebelah ayah. Dekat je, dalam 20 minit perjalanan. Sampai petang raya rumah saudara mara sebelah ayah. Malam tu, ada majlis BBQ dengan keluarga sebelah mama (tradisi setiap kali raya). Raya kedua, balik kampung moyang sebelah mama dan petang tu raya kat Kuala Terengganu.

Paling best, raya ketiga dengan hati yang tak sedap : BESUT-KOTA BHARU. Siap dapat jumpa Kak Ja lagi. Tapi raya hanya sebuah rumah je. Tak kisahlah, hope diorang boleh plan untuk datang raya ke Setiu after 5 tahun kami je yang asyik ke sana. Emosi sikit, hehe..

SALAM AIDILFITRI semua. Saya sayang kalian~

Amysha 16:42

1 comment:

Zalehasiah Ahmad said...

he2..syawal tahun ni memang co0l..hujan renyai mengiringi perjalanan kami skeluarga ke masjid pulau melaka..alhamdulillah..dapat ruang dalam masjid di tingkat atas..bpeluang s0lat sunat aidilfitri dalam keadaan tenang n aman..damai jiwa ini bila mendengar alunan suara TG..