Monday, January 26, 2009

Semester Baru (Chef & Catering)

Assalamulaikum..

Sungguh terhad masa dan komitmen saya untuk 'dunia maya' sejak mutakhir ini, dek kerana terlalu komited dengan beberapa tugas. Selepas menamatkan pengajian pada Disember 2008, saya mula memikirkan apa yang perlu di lakukan untuk mengisi masa lapang. Plan pertama untuk mengambil kursus 'Juruteknik Komputer' di TESDEC, namun berasakan tempat tersebut tidak kena dengan jiwa saya kerana terlalu 'keras'! hehe..

Bila memikirkan masa terlalu lama sementara menunggu peluang untuk sambung study pada Julai nanti (Kalau ada rezeki), saya dan Saifuddin telah bersepakat untuk mengambil kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penyediaan Makanan (Chef dan Katering) di Kolej Inforana, Marang. Kursus ini mempunyai dua tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2 yang setiapnya adalah 6 bulan. Selepas pendaftaran pelajar baru pada 19 Januari, pihak kolej telah mewajibkan pelatih untuk mengikuti kusus induksi selama 3 hari.

Sungguh melucukan bila mengenangkan kursus tersebut yang mana kesemuanya rata-rata berumur lebih muda dari saya dan Din termasuk MPP! Haha.. Sungguh ralat bila 'di perintah' oleh seseorang yang berumur 2 tahun lebih muda dan yang paling best apabila berada dalam kumpulan masing-masing. Setakat ini pembelajaran belum lagi di jalankan dan dijangka bermula pada Rabu ini dan saya sendiri pun sebenarnya tidak sabar lagi untuk belajar menjadi tukang masak walaupun bermula dari zero! Hehe

Sebenarnya sijil bukanlah menjadi keutamaan saya dan Din apabila mengambil kursus ini, tidak seperti pelatih lain yang amat bersungguh-sungguh bagi mengenggamnya. Selain mengisi masa lapang, semestinya saya mengharapkan kursus ini dapat memberi semangat pada saya untuk membuka perniagaan sendiri dengan sasaran untuk membantu bro AMY membuka cawangan Cheng Ho Restaurant di KT! Haha..

Salam

AM : Salam persahabatan buat DIN, ZAHA, JEFF, MAT, ADIK, ACHIK, IF, ZUL
Salam Pheewittt buat NONI, SUE, FIZAH

Monday, January 12, 2009

MU 3-0 Chelsea


Kenapa? X percaya? Hahaha.. Untuk kali pertama saya berani menyatakan bahawa MU bakal mempertahankan kejuaraan EPL sekali lagi pada musim ini.. Going to Glory MANCHESTER UNITED!

Saturday, January 10, 2009

Berdoalah..

Masirah

Suara duka angin Gazza
Gegar jantung bumi kita
Nyawa anak di hujung senjata
Tangisan bonda hanya sia-sia

Masirah anak al-durrah
Netzarim bermandi darah
Begitu megah mata memandang dusta
Masirah dalam amarah

Hilang kalam kebenaran
Kudrat alam hanya menjadi rebutan
Berbaris-barislah ke satu arah
Jangan sampai berpisah menyusun langkah
Mencari-cari erti kedamaian
Di dalam jiwa tersirat jawapan

Masirah anak al-durrah
Netzarim lambang perjuangan
Kita menanti tangan pembelaan

Masirah dalam amarah
Hilang kalam kebenaran
Kudrat alam hanya menjadi rebutan

Masirah anak al-durrah
Netzarim lambang perjuangan
Kita menanti (kita menanti) tangan pembelaan
Masih menanti tangan pembelaan

M Nasir ( M Nasir / S Amin Shahab)

Kita tidak mampu untuk mengembalikan Muhammad Al Durrah untuk Masirah..
Kita tidak mempunyai kuasa untuk melawan, kita tidak mampu untuk menyerang, kita tidak berdaya untuk berperang. Namun kita masih mempunyai harapan dengan DOA!

Saya merayu pada anda semua agar BERDOALAH untuk kesejahteraan dan perlindungan kepada penduduk Palestin yang menjadi mangsa ‘ala nazi’ ISRAEL LAKNAT BABI itu!!

Saya tak tahu nak kata apa lagi.