Friday, March 18, 2011

Satu Kesan Abadi

Assalamualaikum..

Semakin merasai 'lazatnya' untuk proses bernafas. Dengan dendang irama hidup baru bila dibelai oleh suatu perkara yang membuatkan jalan didepan sana menjadi luas dan terang. Alhamdulillah, segala-galanya datang dari-NYA.

Semakin berlapang dada dan semakin tenang untuk mengecap nikmat. Merasa sentosa untuk kesekian kalinya pabila tiadanya dendam.

Harus teruskan langkah untuk terus senyum sepuasnya. Sungguh berbeza bagai yang dirasakan sebelum ini. Saya mahu terus diiringi NYANYIAN MIMPI.

Amysha 11:22

Tuesday, March 15, 2011

Nikmat Sihat

Assalamualaikum..

Jiwa dan hati terkenang, tatkala sakit itu mengundang. Bila sakit, hati ingat DIA bukan kepalang. Allahu Rabbi. Cinta DIA hanya bila memerlukan, Tuhan jauhilah perasaan sombong kepada-MU tika sihat dan nikmat.

Tatkala sakit jua, memikirkan apakah mujarabnya penawar. Mulut tidak henti berdoa, hati tidak henti meminta. Teringat nikmat dan gumbiranya tika sihat. Moga sakit yang ada diganti pahala serta penghapus betapa banyaknya dosa.

Alhamdulillah, tatkala menjenguk hospital, rupanya ramai yang lebih menderita. Diri yang sakit, segar dan bugar serta merta. Alhamdulillah, rupanya ujian yang diberi hanya sekecil cuma jika hendak dibanding dengan yang lain yang lebih tiada normal.

Moga terus diberi sihat tanpa lupa kepada-MU. Moga sentiasa diberi senang tanpa angkuh dengan segala pemberian-MU. Moga sentiasa hati yang naif serta gelap ini dibawah cahaya lindungan-MU. Allahu Rabbi. DIA yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang.

Amysha 11:34

Friday, February 25, 2011

Mungkin Kita Harus Bersedia Menghadapi Apa Saja


Temu kau di malam itu
Bagai menyahut hasrat nurani ku
Hanya dengan sebuah senyuman
Bisa terpatri satu harapan

Mengidamkan saat itu
Yang pasti hanya Tuhan yang tahu
Terpancur kalimah kalimah sakti
Berakhir dengan janji janji

Dikau menjadi kekasih
Namun aku merasa tersisih
Kau membina dinding ilusi
Ku terperangkap merintih sepi

Mungkin kita mesti terbuka
Dalam mengharungi dunia cinta
Mungkin kita harus bersedia
Menghadapi apa saja

Jangan jangan kau padamkan api asmara ini
Bayang silam kau pergilah
Pergilah dari sisi ku

Tiada lain yg ku tunggu
Untuk menduduki istana hatiku
Kaulah teman kaulah kekasih
Jangan membuatku tersisih

Bayang silam kau pergilah
Pergilah dari sisi

Amysha 15:21

Thursday, February 24, 2011

Komited

Assalamualaikum..

Senang dan bahagianya kita pada masa hadapan kerana susah dan deritanya kita pada hari ini. Klise sangat-sangat, hatta budak yang berumur 7 tahun pun mengerti maksudnya. Dalam kita susah dan derita pada hari ini, perlu ada pengorbanan dan hati yang teguh untuk menghadapinya.

Seperti kisah tersebut, saya juga perlu cekal untuk terus teguh sekalipun ada 'sayap' yang sekali sekala dilanda 'kecederaan' kerna ia normal. Tiada kisah cedera itu samaada berparut mahupun bagai angin lalu, segalanya kita perlu tempuhi dengan hati yang terbuka demi masa depan yang diimpikan.

Mana ada manusia di dalam dunia yang fana ini terlepas dari membuat silap melainkan Nabi dan Rasul yang Maksum, apatah lagi kita seorang hamba yang naif ini. Fahami diri ini yang sentiasa komited pada perhubungan dan tanpa gangguan anasir luar tiada sedetik pun di hati ingin menyakiti.

Bercakap itu enak, menaip di kekunci juga sangat lazat, kata orang. Namun disebalik enak dan lazatnya pernyataan, ingin saya tegaskan bahawa insan yang kerdil serta naif ini sentiasa KOMITED. Harus percaya jika mahu terus dalam laluan yang BERJAYA.

Amysha 10:47

Thursday, February 10, 2011

Dan Hidup Ini

Assalamualaikum..

Situasi yang sama, tiada perubahan. Rutin yang sama, tiada perkembangan. Namun bisik hati ini mula mengetuk pintu minda. Mungkin ini adalah 'jalan' untuk terus mencari sinar dan bintang, untuk mencapai kebahagiaan.

Sekalipun menititi pada jalan yang usang, harus memikirkan apa itu sebuah 'cabaran'.

Tiada gundah, makin punya semangat untuk berjuang. SAYA BOLEH!

Tunggu kelibat insan ini untuk memainkan 'plot' sehingga tiba hari bahagia yang kami serta kita idamkan. InsyaAllah

Amysha 10:46


Wednesday, February 9, 2011

Barakah ♥ Pheewiit


Assalamualaikum..

Rentetan dari artikel terdahulu, haha. Dok habis-habis lagi 'gelenya' ni. Segala puji bagi Yang Esa atas terbinanya sebuah 'masjid' antara Kak Zalehariana dan Abang Suhaiful pada 4 Februari 2011 yang lepas.

Pasangan yang pakai 'pink' tu hanya menumpang BARAKAH kalian. Adik bongsu kak Na yang cun ni juga mohon agar dipermudahkan jalan untuk mencapai apa yang dinamakan jodoh.

Dok leh kecek lebih-lebih, nanti orang meluat. Pasti ada juga yang maroh. Haha.

Sekian entri 'gelenya' dari Ahmad Amshyar. Pheewittt!

Wednesday, February 2, 2011

Kakak, Selamat 'Melayar Bahtera'!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pada 4 Februari 2011 bersamaan dengan hari Jumaat, 'kakak'saya (aik, bilo maso plok ado kak) iaitu Zalehariana Binti Ahmad akan memulakan hidup baru dengan diijabkabulkan bersama abang Suhaiful. Am tau suatu hari nanti, kak na pasti akan belek jugok blog am ni kan, so am bagi penghargaan istimewa buat kak na kali ni. hehe

Am tumpang gembira dan merasa puas bila dapat 'sertai' komuniti majlis ni dan harap segala-galanya akan lancar.

Am nok bagi nasihat pun memang tak layak, so insha Allah, am akan sentiasa titipkan doa agar kak na dan suami sentiasa di bawah berkat Allah SWT serta dikurniakan kebahagiaan dalam pelayaran rumahtangga ni hingga ke akhir nafas. Amin

Insha Allah nanti am doakan agar kak na dan suami akan dianugerahkan zuriat yang comel (comfirm hidung mancung!) serta berguna demi kesenangan kalian kelak.

Paling penting dan pengakhiran, doakan agar KAMI juga dipermudahkan jalan untuk mencapai 'status' di atas. Pheewitt!

Amysha 11:33