Saturday, December 18, 2010

Rerama Di Dalam Perut

Assalamualaikum..

Punya rasa yang sedikit gundah sebenarnya meskipun jauh di sudut hati mahukan kisah hidup menuju pada kesempurnaan. Hehe. Tapi siapa kita untuk menjadi sempurna? Hanya hati ini yang mengerti betapa ada sesuatu yang seakan mahu dihempaskan jauh namun seolah-olah punya batu yang mengikatnya.

Rerama di dalam perut? Oh, seperti lirik 'songo', namun ada kebenarannya. Bila kita gundah gulana, seolah merasakan bahawa ada sesuatu di dalam badan lebih-lebih lagi melibatkan perut dan dada. haha (gapo dio la duk ngepek kokse ni).

Pada pengakhirannya, mohon pada yang ESA agar 'kisah' serta 'rahsia' ini menuju kepada sesuatu yang baik-baik sahaja. Tidak mendambakan sempurna 100% kerna insan ini sungguh 'hina' diselaputi dosa namun mohon kesenangan agar mampu bernafas pada lain ketika kelak.

InsyaAllah..


"Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke
nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah
Pengampun dosa2 ku. Amin Ya Rabbal'alamin"


Thursday, November 18, 2010

Duhai Hati, Bersyukurlah

Assalamualaikum..

Muktahir ini, hidup dan kesihatan seakan-akan cenderung ke arah 'tak berapa baik'. Perlu jua lalui tanpa sebarang prejudis dan lupakan segala nista. Tiada yang memahami melainkan jiwa kita sendiri.

Duhai Hati : Tenanglah kamu, berpijaklah dibumi yang nyata serta usahlah berprasangka buruk. Saya memerlukan ruang untuk membuktikan, bukan tohmahan serta rendahnya pandangan.

Kepala selalu sakit, harapnya bukan kesan yang tidak sedikit. Hati selalu resah, harapnya tiada keluh dan kesah. Jiwa rawan, ramai lagi yang 'memerlukan'. Fahamilah, kita harus sentiasa punya rasa SYUKUR~

Wednesday, November 17, 2010

Salam Eidul Adha 1431

Assalamualaikum..


Awal pagi 17 November yang tenang, ku mohon keampunan serta lindungan dari-Nya. Tatkala angin membelai pepohon, hati ini bersujud agar diri terus berjalan di atas aturan-Nya dengan frasa-frasa menghampiri kesempurnaan.

Ya, sempurna itu milik DIA. Para jemaah di 'sana', moga beroleh barakah serta mabrur.

Eidul Adha yang semakin 'jauh' dari lapangan minda umat, ku harap jua agar ia terus 'dipertingkatkan' ingatan untuk generasi yang akan datang. Tolong sematkan, setiap kejayaan bermulanya dengan pengorbanan. SALAM EIDUL ADHA 1431H~


Friday, November 5, 2010

Bila Cinta



Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

Friday, October 29, 2010

Malam Pertama Kita

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk
membacanya terus hingga ke akhir.

Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah. ..
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke

''Malam Pertama Kita''

Thursday, October 28, 2010

DUNIAMSHYAR Menyokong Penuh Piala Malaysia 2010

Assalamualaikum..

Dalam kemeriahan EPL yang setiap musimnya adalah 'wajib', kita sebenarnya tidak terlupa dengan event bolasepak tempatan. hehe. Piala Malaysia untuk musim 2010 sudah sampai kemuncaknya dengan final pada 30 Oktober ini yang akan menemukan pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan.

Jika ditanya pasukan mana yang akan menjadi pilihan, sudah tentu saya memilih pasukan Kelantan yang juga digelar 'The Reds Warrior'. Ibarat pasukan kebangsaan England (kata Syukri), mempunyai unsur-unsur holigon, lebih-lebih lagi dari segi warna jersi yang sama dan sebuah pasukan yang cukup popular dalam arena bolasepak tanahair kini.

Popular dengan pelbagai sebab tidak kira menerusi kontroversi mahupun prestasi, Kelantan tetap istimewa kerana berjaya mengekalkan prestasi konsisten mereka untuk berada di pentas final buat kali kedua berturut-turut. Lebih manis, sudah semestinya mereka berpeluang untuk membalas dendam kekalahan mereka kepada Negeri Sembilan dalam edisi final terdahulu.

InsyaAllah, tanpa kompromi saya cukup berharap agar rakyat serta penyokong Kelantan (juga sebahagian besar para sahabat serta kenalan dalam hidup saya), dapat merasai keghairahan Piala Malaysia 2010 dengan nota kemenangan dan membawa pulang piala setelah genap 40 tahun.

Semoga kalian semua 'ghairah' dalam situasi yang matang serta tenang, jaga nama baik Tok Guru dan semoga saya juga akan berada dalam situasi gembira kalian di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Oktober ini.

~Gomo Kelate Gomo~


Monday, October 25, 2010

Nyanyian Serambi


tuai pagi balik petang
adakala sampai malam
cari rezeki bawa pulang
buat orang yang tersayang
bersabarlah

wajahmu di mana-mana
senyum kasih mesra kasih
cinta murni kan bersemi
bersama ketulusan budi
bersemilah

lama ku cari rahsia kasih
rindu kasih untuk berkasih
senang2 duduk diserambi
senandung lagu puisi
zikir zaman nyanyian zaman

andai kasturi hilang harum
mawar tak berkuntum
cinta tak bersambung

biar emas setinggi gunung
kan ku peluk rimbun ampun
rahmat yang Maha Agung

Lirik Lagu : Ramli Sarip

*Suka dengar sejak akhir-akhir ini :)

Kenapa Saya Menulis?

Assalamualaikum..

Tiba-tiba keluar entri ni, haha. Saya sendiri pun tak pasti. Erm, tujuan utama saya menulis dan meluahkan rasa dalam DUNIAMSHYAR ni adalah kerana 'kenangan'. Bukan untuk bermegah-megahan, jauh sekali merasa syok sendiri. Saya bukanlah seorang wartawan yang hebat mahupun selebriti untuk menarik perhatian sesiapa.

Saya fikir, bila saya menulis juga, hati dan minda saya akan berkembang dan terbuka. Satu sebab yang pasti dan saya mahu ianya berlaku, bila saya tiada kelak 'dipanggil' oleh-NYA, semestinya segala tulisan saya ini akan diabadikan sebagai kenangan untuk dibaca kalian. InsyaAllah, perkara yang baik boleh dijadikan tauladan, manakala perkara yang buruk diabaikan.

Sesuatu yang menghiburkan, mencuit hati, boleh dijadikan penawar duka pada masa depan. DUNIAMSHYAR adalah 'diari' nya untuk tatapan umum selagi ia tidak 'menelanjangkan' sesiapa. Namun sesuatu yang pelik, bila ada masa dan cukup dengan semua fasiliti, saya menjadi semakin malas untuk menulis. haha.

Sebab? Entahlah belalang. Moga saya punya kekuatan dan dipermudahkan urusan untuk meneruskan kehidupan.

Amysha 09:52

Monday, September 13, 2010

'Cool' Of Syawal

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Eidulfitri sudah masuk Syawal yang keempat. Tiga hari pertama Syawal yang tidak memenatkan seperti tahun-tahun sebelum ni. Sudah tiada keghairahan untuk meraikannya dengan berlebih-lebihan, rupanya dah lebih 22 tahun jadi 'budak-budak'! hehe..

Disebabkan sudah dewasa, duit raya sedikit berkurangan tetapi masih ada. Yela, sebab masih tidak mempunyai pendapatan tetap la kononnya meskipun hati dan kepala cukup kusut bila jumpa semua saudara serta rakan bertanya tentang perkembangan semasa. Tak kisahla, janji kita jaga hati kita sendiri. Cakap memang murah!

Raya pertama, macam biasa, pagi tu di kampung sebelah mama dan sebelum solat Jumaat di kampung sebelah ayah. Dekat je, dalam 20 minit perjalanan. Sampai petang raya rumah saudara mara sebelah ayah. Malam tu, ada majlis BBQ dengan keluarga sebelah mama (tradisi setiap kali raya). Raya kedua, balik kampung moyang sebelah mama dan petang tu raya kat Kuala Terengganu.

Paling best, raya ketiga dengan hati yang tak sedap : BESUT-KOTA BHARU. Siap dapat jumpa Kak Ja lagi. Tapi raya hanya sebuah rumah je. Tak kisahlah, hope diorang boleh plan untuk datang raya ke Setiu after 5 tahun kami je yang asyik ke sana. Emosi sikit, hehe..

SALAM AIDILFITRI semua. Saya sayang kalian~

Amysha 16:42

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI

Dikesempatan yang ada ini, saya AHMAD AMSHYAR BIN AMINUDIN ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua yang mengenali saya yang beragama Islam tidak kira di mana sahaja kalian berada lebih-lebih lagi kepada pembaca blog ini.

Di atas setiap khilaf seandainya ada terkasar bahasa, tersilap bicara, wujudnya salah laku, saya mohon agar ia dimaafkan kalian. Marilah kita semua merayakan Eidulfitri ini dengan penuh keikhlasan dan ketenangan, teruskan tradisi kunjung mengunjung antara satu sama lain dan paling penting adalah sentiasa bermaaf-maafan agar hidup kita akan lebih tenang dan diberkati.

Semoga Syawal yang tiba akan memberi 1001 kebahagiaan kepada kita semua kelak, insyaAllah~

“AKU HIMPUKAN SEPULUH
JARI INI DAN AKU SUJUD BERSAMA
HATI INI…
MEMOHON AMPUN DAN MAAF..
SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI..
MOGA DIBERKATI”

30 Ramadhan 1431H

Wednesday, September 8, 2010

Bersabarlah, Sayang

Assalamualaikum..

Jalan dah mula jem, perantau pun dah mula pulang ke kampung halaman. Pasar minggu dan bandar-bandar dah mula sesak dengan manusia yang ingin mencari kelengkapan Eidulfitri. Alhamdulillah tinggal sehari lagi untuk kita berpuasa dan pada malam ini adalah malam terawih yang terakhir untuk Ramadhan 1431.

Bila tiba Eidulfitri, pasti banyak kemalangan lebih menyedihkan adalah kemalangan maut. Adoi, memang sesak nafas jika kita berbicara perkara tersebut.

BERSABARLAH ketika memandu, saya merayu agar kita saling bertimbangrasa dan jangan cuai walau sesaat di atas jalanraya.

Semua menunggu kepulangan kalian pada Eidulfitri, semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Sekali lagi diulangi, BERSABARLAH~

Amysha 18:11

Tuesday, September 7, 2010

Manusia Miskin Kaya (28 Ramadhan)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kepada-Nya kerana masih memberi saya 'nafsu' untuk menulis pada ruangan ini meskipun lebih sebulan tidak mengaktifkan jari jemari serta minda untuk 'mencipta' entri. Hehe.. Syukur juga kerana dalam diam dan begitu pantas masa berlalu, sudah pun 28 hari kita semua berpuasa.

Jika tiada aral, insyaAllah dalam masa dua hari lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Eidulfitri yang dijangka jatuh pada hari Jumaat (meskipun ada khabar angin menyatakan bahawa pada hari Khamis). Eidulfitri adalah hari untuk kita semua muslimin dan muslimat untuk bergembira serta merayakan kemenangan setelah 30 hari berpuasa.

Dalam pada kita bergembira, sudah tentu ada yang sedang berduka dan bersusah payah. Kita hanya pandai serta sentiasa bersungut tetapi betapa sukarnya kita untuk bersyukur atas nikmat yang kita perolehi pada hari ini. Masih ada yang hidup makan pagi kais pagi makan pagi, pergi ke bandar tahan bas sana sini, guna telefon awam untuk menghubungi.

Entahlah, paling penting harus kita ingat bahawa dalam kita bergembira pasti ada yang tidak bergembira. Ahmad Amshyar, orang bilang kamu sedang melalui fasa 'susah', tapi ingatlah yang kita harus mensyukuri nikmat serta perkara yang kita miliki pada hari ini.

Dua hari menjelang EIDULFITRI, selamat pergi Aina Atirah dan selamat kembali Ahmad Amirr. Walau dimana sahaja kalian berada, ingatlah bahawa kami sentiasa menghargai kalian. Hehe..


Amysha 15:53

Thursday, July 29, 2010

Catatan Julai : Indah Mengasyikkan

Assalamualaikum..

Boleh dikatakan bahawa Julai yang membahagiakan. Mungkin sedikit memenatkan namun tetap akan terbuku dalam sebuah ingatan.

16 Julai : Jumaat yang indah, genap usia aku 23 tahun. Terima kaseh pada semua yang meberi ucapan selamat dan semoga aku juga akan sentiasa dalam keadaan yang selamat duniawi serta ukhrawi.

22-24 Julai : Trip ke Bukit Gambang Resort City serta bandar Kuantan bersama family besar Haji Mat Zin. Kenangan yang indah kerana hanya menjadi realiti pada waktu yang tidak kita jangkakan meskipun sudah dirancang sekian lama. hehe. Terima kaseh semua diatas kerjasama. BGRC? Boleh tahan la dan sesuai dengan tiket bayaran masuk.


Malam sebelum bertolak ke sana, sempat celebrate birthday aku bersama dua lagi family yang menyambutnya pada Julai iaitu Ayah Da & Auni. Hanya suka-suka dan ringkas, nak ambil hati budak-budak dan ambil hati aku sekali la. haha.

25 Julai : INTERVIEW lagi. Kerja dah 'keras' untuk bisnes datuk kat kampung, namun harus ada jaminan masa depan. Mau kawen, kerja pun mau bagus dan tetap. Yang ni post untuk Kerajaan Negeri Terengganu (SPNT). Tiada 'kabel', harap ada 'rezeki'. Kerana semua adalah ketentuan-Nya. Klise tapi percayala, ini adalah kenyataan yang harus diterima. hehe.


28 Julai : Allah selamatkan kamu Encik Suhaimi Abdul Rahman. Semoga anda serta family terus sukses dalam apa jua lapangan. Semoga sejahtera dunia serta akhirat. Phewwitt!!

Sekian sahaja catatan Julai dari seorang blogger yang pada masa sekarang mempunyai sikap MALAS serta cuba untuk menulis dengan ringkas dan padat. Haha!

Amysha 12:55

Saturday, July 17, 2010

Rinduku Padamu Menghimpit Hatiku


Telah lama kau tinggalkan aku, kini kau akan datang kembali. Terasa begitu bodoh dan ruginya diri ini bilamana kau bersamaku satu ketika dulu, tetapi aku mengabaikanmu. Kini insyaallah, kau kan datang lagi. Ku harap kedatangamu kali takkan ku persia-siakan mu lagi. Hidupku takkan bermakna tanpa kehadiranmu. Takkan aku persiakanmu lagi. Indahnya hidupku bila dapat bersamamu. Semuanya terasa indah dan hari-hari yang aku lalui begitu bermakna dan masa kita bersama terasa begitu singkat dan berlalu dengan cepat. Semoga kita akan dapat bertemu lagi pada kali ini dan aku akan bersamamu denang sepenuh hatiku dan takkan aku persiakan mu sepertimana yang pernah aku lakukan kepadamu dahulu.

Aku harap aku kan punya kekuatan, aku harap aku kan punya masa yang cukup untuk bersamamu kali ini dan tidak akan terjadi seperti dulu. Aku tahu, kehadiranmu dahulu ku tidak mrnhargaimu. Hanya permulaan pertemuan kita aku terasa teruja, tetapi lama-kelamaan aku mula berubah, aku mula tidak menhargaimu, dan aku tahu waktu itu takkan datang kembali padaku dan aku harap jika ada waktunya lagi kita bertemuku, aku tidak lagi seperti itu. Aku harap kekuatan dan keinginanku untuk bersamamu sentiasa ghairah dan sentiasa membara sehangat api di gunung sahara.

Aku tahu kehadiranmu kali ini pasti jua dengan hidangan malam yang begitu indah buat santapan kita di malam yang sunyi itukan? Malam yang sangat aku dambakan untuk bersamamu. Pada kehadiranmu dahulu, kau telah pun hulurkan malam yang indah itu buat aku, tapi aku ini bodoh dan tidak tahu menghargai sesuatu yang sangat berharga itu. Malam indah yang kau hulurkan padaku satu ketika dahulu dipersiakan begitu sahaja. Malam yang indah itu berlalu hilang bagai angin dihembus sahaja. Aku pentingkan lenaku lagi daripada bersamamu disatu malam yang sangat indah itu. Aku memang bodoh. Satu malam yang indah sudah terhidang di depan mataku, satu malam yang sangat indah dan aku tahu semua manusia mahukan malam yang indah itu, tetapi kerana kebodohan, malam yang menjadi kegilaan ramai aku persiakan begitu sahaja. Bila kau tiada disisi, bila kau pergi,barulah terasa rugi dan menyesal.

Hari ini 4 Syaaban dan sudah tidak lama kau akan datang lagi. Aku menunggumu dengan penuh harapan aduhai Ramadhan Al Mubarak. Aku rindukan malammu si Lailatul Qadar. Ya ALLAH, kau berilah aku kekuatan dan izinkanlah aku bertemu lagi Ramadhan Al Mubarak, moga-moga diri ini dapat menebus segala kerugian yang pernah aku lakukan.

Ya ALLAH Dengan namaMU Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,.berilah aku kekuatan rohani dan jasmani untuk aku bersama ramadhan kali dengan penuh bermakna kerana aku tahu, hidupku belum tentu bilakah waktunya akan pergi. Selagi ada waktu, aku sentiasa menunggumu Ramadhan Al Mubarak.

JUMAAT 4 SYAABAN 1431.

credit : Jeming Hasan

Friday, July 16, 2010

Sedetik Dua Lagenda

Assalamualaikum..

Sekalipun hanya berdurasi 58 saat, aku tetap menghargai video yang sempat aku ambil ini ketika kunjungan ke rumah Tok Guru Nik Aziz bersama-sama dengan Amy Search baru-baru ini. Semoga ia menjadi satu khazanah yang berharga pada suatu masa kelak. InsyaAllah!


Kebetulan pada Khamis yang lepas aku kembali ke Kota Bharu atas jemputan rakan, tiket mau pulang ke Terengganu sold out (mungkin sebab hari Khamis). Dalam hati terdetik, mungkin Allah SWT mempunyai 'jalan' yang baik untuk aku. Alhamdulillah, pada malam tersebut aku tergerak untuk ke Kuliah Maghrib di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka.


Kuliah pada malam tersebut berkisar mengenai 'nikah'. Rupa-rupanya, aku bertuah kerana kebetulan juga pada malam tersebut Tok Guru akan menikahkan sendiri anak perempuannya iaitu Nik Asma' Salsabila dengan seseorang anak kenamaan (lihat pada kereta-kereta mewah) juga saya fikir dari Terengganu. Cukup sederhana dan teramat ringkas. Aku kagum dengan keserdehanaan tersebut.


Semoga Tok Guru dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan Selamat Pengantin Baru buat pasangan tersebut. Selipar pun hilang kena 'kidnap', maklum la ramai orang. Ada pro dan kontra tapi aku gembira sebab dapat beli selipar baru dengan seseorang yang istimewa meskipun hanya di pasar tani. Terima kaseh tau. Hehe.

Amysha 10:18

Thursday, July 15, 2010

Dua Puluh Tiga

Assalamualaikum..

Kurang dari 24 jam lagi aku bakal menginjak pada angka dua puluh tiga (23). Alhamdulillah, masih diberi ruang untuk bernafas di bumi Yang Esa. Tidak tergugat oleh harta, tidak tergugat oleh orang kata dan tidak tergugak oleh derita, aku BAHAGIA! Syukur pada-Mu atas limpah rahmat serta maghfirah.

Sudah berpuluh kali berjanji pasti berbelas itu tidak ditepati. Namun aku masih mahu berjanji lagi, hehe. Semoga minda serta hati aku lebih matang dalam segala aspek. Semoga aku dikurniakan kesihatan yang baik sehingga hari tua. Semoga aku dimurahkan rezeki untuk kehidupan serta masa depan yang lebih baik.

Kali pertama aku mengucapkan pada diri sendiri :

"SELAMAT HARI LAHIR, AHMAD AMSHYAR!"

Aku himpunkan sepuluh jari ini dan bersujud dengan hati ini untuk memohon maaf atas segala khilaf. Aku harap aku akan jadi manusia yang lebih baik dalam semua perkara. Aku harap dan aku mahu. Peace~

Amysha 09:58

Saturday, July 10, 2010

Spain Or Holland?

Assalamualaikum..

12 Julai bakal menyaksikan team Sepanyol akan menentang team Belanda pada perlawanan akhir kejohanan Piala Dunia edisi Afrika Selatan 2010. Tiada jiwa untuk aku perkatakan mengenai perlawanan ini , harapan semoga ia menjadi antara final yang menghiburkan untuk ditonton.

Tiada pasukan favourite, juga tiada pemain Manchester United dalam kedua-dua team tersebut. Juara baru bakal dinobatkan dan semestinya samaada Sepanyol mahupun Belanda, pasti masing-masing mahu merakamkan ‘bintang emas’ yang pertama pada jersi mereka.Cemburu pada Villa dan Sneijder, amat simpati pada WAYNE ROONEY! Adoi, sukar untuk aku telan hakikat ni. Hehe.

Dua-dua bermain cantik dan aku dapat merasakan bahawa final kali ini berlangsung dalam keadaan yang menghiburkan dan sengit. Edwin Van De Sar, Jaap Stam dan Ruud Van Nistelrooy pernah menyarung jersi Belanda dan maybe ‘otak’ serta ‘nafsu’ aku sedikit cenderung kepada Belanda! Haha (even tiada kaitan pun).

Waka Waka It’s a time for FINAL! Kalaulah ENGLAND di Final? Hmmm…

Amysha 20:40

Wednesday, June 30, 2010

Bye-Bye Waka-Waka

Assalamualaikum..

Dipendekkan cerita, England gagal mara ke suku akhir setelah tumpas ditangan Jerman 1-4 pada pusingan kedua. Melalak la sampai ke Subuh pun, keputusan tetap tidak berubah dan sememangnya anak buah Fabio Capello tidak cukup bagus untuk menjadi Juara Piala Dunia edisi kali ini.

Tamat perjuangan England, maka tamatlah musim Piala Dunia bagi aku. Sememangnya aku tiada jiwa langsung untuk menonton pasukan lain beraksi. Mungkin aku kembali menonton pada perlawanan akhir yang diharapkan agar menjadi milik musuh ketat England iaitu Argentina dan Brazil. R.O.F, Jerman dan suami orang itu memang hebat namun jika gol Frank Lampard itu dikira, kedudukan menjadi 2-2, keputusan perlawanan pasti berubah!

Hingga saat ini, aku masih merasakan sukar untuk menerima ‘pulang awal’ England setelah dua edisi kali lepas tersekat sekurang-kurangnya di suku akhir kejohanan. Amat kecewa bila gagal melihat penyerang Man U, Wayne Rooney menterjemahkan aksi sebenarnya seperti yang biasa kita tonton dalam pentas EPL. Lupakan Piala Dunia, semoga ‘penyakit’ Rooney tidak terbawa-bawa ke EPL musim baru. Glory-Glory Manchester United!



“Maka celakalah semua pengadil yang mengadili perlawanan antara ENGLAND & JERMAN”-status FB seorang sahabat.

Amysha 12:13

Cintaku Tertinggal Di Kota Bharu

Assalamulaikum..

Trip tiga hari ke Kota Bharu yang cukup berbekas dihati. Hehe. Melepaskan rindu? Oh, itu sudah tentu. Lebih istimewa ia melibatkan abang Amy & kerabat Search, Tok Guru dan dua beradik yang cun. Ehem.. Ehem..

Soundcheck & Raja Ikan Bakar

Tiba di Kota Bharu pada petang Khamis, dari Setiu, Kak Siti sudi menumpangkan keretanya untuk ke Jerteh. Jimat masa serta tambang dan selesa perjalanan. Terima kasih kak! Hubungi Tamrin dan tanya mengenai soundcheck untuk ‘Malam Bersama Search’ yang akan diadakan pada keesokan harinya di Hotel Renaissance. Sebelum 8.30, tunggu di lif lobi hotel. Siapa yang datang jemput aku bersama Tamrin? NORDIN aka DIN MAYAT! Segak berjersi England dan kami bersama menaiki lif. Dalam hati, pergh! Din Search datang jemput! Hehe.

Ketika soundcheck sempat la bertegur sapa bertanya khabar semua kerabat Search yang ada. Kak Suhana pun ada tegur cakap macam familiar je. Search check dalam tiga, empat lagu je dan terus tamatkan sessi tersebut untuk pergi makan ikan bakar.

Raja Ikan Bakar di Berek 12, itulah nama kedai tersebut. Lima Search ada lima kepala, macam-macam hal yang berlaku tapi semestinya mereka semua adalah unik dan istimewa. Yang join makan tersebut hanya abang Amy, abang Nasir dan abang Din. Abang Din dari mula lagi bersungut lapar perut dan beria-ria mengajak makan di kedai mamak dekat hotel. Mujurla diorang sabar sampai kenderaan ada datang ambik.

Makan sambil layan Itali vs Slovakia, tiga biji meja dengan pelbagai hidangan yang bakar-bakar sahaja. Time nak bayar, terkejut beruk aku dengar jumlah harga semua yang dimakan tu. Sumpah aku tak pernah makan dengan jumlah bayaran tu! Maybe nak ‘cekik’ abang Amy even padahal beliau la antara yang balik awal lepas makan. Hehe.

Pertemuan Dua Lagenda - “Ni Amy ni..”

Pagi 25 Jun 2010, alhamdulillah selepas hampir dua bulan, aku kembali dapat bersolat di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka. Lebih manis pada subuh tersebut, masjid itu menerima kunjungan abang Amy serta berapa kerabat Search. Selepas solat subuh, Tok Guru Nik Abdul Aziz ada menyampaikan sedikit tazkirah dan menggunting kira-kira 30 kepala bayi. Amat istimewa dan aku dapat melihat riak wajah abang Amy juga sedikit terpegun dengan suasana tersebut.


Tok Guru tampak seperti kurang sihat pada pagi tersebut dan seperti biasa setelah selesai semua urusan, beliau bangun menunaikan solat sunat. Selesai saja solat tersebut, Abang Amy terus pergi kepada Tok Guru untuk bersalam mencium tangan serta memeluknya. Tok Guru sedikit terkejut bila abang Amy menyatakan “ni Amy ni..” tatkala bersalam mencium tangan.

Kegembiraan dan semangat jelas terpancar diriak wajah Tok Guru bila menyedari bahawa abang Amy serta kerabat Search datang mengunjungi serta bersolat di masjid beliau pada Subuh tersebut. Terus diajak kami untuk ke rumahnya yang berada di belakang masjid tersebut. Seperti mimpi! Dapat menjejaki kaki ke dalam rumah Tok Guru dan lebih manis disertai oleh abang Amy!
Selepas dipelawa untuk duduk, Tok Guru mengejutkan kami kerana membawa sendiri dulang berisi air untuk menghidangkannya kepada kami walaupun dalam keadaan yang kurang sihat serta lambat untuk berjalan. Terus abang Amy serta abang Nasir berlari untuk mendapatkannya. Cukup sederhana dan istimewa.

Suasana pagi yang cukup damai serta tenang, menjadikan pertemuan antara dua lagenda tersebut berjalan dalam keadaan yang baik. Berbagai-bagai perkara yang dibualkan antara abang Amy dan Tok Guru, sempat juga abang Amy bertanya soalan serta meminta pendapat daripada tokoh politik yang cukup disegani kawan serta lawan tersebut. Mood Tok Guru pada pagi tersebut sememangnya berubah dan kehadiran abang Amy ke rumahnya pada pagi tersebut cukup menggembirakan hatinya.


Sebelum pulang kami semua sempat bergambar untuk dijadikan kenangan. Bayangkan aku berada bersama-sama dengan dua ikon dalam bidang yang berbeza, AMY SEARCH dan TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ! Semoga Tok Guru dan abang Amy sentiasa dikurniakan kesihatan serta kehidupan yang baik daripada Allah SWT. Amin.

Define GADISKU & RozANNA

Kemuncaknya adalah ‘Malam Bersama Search’ dibawakan oleh DEFINE yang diadakan di Hotel Renaissance Kota Bharu pada malam tersebut. Juga sesuatu yang istimewa kerana selepas hampir 25 tahun, Search kembali mengadakan persembahan di Kota Bharu-Bandaraya Islam. Kerajaan PAS Kelantan membuktikan bahawa mereka membuka pintu untuk mana-mana persembahan asalkan mengikut garis panduan yang diberikan.


Rock yang Suci, itulah yang dapat digambarkan untuk persembahan Search pada malam itu. Kali pertama mendengar laungan takbir bergema dalam konsert rock. Dengan seleksi lagu-lagu yang bercorak Ketuhanan serta berentak perlahan, abang Amy berjaya menjadikan emosi serta mood penonton berada dalam keadaan yang terkawal serta sopan. Di akhiri oleh nyanyian solo lagu ‘Kepada-Mu Kekasih’, Search berjaya menjadikan konsert tersebut sebagai sebuah persembahan yang lain daripada yang lain serta dikenang selama-lamanya.



Phewwiitt! Kali pertama ditemani oleh ‘Gadisku’ dan tanpa tugas untuk menjadi jurugambar rasmi DNS untuk konsert, aku semestinya gembira dengan momen tersebut! Tapi ingat, aku bukan berdua-duaan tetapi bertiga-tigaan dengan ditemani oleh kakaknya yang juga jelita tiada kurangnya iaitu Kak Anna. Terima kasih kakak, kerana menjadikan impian kami sebagai kenyataan. Semoga bahagia ini berterusan dengan diiringi oleh doa agar kami murah rezeki dan berjalan diatas aturan yang dinamakan jodoh.

Terima kasih abang Amy serta Kerabat Search kerana menjadikan Kota Bharu sebagai platform untuk membuktikan bahawa Search boleh menjadi contoh yang baik jika kena pada tempatnya. Terima Kasih Kak Mona (pengurus Search), atas pass yang diberikan untuk kami tidak berasak-asak. Terima Kasih Encik Sharrul sebagai ‘tuan rumah’ DNS KB. Terima kasih kakak-kakak kepada ‘gadisku’ atas kepercayaan serta sudi menemani kami. I love U all so much!

“Jiwa Serta Cintaku Tertinggal Di Kota Bharu.. Pheewwitt!”


Amysha 13:56

Friday, June 25, 2010

'Mencari' Di Rumah Tok Guru


Assalamulaikum..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan restu-Nya, akhirnya aku dapat menjejakkan kaki ke rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat di Pulau Melaka selepas waktu subuh sebentar tadi. Lebih istimewa, kunjungan ini disertai oleh ikon rock tanahair, Amy Search serta beberapa kerabat Search! Hehe..

Kami berada di sana kira-kira hampir satu jam dengan Tok Guru serta Amy banyak menyampaikan pelbagai cerita masing-masing. Tok Guru juga banyak menitipkan pesan serta tazkirah yang amat kami hargai.

Lebih manis, Tok Guru sendiri yang membawa serta menghidangkan sedikit minum pagi kepada kami. Semuanya tampak ceria serta gembira dengan pertemuan dua 'lagenda' tersebut dan semestinya pengalaman ini tidak akan aku lupakan hingga ke akhir hayat!

SANGAT-SANGAT TERKEDU!

Amysha 10:11

Sunday, June 20, 2010

Terengganu vs England

Assalamualaikum..


Sukan Malaysia a.k.a SUKMA baru sahaja melabuhkan tirainya tanpa mendapat publisti yang meluas akibat ditenggelami oleh Kejohanan Bolasepak Piala Dunia 2010 yang sedang berlangsung di Afrika Selatan. Sedikit simpati buat penganjur iaitu Negeri Melaka selaku tuan rumah kejohanan kerana suramnya sukan tersebut.


TERENGGANU di SUKMA : Sangat cemerlang dengan muncul juara keseluruhan dengan pungutan 47 pingat emas, sekaligus mengatasi kuasa besar Selangor yang berda ditempat kedua. Negeri kelahiran dan kebanggaan aku ini juga telah mengekalkan pingat emas dalam acara bolasepak. Tahniah Tranung! Sek Deme Memang Nelang Giler!


ENGLAND di WC2010 : Masih bergelut untuk mempersembahkan permainan yang terbaik. Wayne Rooney antara yang paling dikenakan tempias tersebut. Amat simpati pada mereka, tatkala Capello mencipta alasan bahawa ‘tekanan’ sedikit menganggu permainan England kali ini sehingga amat berbeza ketika musim kelayakan.


Semoga Terengganu terus nelang pada masa akan datang dan paling penting, England harus mengatasi Slovenia untuk layak ke pusingan kedua pada Rabu ini jika mahu terus dihormati!


Amysha 12:29

Thursday, June 10, 2010

Dalam Hati Ada Gundah

Assalamualaikum..

Ada cita-cita mahu pakai prada, drive kereta honda, ade rumah besar dan yang penting hati membuak-buak untuk kahwin! Tapi, hasrat serta cita-cita tu perlu dipendam dan disimpulkan untuk membentuk sebuah 'angan-angan'. Ya, hanya angan-angan. haha.

Semua seperjuangan malah ada yang berada pada kedudukan 'bawah' dahulu pun sekarang sudah mengecap kejayaan. Nasib dan masa depan seseorang memang sukar untuk kita ramalkan. Hati sudah mula rasa gundah gulana, mat saleh sebut 'down'. Jumpa kawan-kawan semua sedang 'mendaki' hebat.

Kemalasan dan kecuaian masa lampau sudah membawa padah. Sabar dan tenang, tiada lagi gundah tapi sampai bila?

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna..~

Amysha 10:29

Monday, June 7, 2010

Kenduri Maraton

Assalamualaikum..

Muktahir ini cuti sekolah, sebut je cuti maka bermula la musim kenduri. Kadang-kadang dalam satu hari tu ada tiga, empat kenduri sekampung. Hehe. Gulai kawah daging lembu ni best dan tanpa ragu ia adalah antara makanan kegemaran aku selain dari kari ayam serta nasi ayam. Lebih-lebih lagi kalu daging tu berlemak, pheww..


Bermulanya cuti sekolah dari 4hb baru ni sampai ke 12hb, boleh dikatakan hamper setiap hari family serta aku mempunyai undangan perkahwinan. Paling penting adalah tarikh 8 serta 10 jun kerana pada tarikh tersebut adalah majlis perkahwinan bekas rakan sekelas aku di SMKANI dulu. Aku jeles, aku pun ‘gatal’ mau kawen jugak sebenarnya tapi buat-buat steady sebab sedar diri. Haha.


Selamat mendirikan rumah tangga buat Mohd Saifuddin Bin Rosli (8 Jun) dan Nadhirah Binti Che Seman (10 Jun). Anda adalah rakan sekelas yang baik dan aku terharu serta bangga atas pencapaian kalian dalam pelajaran serta kerjaya yang seterusnya melayakkan kalian untuk berkahwin! Hehe. Semoga rezeki kalian sentiasa murah dan cepat dikurniakan zuriat untuk menyambung ‘hebat’ kalian kelak.


Jiran serta rakan sekolah pun ada yang akan berkahwin dan doaku juga agar semuanya dilimpahi keberkatan serta rezeki yang mencurah-curah kelak. Selamat sibuk juga buat Syukri Nazri yang bakal menerima abang ipar baru pada 10 Jun. Sehari lepas tu (11 Jun), kita release otak di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa bersama Amy, Kid, Din, Nasir dan Yazit! Phewwitt!


p/s : Tiket ‘Malam Bersama Search’ masih boleh didapati dikaunter DIGI GIANT KT, harap maklum.


Amysha 20:18

Hari Itu Sudah Berlalu : Semoga Amin Tenang Di ‘Sana’

Assalamualaikum..

Setelah dua entri eksklusif untuk ruangan ini, aku tergerak untuk menulis mengenai perihal insan ini. Mohd Amin Bin Zaini, nama yang sentiasa melekat diingatan aku tatkala mengimbas kembali memori persekolahan dulu. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira akhir 2004 akibat kemalangan jalanraya di Pulau Pinang.


Serba salah juga rasanya untuk aku bercerita perihal insan yang telah pergi, namun bila difikirkan balik, apa salahnya jika ia boleh mengingatkan kita mengenai saat KEMATIAN. Setiap manusia tidak akan terlepas dari mati dan aku percaya bahawa Azza Wa Jalla lebih menyayangi arwah Amin yang pergi terlebih dahulu meskipun pada usia yang boleh dikatakan muda.


Terfikirkah kita, disaat sedang bersukaria dan berseronok dengan kehidupan dunia, tiba-tiba Allah SWT menarik nyawa yang dipinjamnya. Huh, aku insan yang cukup lemah serta naïf untuk menghadapinya, semoga Dia sentiasa meletakkan aku dilandasan yang benar untuk mencari kesempurnaan di Barzakh sana. Arwah Amin, rakan sekelas aku dari tahun 2000 hingga ke 2002, aku terkedu saat mendengar berita pemergiannya.


Arwah seorang yang cukup baik hati dan dari keluarga yang baik hati. Boleh dikatakan aku sempat untuk ‘rapat’ bersama keluarganya tatkala kami bersahabat dulu. Pernah sesekali bertandang kerumahnya untuk menjemput beliau kemana-mana. Di dalam kelas, beliau seorang yang ceria, suka membuat lawak dan kadang-kadang cepat mengantuk. Pantang cikgu keluar kelas, mulalah beliau tidur. Hehe.


Pengalaman manis bersama arwah tentulah disaat kali pertama menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian pada 2001. Pergi atas pelawaan Dollah Salim bersama-sama dengan Mat Due ‘itik’, arwah tatkala itu cukup excited untuk bersukaria tanpa mengetahui bahawa ajalnya akan tiba kurang dari 3 tahun lagi. Semuanya atas kekuasaan Allah SWT bukan? Dan kita terlalu kerdil untuk tidak menunaikan tanggungjawab sebagai hamba-Nya.


Arwah juga salah seorang geng ‘gila bola di SMKANI’ dan merupakan seorang pemain bolasepak yang baik. Juga hebat dalam permainan bolatampar, arwah sememangnya antara pelajar yang gemar bersukan sebenarnya. Kami sememangnya satu kepala dan bersama-sama menyertai lawatan ke dua destinasi sepanjang lima tahun tersebut. Tanpa diragui, arwah sememangnya baik hati dan mudah menolong orang tatkala dalam kesusahan.


Last aku sekelas dengan arwah adalah tahun 2002, masa tingkatan tiga. Aku duduk depan arwah dan kalau dah sebut tiga tahun berada dalam kelas yang sama, sudah tentu aku faham benar dengan perangainya. Tingkatan empat dan lima, arwah tidak tinggal di asrama menyebabkan arwah sedikit ‘jauh’ dengan geng-geng dulu. Terkilan sebenarnya dengan secebis perubahan sikap arwah apabila beliau mengikut ‘geng’ lain dan tidak tinggal di asrama bersama kami. Renggang hubungan, namun masih erat dalam tali persahabatan.


Selepas SPM, arwah dikatakan bekerja di Pulau Pinang dan sempat juga sebenarnya aku sekali sekala menghubungi arwah untuk bertanya khabar. Takdir Dia, tiada lewat mahupun awal sesaat, arwah Amin diberitakan terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang sekaligus meragut nyawa beliau. Siapa yang menduga? Keputusan SPM pun masih belum diumumkan tatkala tersebut. Masih ralat meskipun sentiasa berharap kerana belum pernah mengunjungi pusara arwah di Pulau Pinang.


Allahyarham Mohd Amin Bin Zaini, semoga kamu tenang di ‘sana’. Suatu masa nanti, kami semua pasti akan menuruti kerana ia adalah janji dari Ya Rabbi. Ya Allah, ampuni dosa-dosa arwah dan tempatkanlah beliau dikalangan roh orang yang beriman. Rakan-rakan sekalian, ingatlah tempatmu di ‘sana’ kelak!


“Aku saye n rindu gilo ko mu, min! Maafkae aku banyok2 deh if aku pernoh buat mu kecik hati”-Mesha Khonger


Amysha 20:58