Wednesday, September 30, 2009

Iktibar Dari Bencana

Assalamualaikum..

Agensi Berita Bernama dan Buletin Utama TV3 telah melaporkan gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 6.16 petang Rabu menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. Sekalipun di kawasan saya tidak merasainya, namun saya pasti rakan-rakan yang berada di sekitar Lembah Klang pasti terlibat dengan gegaran tersebut. Malah gegaran turut dirasai di Kota Bharu!

16 jam sebelum gempa bumi di Selatan Sumatera itu meletus, telah berlaku satu gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud melanda South Pacific negara pulau Samoa hingga menyebabkan berlakunya kejadian Tsunami setelah kali terakhir ‘menyerang’ dunia pada penghujung 2004. Korban mangsa tsunami di Samoa setakat ini adalah seramai 100 orang dan dijangka terus meningkat kelak. Gempa bumi di Sumatera juga telah menyebabkanPusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) mengeluarkan amaran tsunami bagi Indonesia, India, Thailand dan Malaysia selepas gempa bumi itu tetapi menarik balik amaran berkenaan kemudian kerana bacaan paras laut menunjukkan tiada pergerakan ketara tsunami akibat gempa bumi itu.

Apa yang mahu diketengahkan oleh saya pada kali ini meskipun amaran tsunami telah ditarik balik adalah iktibar yang kita perlu ambil dari bencana sebelum ini. Penghujung 2004 menyaksikan bagaimana bumi Acheh lenyap dimusnahkan ombak ganas Tsunami. Di antara kisah-kisah yang dirakamkan ialah bagaimana begitu banyak rumah-rumah Allah seperti masjid dan surau yang tidak dimasuki air dan menjadi pelindung kepada ramai orang! SubhanAllah..Juga kita dapat mengingati bagaimana kubur-kubur manusia yang tidak terjejas, malah ada jenazah lama yang tidak bertukar bentuk dan bagaimana sebuah kapal besar berpusing-pusing membunuh hampir kesemua mereka yang berlindung di dalamnya kecuali seorang dan pelbagai keajaiban lain telah dinyatakan bagi membuktikan kebesaran dan kekuasaan Yang Maha Esa! SubhanAllah..

Sebagai umat yang amat lemah disisi-Nya, ayuh kembalilah kita kepada fitrah Sang Pencipta. Hanya Allah SWT yang mampu untuk mendengar luahan hati kecil kita, hanya Allah SWT yang dapat menentukan segala-galanya tentang kita. Cekalkan hati untuk sentiasa kekal dalam perjalanan Islam, paling penting SOLAT jangan sesekali ditinggalkan. Ingatlah semua bahawa dunia ini hanya persinggahan dan teruskanlah usaha kita untuk mengumpul bekalan. KERANA HANYA DIA LAH YANG MAHA PELINDUNG DARI SEGALA BALA BENCANA. ya ALLAH, lindungilah kami dari bala bencana. Amin…

Bencana (Search)


Silau mata batin ku menyaksikan
Hujan dosa menikam di umbut kota
Oh...oh...oh...
Dan pasrah pun terpendam
Tak berkesan...oh...

Sepi di langit bertukar
Jadi irama suram
Laut tenang berpusar menelan
Karang yang tajam
Oh...oh...oh...
Bencana pastikan datang
Satu persatu
Ke sayap dunia

Sewaktu
Aku ketakutan
Melihat (menunggu)
Bencana yang datang
Panaskan terasa
Menyapu di muka
Ruoanya diriku (ku ini)
Sedang bermimpi
Ngeri datang menggigit hati
Andai terjadi nanti

Pasti penghuninya
Serangga yang liar
Itu kerana kita
Telah pun di telan
Dunia..

AM : Takut untuk bayangkan ombak tsunami mengganas menghempap rumah, alangkah gerunnya untuk menanti Kiamat!

Tuesday, September 29, 2009

Mencari Sebuah Temu

Assalamualaikum..

Salam Syawal kesembilan yang membawa makna bahawa telah sembilan hari Ramadan Al-Mubarak meninggalkan kita. Berpeluang untuk menjejak kaki ke surau berhampiran sebentar tadi kerana atas perasaan ‘malu’ kepada-Nya apabila ‘lupa’ untuk mengunjungi setelah sembilan hari berlalu Ramadan. Namun satu fakta yang nyata, SEPI. Yang Maha Esa, berikanlah aku kekuatan dan keazaman untuk terus mengenali-Mu, beribadat tanpa jemu pada-Mu.

Sebenarnya, selepas Aidilfitri ini wujud agenda besar untuk para sahabat ‘MEMORIA DIA UDM’. Setelah lama merancang dan terpendam, harapan saya cukup tinggi untuk melihat perkara ini direalisasikan. Walaupun baru sahaja hampir dua tahun kita berpisah dan membawa haluan masing-masing, namun tidak salah sekiranya kita mewujudkan peluang untuk mencari titik pertemuan antara kita agar ukhwah ini terus kekal selamanya.



GENTING HIGHLANDS, cadangan untuk lokasi reunion untuk kali pertama dan tarikhnya adalah sekitar pertengahan hingga akhir November tahun ini, insyaAllah! Saya berharap semua rakan dapat memberikan kerjasama semaksima yang mungkin untuk merealisasikannya. Mempunyai tugas yang berat untuk menyatupadukan kesemuanya kerana masing-masing menbawa haluan sendiri yang cukup menyendiri malah ada yang sampai ke bumi Dublin. Namun kita tidak harus berputus asa dan teruskan usaha agar ia menjadi kenyataan!

AM : Projek murni yang timbul setelah tidak berkesempatan untuk bersatu semasa hari Konvokesyen. Ada hikmah disebalik peristiwa rupanya!

Monday, September 28, 2009

Selamat Ulangtahun Sayang!

Assalamualaikum..

Satu lagi entri yang pasti membuatkan orang akan rasa meluat dan geli! Haha.. Tapi, tak peduli kata orang terhadap dirinya, saya tahu ini blog saya. Untuk pertama kalinya juga saya pecahkan ego ‘kebal’ saya untuk memberitahu dunia bahawa ‘dia’ sungguh saya hargai. 24 September, sudah hampir 5 hari berlalu, namun masih belum terlewat untuk saya mengucapkan “Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 23, Zaa!”

Maafkan saya kerana terlebih lewat untuk memberi penghargaan khusus buat kamu menerusi DUNIAMSHYAR yang istimewa ini. ZAA, perempuan ini muncul secara tiba-tiba didalam hidup pada pertengahan 2006. Tidak dipinta, tidak didamba. Semoga kehadirannya terus kekal selamanya dihati ini atas keizinan yang Maha Esa.

Untuk kamu, tiada hadiah selain doa ini:

“Semoga sentiasa bersabar dengan karenah lelaki ini. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hidup. Semoga berjaya dalam setiap apa yang kamu lakukan. Semoga dipermudahkan dalam segala urusan. Dan yang paling penting, mohon doa dari kalian semua, semoga saya dan ‘gadis’ ini diluruskan jalan untuk menggapai apa yang dinamakan JODOH di dunia dan akhirat. InsyaAllah.. Saya sayang dan cinta kamu. Terima kasih kerana hadir menyerikan hidup saya...'”




AM : Gua RINDU sama lu beb!

Wednesday, September 23, 2009

Sentuhan Hari Raya

Assalamualaikum..

Syukur pada Yang Maha Kuasa kerana dengan keizinan-Nya, saya masih mampu menyambut hari lebaran yang sungguh barakah ini. Sudah masuk Syawal yang keempat dan dengan keizinan-Nya juga saya masih mampu untuk menziarahi sanak saudara serta rakan dan taulan yang jauh serta dekat.

Pada Syawal yang pertama hingga Syawal yang ketiga sememangnya jadual raya saya penuh dengan aktiviti. Rakan-rakan sememangnya tidak berpeluang untuk datang beraya dirumah saya pada masa tersebut. Syawal yang pertama-beraya bersama keluarga, ke rumah datuk sebelah mama dan ke rumah datuk sebelah ayah. Syawal yang kedua-beraya di rumah keluarga moyang sebelah mama dan saudara sebelah ayah di Bandar KT. Syawal yang ketiga-aktiviti tahunan yang wajib bagi saya iaitu menziarahi rakan-rakan di Besut dan Kelantan.

Penat pada tiga hari pertama Syawal sememangnya dirasai lebih-lebih lagi terpaksa memandu dalam keadaan trafik yang cukup sesak. Cuaca disini juga tidak menentu dan paling menakutkan apabila terpaksa menempuh cuaca rebut ketika memandu pada Syawal yang ketiga. Rakan-rakan SMKA Nurul Ittifaq juga masih `bengong-bengong’ seperti dulu, hehe.. Sempat jugalah bertemu dan menziarahi beberapa rakan, masing-masing punya haluan hidup yang menarik tersendiri. Paling best bila lepak di Pantai Dalam Rhu!

Syawal keempat? Yes, sememangnya sudah mempunyai perancangan untuk menziarahi rakan-rakan di bahagian KT pula. Tetapi bergantung pada mood dan keadaan. Sudah dapat bayangkan bagaimana sesaknya jalan di Bandar tatkala musim ni, namun sudah menjadi kelaziman untuk saya menziarahi para sahabat. Sungguh ramai sahabat-sahabat saya yang saya hargai dan menghargai saya. TERIMA KASIH kerana masih sudi menjadi sahabat saya.

Yang membenci saya dan masih mempunyai perasaan marah pada saya, hanya kemaafan yang tulus dipinta. Semoga kalian memaafkan saya sebelum kita semua menutup mata apabila ‘dipanggil’ oleh-Nya kelak. Mungkin saya tidak sehebat dan sesempurna seperti sahabat-sahabat kamu yang lain, namun jika kalian ikhlas untuk bersahabat dengan saya, saya 1000 kali lebih ikhlas untuk bersahabat dengan kalian. Salam Eidulfitri 1430H.

AM : “Sendiri Mau Ingatla” bila orang dah tak suka serta benci pada kita. Maybe kita terlalu teruk dan mereka terlalu perfect..

Thursday, September 17, 2009

Special 100~Selamat Hari Raya Eidulfitri

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya DUNIAMSHYAR sudah mencapai entri yang ke 100! Setelah entri yang ke 50 berkisar mengenai Hari Ibu, kali ini untuk entri ‘special’ yang ke 100 juga mempunyai nilai sentimental yang cukup tinggi. Meskipun tatkala jari jemari yang mulus ini sedang rancak dan excited untuk menekan papan kekunci, namun hati kecil ini cukup terusik dengan satu peristiwa yang cukup mengecewakan untuk dikenang. Tidak terlintas langsung untuk mengungkit kembali apa yang telah terjadi, namun sebagai seorang manusia biasa yang lemah di sisi-Nya, hanya DIA yang Maha Mengetahui perasaan saya.

Tidak dapat dinafikan, ketika kita rasa diri kita selesa dengan hidup, namun tanpa kita sedari pasti ada yang kurang dan silap. Inilah kali pertama saya menghadapi suasana sebegini setelah ‘masuk’ ke alam maya! Demi DIA yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, saya tidak pernah berniat walaupun sebesar kuman untuk menyakiti hati para sahabat sekalian. Namun seperti yang saya katakan tadi, kita hanya manusia biasa yang sentiasa tidak lari dari kekhilafan samaada disengajakan mahupun tidak. Kadangkala tanpa kita sedari, ada yang tidak menyenangi kita hatta kita tidak pernah berniat untuk mengguris perasaannya. Berbicara mengenai hati dan perasaan ini sememangnya sungguh subjektif! Kita tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku pada masa hadapan meskipun kita cukup berhati-hati untuk meredahnya.

Argh, kenapa Ahmad Amshyar begitu emosional untuk yang ke 100 ini? Sekadar meluahkan perasaan dan isihati yang terpendam. Sehinggakan ketika sedang bersolat terawih sebentar tadi pun, hati ini sentiasa meronta-ronta untuk berbicara, jauh sekali untuk mengecap ‘kekhusyukan’. Dalam tiga hari lagi Ramadan akan meninggalkan kita semua, dan maka tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam yakni Hari Raya Eidulfitri. Seperti yang kita sedia maklum, dikesempatan Hari Raya Eidulfitri inilah kita harus bermaaf-maafan sesama insan dan seterusnya melupakan segala kekhilafan yang pernah terjadi. Siapalah saya untuk tidak memaafkan orang lain hatta Rasulullah SAW yang ‘Maksum’ juga mengampunkan umatnya, sesuatu yang begitu klise untuk ditaip.

Hari Raya Eidulfitri, inilah musim untuk kita melupakan sengketa lama dan kembali kepada pertimbangan akal yang positif, waras dan sejahtera. Saya fikir, apalah gunanya kita bermusuhan dan berdendam lama-lama, lantaran ia tidak menguntungkan sesiapa pun! Walhal Syurga Allah SWT itu milik hamba-hamba-Nya yang sering kasih mengasihi sesama mereka. Saya tidak pernah mengambil hati apa yang pernah rakan-rakan lakukan terhadap diri saya meskipun perkara tersebut mengguris hati dan saya akan cuba sentiasa untuk bersikap positif. Harus diakui, saya bukan lah seseorang yang cerdik, hebat dan berpengaruh seperti kalian semua, namun saya tetap seorang manusia yang punyai perasaan tidak kiralah apa jua bentuk perasaan tersebut.

Pada saya, perasaan marah yang tidak dapat dilenyapkan pastinya akan mewujudkan perasaan dendam di dalam jiwa saya suci anugerah Allah ini. Maka hati akan merasa berat untuk memaafkan seseorang dan terbitlah perasaan benci serta perasaan ingin menjauhkan diri daripada orang tersebut. Perasaan dendam juga akan menyebabkan kita ingin menghukum pihak yang telah melakukan kesalahan terhadap kita. Justeru, hulurkanlah tangan sambil maaf dipinta, walau hakikatnya bukan kita yang memulakan sengketa. Itulah sebenarnya roh dan pengisian Eidulfitri yang mulia.

Ucapan buat dua individu yang paling penting dalam hidup saya, MAMA dan AYAH. Jika terbaca blog ini, mohon diampunkan segala kesalahan jika Am pernah buat Mama dan Ayah terguris dengan sikap Am selama ini. Kepada adik-adik, AIN, AMIR, dan AJEERAH, teruskan usaha kalian untuk menggapai kejayaan! Hanya usaha yang gigih mampu memberi pulangan tersebut. Maafkan abang kamu yang paling sulung ini sekiranya terkata dan terbuat perkara yang tidak disenangi kalian. Terima Kasih!

Kepada semua sahabat-sahabat saya, teman-teman baik saya, terima kasih atas nilai sebuah persahabatan yang cukup mahal harganya ini. Sungguh ramai rasanya sahabat dalam hidup saya bermula dari Tadika hingga ke zaman Universiti (Tadika Chalok Barat, Tadika Al Arqam, SK Wangsa Jaya KL, SK Chalok Barat, SK Kg Buloh, SMKA Nurul Ittifaq, KUSZA,UDM, INFORANA). Semoga anda semua terus menuju kejayaan dan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah swt. Hanya DIA yang maha mengetahui betapa berharganya kalian dalam hidup Ahmad Amshyar! Terima Kasih!

Sahabat dari alam maya? Tidak lupa juga kepada semua para sahabat yang berasal dari alam yang sungguh istimewa ini terutama ahli Duniasearch.com, teman facebook, YM, blogger, forum cari, forum neogendang, forum amnet, forum lagendarock, multiply dan berbagai sesawang yang pernah saya join mahupun singgah, terima kasih kerana membuatkan saya merasa cukup gembira dan istimewa apabila berada di alam ini! Pasti dan wajib ada kekhilafan dan ketidakpuashatian dikalangan kalian. Tidak dapat tidak, tatkala ada yang membaca entri ini pun semestinya masih ada yang meluat dan sakit di hati. Maafkan saya.. Terima Kasih!

Begitu juga kepada semua yang pernah rapat serta kenal diri Ahmad Amshyar sepanjang hidup ini, yang pernah bersapa tegur, yang pernah berbicara dan duduk sekali, bersahabat, berkawan dan bersahabat, mohon dimaafkan segala tanggungan dosa ini yang ternisbah atas kalian. Terima kasih!

Hehe.. Yang terakhir dan teristimewa dalam hidup saya semenjak 2006, gadis yang bernama ZAA, semoga apa yang kita impikan akan sentiasa diredhai dan berkati-Nya serta paling penting akan segera dimakbulkan. InsyaAllah, sayang! Thanx A lot!

Saya sangat menghargai setiap apa yang kalian anugerahkan dalam ukhwah ini. Pada hujung Ramadan yang mulia ini serta Syawal yang bakal menjengah, saya dengan penuh rendah diri merayu memohon ampun dan maaf, jika pernah mengguris dan memberi sakit pada kalian, jika pernah mengusik hati kalian, pernah membuat kalian bersedih serta berkecil hati, dan segala macam perkara yang amat memerlukan kepada sebuah kemaafan. Mohon diampunkan atas segala kekhilafan, terima kasih yang teramat! Saya sayang kamu semua..

“AKU HIMPUKAN SEPULUH
JARI INI DAN AKU SUJUD BERSAMA
HATI INI…
MEMOHON AMPUN DAN MAAF..
SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI..
MOGA DIBERKATI”

~AHMAD AMSHYAR AMINUDIN~

Wednesday, September 16, 2009

QA'QA' AT-TAMEEMI, Tahniah Uncle Amy!

Assalamualaikum..

Baru dapat info, isteri ikon rock negara, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search iaitu Kak Norish baru sahaja melahirkan bayi lelaki pada kira-kira jam 4 petang tadi. Dah 51 tahun, masih lagi dapat baby baru! Kuat eh lu bro.. Hehe.. Anyway, semoga baby tu menjadi orang yang berguna pada masa akan datang. Kalau bab hensem tu, sure la muka sebijik macam papa dia seperti Xander. Hehe.. Tahniah Abang Amy n Kak Norish! Semoga sentiasa dirahmati-Nya..

Ni sms Amy: "Salam, Norish selamat melahirkan anak lelaki kami, QA' QA' AT-TAMEEMI. Pukul 3.55 ptg tadi, 3.555 kg. Alhamdulillah Syukur!" ~credit:Bro Dalie DNS

Rujuk artikel ini untuk penjelasan lanjut : Harian Metro

AM : QA' QA' AT-TAMEEMI, sebelum ni tak pernah tahu pun sejarah 'pejuang' ini. Bila la Nabila nak bagi cucu kat dia. Hehe..

Bila Tiba Hari Raya

Assalamulaikum..

Dalam kurang dari 5 hari lagi kita akan menyambut ketibaan Aidilfitri. Rasanya begitu cepat masa berlalu dan terasa baru sahaja awal Ramadan. Esok lusa dah nak beraya. 10 Malam terakhir Ramadan ini kadang-kadang tanpa kita sedari berlalu begitu sahaja seperti dihembus angin. Inilah dugaan yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya, samaada kita mampu menahan nafsu untuk membuat persiapan Aidilfitri ataupun berlumba-lumba merebut peluang gandaan ibadah kepada-Nya.

Terawih dah jauh lagi Qiamullail, seolah-olah dilupakan begitu sahaja bila hampir tibanya Aidilfitri. Hish! Semoga saya masih kekal untuk menghabiskan sisa-sisa malam terakhir terawih ini. Mana mungkin saya dapat bertemu kembali Ramadan yang akan datang jika DIA tidak mengizinkannya. Sebut pasal raya yang hampir tiba ni, sebenar tadi saya berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri kesesakan lalulintas di Bandaraya Kuala Terengganu pada sebelah malam!

Yela, sebelum ni memang sukar untuk melihat kesesakan lalulintas di KT pada sebelah malam kerana KT bukanlah seperti bandar-bandar besar yang lain. Semuanya sibuk untuk membeli barang-barang persiapan dan keperluan untuk musim perayaan kelak. Seriously, saya memang tak suka musim perayaan kerana sebab kesesakan kereta dari orang-orang luar Terengganu! Haha.. Sebelum ni Terengganu lengang dan aman je tanpa banyak kenderaan tetapi bila tiba Hari Raya, semestinya sudah dapat dibayangkan betapa sesaknya jalan dari arah Batu Enam untuk menghala ke Bandaraya KT. Phew..

AM : Lepas buat sesak di KL, time raya balik buat sesak kat Terengganu pula. Hish! Berhati-hati di jalanraya, ingatlah orang yang tersayang. Bumi Terengganu mengalu-alukan kepulangan anda.

Tuesday, September 15, 2009

Rindu Kad Raya

Assalamualaikum..



Dalam kira-kira 5 hari sahaja lagi, kita semua akan menyambut 1 Syawal yakni Hari Raya Aidilfitri. Pasti ramai yang sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambutnya lebih-lebih lagi para ibubapa yang ‘wajib’ menyediakan baju raya yang baru untuk anak-anak. Saya rasa sudah hampir 3 tahun saya tidak mempunyai baju raya yang baru (baju melayu). Hehe.. Baju melayu dah banyak dan masih molek untuk dipakai, so tak perlu lah rasanya untuk kita membazirkan.

Sebut pasal raya, teringat satu perkara yang saya sentiasa ambil berat pada 3, 4 tahun yang lepas. “KAD RAYA”, dah hampir 3 tahun juga rasanya saya tidak menerima kad tersebut. Kecanggihan teknologi kini telah menenggelamkan sesuatu yang nostalgia bagi saya. Bayangkan pada 3, 4 tahun lepas (terutama selepas SPM), berpuluh-puluh kad raya saya terima dari para sahabat. Sebenarnya mereka tidak harus juga dipersalahkan kerana tidak menghantar kad raya kepada saya kerana saya sendiri yang tidak memulakannya dulu kini. Hehe..

Beratus-ratus keping koleksi kad raya yang saya terima, masih tersimpan rapi didalam kotak ‘muzium’ saya dan pastinya saya amat menghargai serta menyayanginya. Setiap tahun pasti saya akan buka dan membacanya. Nostalgia silam sememangnya tidak boleh dibeli dan mustahil dapat diundurkan kembali! Percayalah satu hari nanti pasti tiada lagi kewujudan kad raya kerana limpahan kad raya ‘digital’ yang ada pada dunia yang serba moden kini. SMS? Tidak kekal lama, tidak pernah kekal lama ucapan-ucapan raya tersebut. Sungguh mengecewakan apabila tradisi yang menyentuh perasaan ini semakin dilupakan! Rindu Kad Raya Weh, uwaaa!!!!!

AM : Tak pernah dapat pun kad raya yang bunyi-bunyi muzik tu dalam hidup ni, so classic! Hehe..

Sunday, September 13, 2009

Iftar Jama’ie Fi Cheng Ho

Assalamualaikum..

Pada Ramadan yang ke-22 bersamaan dengan 12 September 2009, komuniti ‘Duniasearch.Com’ telah sekali lagi menganjurkan majlis berbuka puasa yang bertempat di Restoran Cheng Ho milik Amy di Wangsa Maju. Yang pasti, penganjuran kali ini dilihat lebih sistematik dan teratur berbanding pada tahun sebelumnya (Tahniah sis Niki n bro Dalie). Kehadiran juga amat memuaskan termasuk beberapa individu baru yang masih belum dikenali. Search? Hanya abang Amy dan abang Yazid yang hadir, mungkin yang lain-lain mempunyai komitmen lain. Search tidak penting kerana niat utama penganjuran ‘iftar’ ini adalah untuk merapatkan lagi ukhwah sesama ahli kelab yang mula ditubuhkan sejak 2006 ini. Ada juga ahli-ahli baru dan inilah sebenarnya masa untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi diantara satu sama lain. Sesuailah dengan tagline Duniasearch iaitu ‘Search Menyatukan Kita’.





Mula berkumpul di Cheng Ho pada kira-kira jam 6.30 petang, para tetamu dikehendaki mendaftarkan diri dengan penganjur sebelum menurunkan tandatangan di papan ‘memori’ untuk tujuan kenang-kenangan. Yang melucukan adalah, saya daripada Shah Alam (rumah member) ke Cheng Ho untuk berbuka puasa tetapi yang sebaliknya berlaku apabila Abang Amy dan isteri ke Shah Alam dari KL untuk berbuka. Hehe. Menurut abang Amy, dia terpaksa menuruti kemahuan isterinya yang sedang sarat mengandung 9 bulan ini mengidam untuk memakan sesuatu di Shah Alam.

Abang Amy tiba di Cheng Ho kira-kira jam 9.30 malam dan waktu inilah yang digunakan untuk berborak panjang dan mendengar perkhabaran baru mengenai ‘upcoming event’. Paling penting, Kelantan pun on pada November walaupun hanya akustik! InsyaAllah.. Abang Amy pun sempat juga promote bisnes One Drop Perfume dia tu.. Hehe.. Hope kita semua akan bertemu lagi di lain waktu kelak.

AM : Ukhwah itu indah!

Thursday, September 10, 2009

We’re Going To The World Cup!!

Assalamualaikum..

Salam Ramadan yang ke-20. Alhamdulillah, saya masih diberi ruang oleh-Nya untuk terus bernafas di bumi ini meskipun hati sedikit serabut dengan persekitaran semasa. Berita gembira yang menyejukkan hati sebelum tiba waktu sahur adalah kejayaan pasukan kebangsaan ENGLAND melangkah ke pusingan akhir kejohanan Piala Dunia 2010 yang bakal berlangsung di Afrika Selatan. Fabio Capello, pengurus pasukan England yang mengambil alih tugas dari pengurus sebelumnya sememangnya seorang yang ‘ajaib’ dan ‘unik’! Benarlah kata sahabat saya, Shahiful Izuan yang beliau bimbang apabila England dibimbing Capello kerana setiap pasukan bimbingannya pasti menempa kejayaan.



Bayangkan sebelum ini, England gagal ke kejohanan EURO pada dua tahun lepas. Dan kali ini England mara ke Piala Dunia dengan lebih awal setelah mencatatkan kemenangan bergaya 5-1 ke atas Croatia sebentar tadi. Semoga Capello akan terus membawa tuah buat England pada kejohanan tersebut kelak! Dapat melepasi peringkat semifinal pun dah kira ok meskipun dalam hati ini amat berharap agar England menjadi juara meskipun dibayangi skuad gergasi seperti Brazil, Argentina dan Sepanyol.

AM : Malaysia Boleh!!

Tuesday, September 8, 2009

SEARCH For It : Lailatul Qadr

Assalamulaikum..

Sudah pun melalui 18 Ramadan. Alhamdulillah, Al-Mubarak kini hanya tinggal kira-kira hampir seminggu saja lagi. Saya dapat merasakan begitu pantasnya masa berlalu. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa ‘malam seribu bulan’ akan datang dalam malam ganjil di sepuluh akhir Ramadan. Adakah ianya akan dipertemukan dengan saya kelak?

Alangkah ruginya kalau ianya datang sedangkan saya terlena dibuai mimpi, busy online dengan mengadap PC, chill out dengan rakan di kedai makan. Alangkah ruginya kalau ianya terlepas begitu saja. Yang nyata sesiapapun tidak pasti bilakah malam Lailatul Qadar ini akan bertamu. Sebagai hamba-Nya kita mesti mengambil peluang untuk merebut malam seribu bulan ini sementara masih ada saki baki Ramadan yang penuh barakah ini.
Maka jom kita kerahkan segala jiwa dan raga kita ini untuk merebut seberapa banyak ‘hadiah’ yang DIA kurniakan kepada ummat Rasulullah SAW ini.

Ya Allah Ya Tuhanku..
Kekalkan taufik hidayah kekuatan padaku untuk aku beribadah kepadaMU.
Aku tagih keampunan dan rahmat daripada MU.
Berikanlah aku peluang untuk bertemu dengan LAILATUL QADR yang dijanjikan.
Aamin yaaa robbal ‘aalamin.



FAKTA MENGENAI LAILATUL QADR

Sumber : AzharJaafar (credit)

Bilakah waktunya?
Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.

“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).”
(Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.”

Waktu lailatulqadar tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. Imam Ghazali mempunyai formula untuk mengira lailatulqadar berdasarkan hari mula puasa mengikut pengalamannya. (mungkin boleh dipakai di Malaysia kerana tempat beliau di Iran atau Iraq tidak jauh dari sini)

Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :
[1] Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;
[2] Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;
[3] Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;
[4] Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;
[5] Sabtu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.

Cara Nabi mendapatkan lailatul qadar

Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramadhan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadhan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.

Nak buat apa pada malam itu?

Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.

Nak minta apa jika bertemu malam itu?

Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Baginda menjawab,
“Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni.”
Maksudnya;
“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

Apa berlaku pada malam itu?
Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).

Allamah Sawi mengatakan pada malam itu turun ruh malaikat yang mempunyai 1 badan dan 1,000 muka. Besarnya ruh malaikat ini ialah kepalanya berada di bawah Arasy dan kakinya bertunjang ke bumi. Setiap muka mempunyai 1,000 mulut, kerjanya memuji Allah, setiap lidah dalam bahasa yang berlainan (1,000 muka x 1,000 mulut = 1,000,000 bahasa)

Malaikat yang turun pada malam itu mengucapkan Salam kepada orang Islam kecuali kepada orang Islam yang meminum arak, memakan babi dan memutuskan Silatur-Rahim.
Antara kelebihan malam lailatul qadar ialah malaikat turun bersama 4 panji-panji iaitu 4 bendera yang diletakkan di 4 tempat:

• Satu bendera diletakkan di atas Maqam nabi.
• Satu bendera diletakkan di Baitul Maqdis
• Satu bendera diletakkan di Baitullah
• Satu bendera diletakkan di Bukit Thur

Tanda Malam Lailatul Qadar

Malam yang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu.

AM : Yang lemah itu aku, yang hebat itu DIA!

Sunday, September 6, 2009

Selamat Melihat Dunia, Muhammad Aqil Ammar

Assalamualaikum..

Pada 1 September yang lepas, bertambahlah generasi waris keluarga Haji Mat Zin dan Hajjah Kalsom dengan lahirnya seorang putera yang diberi nama MUHAMMAD AQIL AMMAR BIN ABDUL AZIZ. Baby ni bukan adik saya pun, dan bukan juga anak saudara saya. Hehe. Maklumlah saya ni anak sulung dari empat beradik, nak dapat anak saudara tu memang lambat lagi la dan mungkin lepas saya dapat anak sendiri kot baru ada anak saudara. Tak macam orang lain, berduyun-duyun anak saudara, bestla kan.




Baby ni sebenarnya sepupu saya dan saya sememangnya mempunyai ramai sepupu. Dikalangan antara sepupu ni, saya la merupakan ‘boss’ diorang sebab saya merupakan cucu sulung kepada Haji Mat Zin. Satu fakta yang tidak boleh diubah lagi! Justeru, respectlah pada ‘boss’ ni ye wahai sepupu-sepupu ku sekalian. Hehe.. Saya tumpang gembira untuk untie saya yang melahirkan baby ni sebab akhirnya dapat juga seorang putera setelah dikurniakan tiga puteri sebelum ni. SubhanaAllah, DIA sememangnya Maha Pengasih dan Maha Penyayang untuk memakbulkan doa-doa kita kan. Kepada Ammar, semoga dewasa kelak menjadi insan yang berguna buat ibubapa, keluarga, agama, bangsa dan Negara! Amin..

AM : Selamat berangkat menunaikan umrah buat Ayah Teh@Ahmad Faizal Tajudeen. Semoga selamat pulang juga ke tanahair pada Aidilfitri ketiga kelak.

Thursday, September 3, 2009

Siang Mengantuk, Malam Berjaga.. Haih!



Assalamualaikum..

Kadang-kadang saya happy tapi kadang-kadang juga saya rasa tak normal. Geramnya tatkala jam 3,4 pagi ni, mata masih segar bugar. Orang lain best je dibuai mimpi indah. Kalu tak tidur pun, orang lain study hard, dapat gak hasil. Kita ni duk tengok siling, keluar masuk dapur buat air, alih-alih channel tv. Ramadan ni, biasanya lepas solat subuh, barula tidur (Tak berapa baik untuk pintu rezeki, jangan cuba dirumah). Hish! Kalu ade kerja time 9.00 am, maknanya tidur dalam dua jam je la. Pastu start tidur balik, petang. Time orang lain tak tidur. Apa-apa pun, janji tidur mesti mau cukup, barulah sihat!

AM : Zzzzzzzz…..

Wednesday, September 2, 2009

Suka Memaafkan Orang Lain

Assalamualaikum..

Kita sudah pun melepasi tahap 10 Ramadan, dimana hanya tinggal kurang dari 20 hari lagi kita akan berpuasa. Sungguh cepat rasanya masa itu berlalu dan pastinya setiap jam yang kita lalui, kita sebenarnya semakin hampir dengan kematian. Hidup ini pasti tidak terlepas daripada membuat kesalahan kepada orang lain, tidak kiralah orang itu dikalangan keluarga, saudara mara mahupun sahabat kita sendiri.

Kita juga pasti tidak terlepas dari disakiti oleh orang lain, bergaduh tanpa sebab dengan orang lain, dimarahi oleh orang lain. Justeru, sempena Ramadan Al Mubarak yang begitu mulia ini, marilah sama-sama kita melupakan segala persengketaan dan cuba untuk sentiasa memaafkan orang lain meskipun seseorang itu mempunyai kesalahan terhadap kita. Siapalah kita untuk mendendami dan tidak memaafkan orang lain, sedangkan Allah SWT itu sendiri Maha Pengampun serta Rasulullah SAW juga memaafkan umatnya! Berikut adalah artikel yang saya ingin kongsikan tentang Suka Memaafkan Orang Lain:



Sifat suka memaafkan satu perbuatan yang terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci murni. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredhaan hatinya terhadap Allah. Dia memahami tentang dirinya sendiri sebagai insan yang bersifat serba kekurangan dan tidak sunyi dari melakukan kesalahan sama ada cara sedar atau tidak sedar.

Manusia boleh mengawal hati dan dirinya menerusi akal tetapi atas sifat kelemahan yang semulajadi, manusia kadang-kadang terjerumus ke dalam pujukan hawa nafsu dan perasaan sehingga menenggelamkan rasional dan tidak dapat membuat pertimbangan yang betul.

Orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain memahami hakikat ini, iaitu hakikat kelemahan yang ada pada dirinya sendiri, sebab itulah Islam sentiasa membuka pintu taubat untuk manusia memohon ampun kepada Allah atas keterlanjuran perlakuannya.
Adalah tidak menjadi satu kehinaan kepada kita sekiranya kita adalah seorang pemaaf kerana di sinilah wujudnya sifat terpuji sebagai seorang Islam:

- menunjukkan kebijaksanaan
- orang yang bersih dari kesombongan
- orang yang bersih dari dendam kesumat
- tidak ada rasa terhina diri
- keimanan yang tertinggi

Sifat-sifat yang tersebut di atas merupakan ikatan yang sangat kukuh kepada kemantapan persaudaraan Islam. Sebagai umat Islam yang bersaksikan Allah tuhan yang satu dan tiada tuhan yang lain selain Allah, maka persoalan perpaduan di kalangan umat Islam itu sendiri adalah lambang ketauhidan kita semua kepada tuhan yang satu iaitu Allah.

Kita semua mempunyai arah tuju yang satu, menyembah tuhan yang satu, mengikut seruan nabi yang satu dan kitab yang satu sepenuhnya. Perlakuan kita dalam persoalan perpaduan haruslah mengikut seperti pengajaran Al-Quran dan seruan Rasul Nabi Muhammad s.a.w.

Islam meletakkan persoalan perpaduan selepas akidah, seperti mana yang kita fahami berpeganglah dengan tali Allah dan jangan kita berpecah belah. Ini merupakan satu kewajipan asas kepada kita berurusan memelihara perpaduan kerana dalam perpaduan inilah kita akan mendapat kekuatan.

Kita perlu kekuatan umat kerana pada diri umat Islam itu sendiri ada terpikul amanah sebagai khalifah Allah yang ditarafkan sebagai sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh mengerjakan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah A-li ‘Imran : Ayat110:
yang bermaksud:

‘Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik’.

AM : Sedih mengenangkan sesama bangsa Melayu sendiri berpecah belah.

Tuesday, September 1, 2009

Bye-bye dan Goodluck, Dik!

Assalamualaikum..

Sejak kebelakangan ini sememangnya saya sungguh sibuk dengan beberapa urusan yang terpaksa disiapkan dengan kadar yang segera. Hari ini juga kali pertama saya berpuasa dengan tanpa bersahur, sungguh ralat serta tidak lengkap rasa puasa ni. Hish! Rasanya masih belum terlambat meskipun sudah terlambat, hehe.. Untuk mengucapkan selamat kembali menyambung pengajian kepada adik kedua saya iaitu Aina Atirah setelah dua bulan menghabiskan cuti di Tanahair. Ni ada sikit pic time kat airport KT sebelum ke KLIA:





Time dengan dia masa kat airport, tak wish apa2 pun. Malu dan malas kot! Hehe.. Anyway, adik Aina (adik la sangat time jauh, haha), jaga diri baik-baik kat sana deh, kalu bab study tu tak bleh nak nasihat sangat sebab tak layak nak nasihat! Hehe.. Cepatla online tu, dah dekat seminggu dah, takut Mama dan Ayah susah hati je. Dahla ambik henset ayah dah, hehe.. Ain, adik dah settle buat puzzle tu!
Bye-bye dan Goodluck! Jangan sedih-sedihla time raya nanti. Kan kuih raya mama dah banyak bawak tu..

AM : Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Dah mula stat dengar lagu ni, SEDIH!)