Tuesday, September 29, 2009

Mencari Sebuah Temu

Assalamualaikum..

Salam Syawal kesembilan yang membawa makna bahawa telah sembilan hari Ramadan Al-Mubarak meninggalkan kita. Berpeluang untuk menjejak kaki ke surau berhampiran sebentar tadi kerana atas perasaan ‘malu’ kepada-Nya apabila ‘lupa’ untuk mengunjungi setelah sembilan hari berlalu Ramadan. Namun satu fakta yang nyata, SEPI. Yang Maha Esa, berikanlah aku kekuatan dan keazaman untuk terus mengenali-Mu, beribadat tanpa jemu pada-Mu.

Sebenarnya, selepas Aidilfitri ini wujud agenda besar untuk para sahabat ‘MEMORIA DIA UDM’. Setelah lama merancang dan terpendam, harapan saya cukup tinggi untuk melihat perkara ini direalisasikan. Walaupun baru sahaja hampir dua tahun kita berpisah dan membawa haluan masing-masing, namun tidak salah sekiranya kita mewujudkan peluang untuk mencari titik pertemuan antara kita agar ukhwah ini terus kekal selamanya.



GENTING HIGHLANDS, cadangan untuk lokasi reunion untuk kali pertama dan tarikhnya adalah sekitar pertengahan hingga akhir November tahun ini, insyaAllah! Saya berharap semua rakan dapat memberikan kerjasama semaksima yang mungkin untuk merealisasikannya. Mempunyai tugas yang berat untuk menyatupadukan kesemuanya kerana masing-masing menbawa haluan sendiri yang cukup menyendiri malah ada yang sampai ke bumi Dublin. Namun kita tidak harus berputus asa dan teruskan usaha agar ia menjadi kenyataan!

AM : Projek murni yang timbul setelah tidak berkesempatan untuk bersatu semasa hari Konvokesyen. Ada hikmah disebalik peristiwa rupanya!

No comments: