Wednesday, September 30, 2009

Iktibar Dari Bencana

Assalamualaikum..

Agensi Berita Bernama dan Buletin Utama TV3 telah melaporkan gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 6.16 petang Rabu menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. Sekalipun di kawasan saya tidak merasainya, namun saya pasti rakan-rakan yang berada di sekitar Lembah Klang pasti terlibat dengan gegaran tersebut. Malah gegaran turut dirasai di Kota Bharu!

16 jam sebelum gempa bumi di Selatan Sumatera itu meletus, telah berlaku satu gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud melanda South Pacific negara pulau Samoa hingga menyebabkan berlakunya kejadian Tsunami setelah kali terakhir ‘menyerang’ dunia pada penghujung 2004. Korban mangsa tsunami di Samoa setakat ini adalah seramai 100 orang dan dijangka terus meningkat kelak. Gempa bumi di Sumatera juga telah menyebabkanPusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) mengeluarkan amaran tsunami bagi Indonesia, India, Thailand dan Malaysia selepas gempa bumi itu tetapi menarik balik amaran berkenaan kemudian kerana bacaan paras laut menunjukkan tiada pergerakan ketara tsunami akibat gempa bumi itu.

Apa yang mahu diketengahkan oleh saya pada kali ini meskipun amaran tsunami telah ditarik balik adalah iktibar yang kita perlu ambil dari bencana sebelum ini. Penghujung 2004 menyaksikan bagaimana bumi Acheh lenyap dimusnahkan ombak ganas Tsunami. Di antara kisah-kisah yang dirakamkan ialah bagaimana begitu banyak rumah-rumah Allah seperti masjid dan surau yang tidak dimasuki air dan menjadi pelindung kepada ramai orang! SubhanAllah..Juga kita dapat mengingati bagaimana kubur-kubur manusia yang tidak terjejas, malah ada jenazah lama yang tidak bertukar bentuk dan bagaimana sebuah kapal besar berpusing-pusing membunuh hampir kesemua mereka yang berlindung di dalamnya kecuali seorang dan pelbagai keajaiban lain telah dinyatakan bagi membuktikan kebesaran dan kekuasaan Yang Maha Esa! SubhanAllah..

Sebagai umat yang amat lemah disisi-Nya, ayuh kembalilah kita kepada fitrah Sang Pencipta. Hanya Allah SWT yang mampu untuk mendengar luahan hati kecil kita, hanya Allah SWT yang dapat menentukan segala-galanya tentang kita. Cekalkan hati untuk sentiasa kekal dalam perjalanan Islam, paling penting SOLAT jangan sesekali ditinggalkan. Ingatlah semua bahawa dunia ini hanya persinggahan dan teruskanlah usaha kita untuk mengumpul bekalan. KERANA HANYA DIA LAH YANG MAHA PELINDUNG DARI SEGALA BALA BENCANA. ya ALLAH, lindungilah kami dari bala bencana. Amin…

Bencana (Search)


Silau mata batin ku menyaksikan
Hujan dosa menikam di umbut kota
Oh...oh...oh...
Dan pasrah pun terpendam
Tak berkesan...oh...

Sepi di langit bertukar
Jadi irama suram
Laut tenang berpusar menelan
Karang yang tajam
Oh...oh...oh...
Bencana pastikan datang
Satu persatu
Ke sayap dunia

Sewaktu
Aku ketakutan
Melihat (menunggu)
Bencana yang datang
Panaskan terasa
Menyapu di muka
Ruoanya diriku (ku ini)
Sedang bermimpi
Ngeri datang menggigit hati
Andai terjadi nanti

Pasti penghuninya
Serangga yang liar
Itu kerana kita
Telah pun di telan
Dunia..

AM : Takut untuk bayangkan ombak tsunami mengganas menghempap rumah, alangkah gerunnya untuk menanti Kiamat!

No comments: