Thursday, April 30, 2009

United Datang-Lah!



Assalamualaikum…

Ketika entri ini di tulis, Manchester United (MU) baru sahaja menumpaskan Arsenal pada saingan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan tunggal John O’Shea. Sehari sebelum perlawanan tersebut, di Kuala Lumpur telah berlangsung satu sidang akhbar untuk menwar-warkan kehadiran Juara Eropah itu ke Malaysia pada 18 Julai ini.

Berita tentang kehadiran MU sememangnya sudah heboh sejak beberapa bulan lalu dan kelmarin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), telah mengumumkan secara rasmi mengenai perlawanan tersebut. Kali terakhir MU hadir ke Malaysia adalah bebrapa tahun yang lepas yang menyaksikan Ruud Van Nistelrooy membuat penampilan sulung bersama skuad tersebut.

Perlawanan pada 18 Julai ini akan bermula jam 5.30 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil dan ia merupakan atas permintaan MU sendiri untuk bermain pada waktu tersebut atas alasan menarik kedatangan keluarga ke stadium. FAM juga memberitahu bahawa pasti akan terdapat saingan yang sengit untuk mendapatkan tiket perlawanan serta tiket untuk menyaksikan MU membuat latihan. Ia pastinya akan membuatkan peminat-peminat MU di Malaysia ini teruja untuk menanti kehadiran skuad Red Devils.

Beberapa rakan saya juga telah berpesan kepada saya untuk segera membuat tempahan awal tiket kerana bimbang ia akan kehabisan dan semestinya bimbang untuk terjebak dengan jualan tiket haram. InsyaAllah jika FAM membuat pengumuman rasmi mengenai jualan tiket, saya semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkannya dengan kadar yang segera. Untuk rekod Stadium Nasional Bukit Jalil mampu memuatkan hampir 90000 penonton dan pastinya beribu-ribu lagi peminat yang akan pulang hampa kerana gagal untuk mendapatkan tiket.

Semoga impian saya dan rakan-rakan untuk menyaksikan Sir Alex Ferguson, Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo, Dimitar Berbatov, Michael Carrick, Paul Scholes, Ryan Giggs, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Edwin Van Der Sar, Patrice Evra (Sekadar menyebut beberapa bintang) akan tercapai! Semoga Allah SWT memakbulkan impian kami. InsyaAllah..

AM : Hati ini tersangat teruja untuk ke Old Trafford, tapi semestinya ia tidak akan
menjadi realiti sampai bila-bila. Ini adalah peluang terbaik untuk tengok MU
depan mata! Glory-Glory MU!

Tuesday, April 28, 2009

Selamat Ulangtahun Ke-20, adik Fazila!

Assalamulaikum..

Semalam 27 April 2009, saya telah di jemput untuk meraikan majlis Hari Lahir rakan sekelas Catering A2 saya di Kolej Inforana iaitu Fazila Asyikin. Majlis yang santai tetapi sangat ‘mewah’ dengan makanan dan telah di hadiri oleh kira-kira 15 orang kenalan rapat beliau. Majlis tersebut bermula kira-kira jam 6.00 petang di bawah kanopi berhadapan dengan bengkel dataran Kolej Inforana.



Sebagai seorang tetamu yang di jemput, semestinya saya tidak akan sesekali mengkritik majlis tersebut sekalipun mempunyai kekurangan (tiada yang perfect di dunia ini) kerana apa yang penting saya cukup berterima kasih kepada penganjur majlis yang menyediakan begitu banyak juadah untuk dinikmati (Maklum la pelajar catering, hehe).. Antara hidangan yang di sediakan adalah nasi minyak, satay, nasi himpit dan beberapa lagi makanan ringan yang semuanya di capai oleh saya dan rakan-rakan.



Saya percaya motif majlis tersebut bukan sahaja untuk meraikan hari lahir Fazila, malah merupakan penghargaan beliau untuk rakan-rakan rapatnya dan sekaligus ianya meninggalkan momen yang cukup indah buat diri sendiri dan para tetamu yang hadir. Kepada saudari Fazila:

“Selamat hari lahir yang ke 20, anda masih belum bebas lagi tu. Semoga di permudahkan segala urusan oleh-NYA dan mendapat kejayaan dalam apa jua perkara yang di lakukan. Paling penting, semoga anda sentiasa di rahmati dan di berkati-NYA. Pheewwitt!!”

AM : Terima kasih atas jemputan, semoga sentiasa menjemput. Jemputlah untuk
ke ‘Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru”.

Saturday, April 18, 2009

"Aku Ada Blog Beb.."-AMY

Assalamulaikum..

Berikut adalah posting pertama blog lagenda rock tanah air, Amy Search dalam blognya - http://blog.phewwiitt.com

Tahniah bro producer! Semoga segala kekeliruan dan maklumat penting tentang diri serta konsert dapat terus di kongsikan..

Finally, sekian lama mencuba - aku dapat upkan blog aku. Thanks to
beberapa kawan-kawan yang menolong tunjuk ajar the setting up of this blog.
Blog aku is simply known as “Phewwiitt.. The Executive Producer’s Blog” yang
purposely built untuk aku share with all of you the pdates and experience
diri aku sebagai the Executive Producer of SEARCH concert tour akan datang
ni.

Aku juga harap blog ni akan dapat good response from all of SEARCH’s fans
dan kalau ada tips-tips yang menarik nak bagi this blog lagi meriah, please
e-mail me at phewwitt@artisatwork.com.

See you all. Phewwiitt..


AM:Dalam entri GAMBAR SENSASI, beliau memberi penjelasan tentang kehadirannya di
majlis Parti PAS dan hubungan rapatnya dengan Tuan Guru Nik Aziz! Takbir!!!

Thursday, April 16, 2009

HAPPY BIRTHDAY ROHARTY!



Assalamualaikum…

Selepas kira-kira dua minggu hari lahir Rashidah Radzali, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian semua tentang insan yang bernama Roharty Binti Ismai. Tarikh 16 April menjadikan usia mantan rakan sekelas saya di UDM ini menginjak pada usia 22 tahun. Bagi saya, Roharty ni salah seorang manusia yang paling genius di UDM!! Merupakan watak penting dan istimewa di dalam kelas dulu dan menjadikan Rashidah serta Aishah sebagai teman baik.

Dulu dia memang menggerunkan untuk di tegur, apatah lagi untuk bergurau senda. Maklumlah orang yang genius, cun pulak tu. Dan sampai sekarang rasanya dia masih lagi genius dan cun! Hehe.. Sekarang ni, lega rasa bila dah mula ‘akrab’ even sudah habis belajar. Roharty yang di panggil Arty ini juga seorang insan yang berhati mulia dan sememangnya cekal menjalankan tugasan dan tanggungjawab yang di beri padanya.

Ucapan khas buat Roharty :

“Happy birthday to you Roharty! Semoga sentiasa di rahmati dan di berkati Allah SWT. Semoga mendapat kejayaan dalam apa jua yang kamu lakukan. Semoga di permudahkan segala urusan. Semoga mendapat jodoh dengan lelaki yang mampu membimbing ke jalan yang di redhai dan yang paling penting semoga semakin CUN dan menambahkan berat badan kamu! Hehe.. “

AM : Arty ketua darjah mencuit di hati – Pic tu diambil ketika sambutan birthdaynya pada tahun lepas di
rumah Tini. Best gila kek ni!!

My 1st Decoration!!



Assalamulaikum…

Setelah lebih tiga bulan berada dalam dunia penyediaan makanan di Kolej Inforana, akhirnya setiap pelajar di kehendaki menyediaan atau mempersembahkan setiap dekorasi makanan masing-masing dengan idea tersendiri. Dengan tema Masakan Melayu di persembahkan menerusi Western, sememangnya tidak dapat di nafikan lagi bahawa kerja-kerja menghiasi makanan ini merupakan satu kerja yang cukup mencabar.

Seseorang yang hanya mempunyai kepakaran dan berseni sahaja yang mampu mempersembahkan hidangan dengan bentuk yang menarik. Meskipun begitu, saya berasa sungguh teruja kerana akhirnya dapat menyiapkan hidangan tersebut setelah lebih dua jam memasaknya bersama rakan sekumpulan. Masakan ini di kenali sebagai ‘Kuah Lodeh bersama rendang ayam’ dan selalunya ia di makan pada hari-hari perayaan seperti Hari raya Aidilfitri.



Sekalipun berdepan dengan pelbagai ujian di kolej ini, saya dan rakan-rakan tetap cekal dan tabah untuk meneruskan pengajian hingga ke akhir pengajian. Sudah banyak rasanya perkara baru yang di pelajari sepanjang pengajian ini dan saya sememangnya semakin teruja untuk terus mempelajari pelbagai resepi dalam dunia masakan ini.

AM : Terima Kasih Puan Siti! Terima kasih Encik Riz, Cik Imah, Cik Iqa, Cik Aya, Cik Lisa, Cik Ani, Encik Shahril, Encik Mahfuzi, Cik Yana, Puan Jimi, Cik Lina dan Pok Mat!!

CELCOM Bawa SEARCH Ke Awan Biru




Assalamulaikum…

Ketika entri ini di tulis, sudah berpuluh-puluh laporan ‘Konsert Penghargaan SEARCH Di Awan Biru’ rasanya sudah diterbitkan tidak kira samaada menerusi media cetak mahupun elektronik malah di alam maya sekalipun. Meskipun sudah terlewat, saya kira masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat Search (Amy, Hillary, Din, Nasir & Yazid) serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat CELCOM kerana menghargai Search!

Konsert Penghargaan SEARCH Di Awan Biru ini akan menjelajah ke 11 venue di Malaysia yang menampilkan jenama CELCOM BLUE sebagai penaja serta syarikat Amy sendiri iaitu ‘Art-Is-At Work’ sebagai penganjur. Bagi saya sendiri serta di kalangan ahli DUNIASEARCH, berita tentang konsert ini sudah ‘di anginkan’ kira-kira tiga bulan yang lepas lagi dengan nama ‘Search Farewell Tour 2009’. Ketika itu, mulalah perbahasan tentang wajarkah pengunduran lagenda kumpulan rock Negara ini berlaku dan hampir 90% mat-mat rock pasti tidak akan bersetuju!

Ketika sidang akhbar pada 6 April yang lalu, CEO Celcom sendiri menyatakan bahawa Search ‘di haramkan’ untuk menyebut perkataan Selamat Tinggal atau Farewell ketika sepanjang konsert ini berlangsung. Ini sudah tentu melegakan hati semua para peminat Search yang sememangnya sudah lama megidamkan konsert jelajah ini. Namun, Amy selaku produser konsert menerusi ruangan blognya menyatakan bahawa, ‘Farewell atau tidak, hanya masa yang menentukan’. Samaada ia adalah konsert terakhir ataupun tidak, Search semestinya akan tampil dengan penuh berkarisma dan semangat yang tinggi setelah kali terakhir konsert besar mereka pada 2004.

Ketika umur Amy sudah menginjak usia 51 pada tahun ini, semestinya ada yang ragu-ragu dengan kemampuan beliau untuk ‘rockin’, lebih-lebih lagi ketika menyanyikan lagu bernada tinggi. Namun semuanya bakal lenyap sekiranya beliau menggunakan seluruh pengalaman 27 tahun menyanyi dan saya yakin beliau sendiri teruja untuk mempersembahkan sesuatu yang istimewa buat peminatnya. Kepada Amy, Hillary, Din, Nasir dan Yazid, semoga anda berjaya menyempurnakan misi yang istimewa ini khas buat peminat-peminat yang merindui saat-saat ‘menjerit-jerit di sana’.

AM : Hasrat aku hanya nak jumpa DIN MAYAT depan mata dan nak suruh AMY sign converse!
Pheewittt!!!!

Berikut adalah tarikh dan tempat berlangsungnya konsert :
(Tertakluk pada perubahan)

1
Saturday, 2 May 2009
Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang

2
Saturday, 9 May 2009
Stadium Tertutup MBJB Johor Bharu

3
Saturday, 16 May 2009
Stadium Mini Jengka Maran Pahang

4
Friday, 22 May 2009
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,
Kuala Terengganu

5
Friday , 29 May 2009
Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar

6
Friday , 5 June 2009
Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu

7
Saturday, 27 June 2009
Stadium Sarawak, Kuching

8
Saturday, 4 July 2009
Miri Indoor Stadium, Miri Sarawak

9
Saturday, 11 July 2009
Kompleks Sukan Sandakan, Sabah

10
Saturday, 16 July 2009
Kompleks Sukan Tawau, Tawau Sabah

11
Saturday, 01 August 2009
Stadium Shah Alam Selangor

Wednesday, April 8, 2009

‘Sedetik Bersama Selamanya Terasa’


Assalamulaikum..

Semoga semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Tidak kira di mana kalian berada, semoga semuanya di permudahkan segala urusan oleh-NYA. Saya dan Ahmad Saifuddin di sini juga baik-baik sahaja. Sesekali jumpa jugak dengan Engku Loh dan Basyir yang sekarang sudah semakin ‘maju’ dengan kerjaya masing-masing.

Rasanya hanya tinggal beberapa orang sahaja budak-budak DIA yang masih tidak bekerja kerana masih lagi sambung belajar, semoga semuanya bakal mendapat pekerjaan tetap satu hari nanti. Hebat juga ye budak-budak kelas kita semua. Membuktikan juga kehebatan yang ada pada para pensyarah kita dulu especially MR SYAMSUL AZRI! Hehe.. Masih lagi berhubung dengan beliau terutama ketika Liverpool sedang di kemuncak prestasi ketika ini dan pernah sesekali berjumpa di ‘medan tontonan’ EPL ketika jam masuk waktu tengah malam! (Masih berjiwa sporting lagi beliau sekarang).

AM : Selamat bekerja & Selamat belajar kepada semua para sahabat. Love n Miss U all..


Thursday, April 2, 2009

HAPPY BIRTHDAY RASHIDAH RADZALI!!!

HAPPY BIRTHDAY RASHIDAH RADZALI!!!
Assalamulaikum…
Di kesempatan masa yang cukup terhad ini, saya tidak sesekali akan melupakan tarikh 2 APRIL yang merupakan hari yang biasa bagi kebanyakan orang tetapi istimewa buat mantan rakan sekelas saya semasa di UDM iaitu Saudari RASHIDAH RADZALI!


“Happy birthday Shidah, hehe… Jangan marah deh aku wish melalui blog ni, lagi muka mu tengah marah, lagi la cun! Semoga panjang umur, sentiasa di murahkan rezeki, sentiasa gembira mengharungi hidup di bumi IRELAND dan yang paling penting sentiasa di berkati. Kepada insan yang membuatkan aku bersemangat untuk masuk ke kelas dulu, aku juga berharap agar mu sentiasa mendapat kejayaan yang cemerlang dalam apa jua perkara yang di lakukan!

Semoga bertemu jodoh dengan lelaki yang mampu membimbing ke jalan yang lebih mendekati Yang Maha Esa. Aku sedikit pun tidak kisah seandainya mu tak pernah mengingati aku sebab aku sedar mu jauh lebih hebat dari aku! Hehe, yang penting hidup mu sentiasa bahagia. Pheewwittt!!!!”

AM : Harap-harap jadi orang pertama dari Malaysia yang wish padanya..
Harap-harap dapatla merasa cenderahati dari bumi Ireland! Haha..