Thursday, April 30, 2009

United Datang-Lah!



Assalamualaikum…

Ketika entri ini di tulis, Manchester United (MU) baru sahaja menumpaskan Arsenal pada saingan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan tunggal John O’Shea. Sehari sebelum perlawanan tersebut, di Kuala Lumpur telah berlangsung satu sidang akhbar untuk menwar-warkan kehadiran Juara Eropah itu ke Malaysia pada 18 Julai ini.

Berita tentang kehadiran MU sememangnya sudah heboh sejak beberapa bulan lalu dan kelmarin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), telah mengumumkan secara rasmi mengenai perlawanan tersebut. Kali terakhir MU hadir ke Malaysia adalah bebrapa tahun yang lepas yang menyaksikan Ruud Van Nistelrooy membuat penampilan sulung bersama skuad tersebut.

Perlawanan pada 18 Julai ini akan bermula jam 5.30 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil dan ia merupakan atas permintaan MU sendiri untuk bermain pada waktu tersebut atas alasan menarik kedatangan keluarga ke stadium. FAM juga memberitahu bahawa pasti akan terdapat saingan yang sengit untuk mendapatkan tiket perlawanan serta tiket untuk menyaksikan MU membuat latihan. Ia pastinya akan membuatkan peminat-peminat MU di Malaysia ini teruja untuk menanti kehadiran skuad Red Devils.

Beberapa rakan saya juga telah berpesan kepada saya untuk segera membuat tempahan awal tiket kerana bimbang ia akan kehabisan dan semestinya bimbang untuk terjebak dengan jualan tiket haram. InsyaAllah jika FAM membuat pengumuman rasmi mengenai jualan tiket, saya semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkannya dengan kadar yang segera. Untuk rekod Stadium Nasional Bukit Jalil mampu memuatkan hampir 90000 penonton dan pastinya beribu-ribu lagi peminat yang akan pulang hampa kerana gagal untuk mendapatkan tiket.

Semoga impian saya dan rakan-rakan untuk menyaksikan Sir Alex Ferguson, Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo, Dimitar Berbatov, Michael Carrick, Paul Scholes, Ryan Giggs, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Edwin Van Der Sar, Patrice Evra (Sekadar menyebut beberapa bintang) akan tercapai! Semoga Allah SWT memakbulkan impian kami. InsyaAllah..

AM : Hati ini tersangat teruja untuk ke Old Trafford, tapi semestinya ia tidak akan
menjadi realiti sampai bila-bila. Ini adalah peluang terbaik untuk tengok MU
depan mata! Glory-Glory MU!

1 comment:

~musytaquljannah~ said...

amboi..kalu bola cepat je.isk2..