Thursday, May 7, 2009

Akan Datang : Program Jalinan Kasih Mesra



Assalamulaikum...
Bukan senang rupanya hendak membuatkan hati semua pihak berasa puas dengan apa yang kita lakukan. Bukan sehari dua, malah hampir sebulan juga program ini telah di rancang demi memberikan sesuatu yang istimewa kepada para pelajar di Kolej Inforana. Program yang dinamakan sebagai “Program Jalinan Kasih Mesra” di antara pelajar Catering A2 dan Catering A3 ini akan diadakan bertempat di Semarak Aruni Inn, Marang pada 13 Mei 2009 (Rabu).

Pada awal permulaan ilham untuk mengadakan program ini, setelah kerta kerja Majlis Makan Malam seperti tidak menampakkan sebarang hasil, saya dan beberapa rakan sebenarnya cukup gerun untuk menetapkan harga yuran penyertaan. Bimbang tidak mendapat sambutan, ada juga bajet yang di keluarkan atas inisiatif diri sendiri demi memenuhi impian. Biarlah hati bagaikan hampir berputus asa dan ‘patah’ untuk meneruskannya, namun di gagahi jua perjalanan bagi melaksanakan sesuatu yang murni ini.

Benar kata Ustaz Nawawi, kita semestinya di larang untuk hidup berpuak-puak dan dalam hidup ini perlu ada sikap bekerjasama serta mementingkan nilai ukhwah. Atas sebab tersebut jugalah tema “Setitis Kasih Selaut Cinta” dipilih sebagai tagline program. Jika kita hidup bersatu padu tanpa perpecahan di dalam komuniti, semestinya hidup kita akan menjadi lebih tenang tanpa permusuhan. Kerja seharian juga pasti dapat dilakukan dengan sempurna.

Semoga ‘projek istimewa’ ini akan dapat berjalan dengan lancar dan harapan saya agar kita semua dapat bekerjasama demi perpaduan dan persahabatan. Terima kasih di atas semua sumbangan dan semoga program ini akan mendapat ‘Restu’ dari yang Maha Esa. Amin..

AM : Setitis Kasih Selaut Cinta.. Sedetik Bersama Selamanya Terasa!!

No comments: