Saturday, May 23, 2009

Bulan Madu Di Bandaraya KT

Assalamualaikum..

Tinggal kira-kira seminggu sahaja lagi setelah lebih 15 tahun, Lagenda Rock SEARCH bakal mengadakan persembahan di Bandaraya Kuala Terengganu. Atas nama ‘Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru’ yang dicetuskan oleh Celcom, anda seharusnya tidak melepaskan peluang untuk ‘bersukaria’ bersama Amy, Din, Hillary, Nasir dan Yazid pada 29 Mei ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT.



Sebelum ini, saya sedikit pun tidak meletakkan harapan bahawa Search bakal mengadakan konsert mega di negeri Terengganu (bakal muncul di Kelantan pada 5 Jun!). Tetapi semakin hari bermulanya konsert, saya sudah menarik nafas lega apabila terpandang poster serta banting yang diletakkan di sekitar Bandaraya KT. Konsert yang pada mulanya dijadualkan pada 22 Mei telah ditunda ke 29 Mei atas sebab-sebab tertentu.

Bayangkan kira-kira 3 hari sebelum tarikh 22 Mei, saya yang berada di Bandar untuk membeli tiket bas balik member DNS yang ingin menyaksikan Search di KT dan membayar deposit hotel penginapan untuk krew booth DNS telah menerima satu berita menerusi SMS yang mengejutkan yang berbunyi ‘Show di KT cancel, ada masalah dan diorang try mintak untuk buat minggu depan’. Memang cukup mengejutkan dan ketika hati ini hampir berputus asa, Celcom dan Search pula memberi jaminan bahawa konsert tetap diadakan pada minggu berikutnya iaitu 29 Mei.



Ianya benar-benar menggembirakan saya serta ribuan lagi penggemar Search di seluruh pelusuk Terengganu. Buat masa sekarang, respon yang diterima daripada rakyat Terengganu cukup memberangsangkan. Ada yang SMS bertanyakan tarikh konsert, harga tiket, di mana tempat jualan tiket, tshirt dan cenderamata Search. Percayalah, peluang ini tidak harus dilepaskan begitu sahaja kerana mana mungkin Search akan beraksi lagi di KT selepas ini. (Firasat Hati).

Menyaksikan konsert Search merupakan sesuatu yang sangat saya nantikan kerana Search mampu membuatkan hati serta perasaan saya gembira, lapang dada dan mengujakan setelah mengharungi pelbagai dugaan hidup. Sukar untuk diungkap dengan kata-kata untuk membuktikan fenomena, pengaruh dan aura Search. Untuk konsert di Kuala Terengganu ini, saya selaku ‘duta’ DUNIASEARCH.COM di Terengganu akan cuba sedaya upaya memberi gambaran yang jelas tentang perjalanan konsert dari awal minggu hingga selepas persembahan pada malam gemilang 29 Mei nanti menerusi edisi khas DUNIAMSHYAR.

Selamat datang dan jemputlah datang kepada semua rakan-rakan Rock N Roll di seantero Malaya ke Terengganu. Pasti berbaloi-baloi!

AM : Rock n Roll Ulik Mayang, Kite tengok penyu telor!

No comments: