Wednesday, June 30, 2010

Bye-Bye Waka-Waka

Assalamualaikum..

Dipendekkan cerita, England gagal mara ke suku akhir setelah tumpas ditangan Jerman 1-4 pada pusingan kedua. Melalak la sampai ke Subuh pun, keputusan tetap tidak berubah dan sememangnya anak buah Fabio Capello tidak cukup bagus untuk menjadi Juara Piala Dunia edisi kali ini.

Tamat perjuangan England, maka tamatlah musim Piala Dunia bagi aku. Sememangnya aku tiada jiwa langsung untuk menonton pasukan lain beraksi. Mungkin aku kembali menonton pada perlawanan akhir yang diharapkan agar menjadi milik musuh ketat England iaitu Argentina dan Brazil. R.O.F, Jerman dan suami orang itu memang hebat namun jika gol Frank Lampard itu dikira, kedudukan menjadi 2-2, keputusan perlawanan pasti berubah!

Hingga saat ini, aku masih merasakan sukar untuk menerima ‘pulang awal’ England setelah dua edisi kali lepas tersekat sekurang-kurangnya di suku akhir kejohanan. Amat kecewa bila gagal melihat penyerang Man U, Wayne Rooney menterjemahkan aksi sebenarnya seperti yang biasa kita tonton dalam pentas EPL. Lupakan Piala Dunia, semoga ‘penyakit’ Rooney tidak terbawa-bawa ke EPL musim baru. Glory-Glory Manchester United!



“Maka celakalah semua pengadil yang mengadili perlawanan antara ENGLAND & JERMAN”-status FB seorang sahabat.

Amysha 12:13

Cintaku Tertinggal Di Kota Bharu

Assalamulaikum..

Trip tiga hari ke Kota Bharu yang cukup berbekas dihati. Hehe. Melepaskan rindu? Oh, itu sudah tentu. Lebih istimewa ia melibatkan abang Amy & kerabat Search, Tok Guru dan dua beradik yang cun. Ehem.. Ehem..

Soundcheck & Raja Ikan Bakar

Tiba di Kota Bharu pada petang Khamis, dari Setiu, Kak Siti sudi menumpangkan keretanya untuk ke Jerteh. Jimat masa serta tambang dan selesa perjalanan. Terima kasih kak! Hubungi Tamrin dan tanya mengenai soundcheck untuk ‘Malam Bersama Search’ yang akan diadakan pada keesokan harinya di Hotel Renaissance. Sebelum 8.30, tunggu di lif lobi hotel. Siapa yang datang jemput aku bersama Tamrin? NORDIN aka DIN MAYAT! Segak berjersi England dan kami bersama menaiki lif. Dalam hati, pergh! Din Search datang jemput! Hehe.

Ketika soundcheck sempat la bertegur sapa bertanya khabar semua kerabat Search yang ada. Kak Suhana pun ada tegur cakap macam familiar je. Search check dalam tiga, empat lagu je dan terus tamatkan sessi tersebut untuk pergi makan ikan bakar.

Raja Ikan Bakar di Berek 12, itulah nama kedai tersebut. Lima Search ada lima kepala, macam-macam hal yang berlaku tapi semestinya mereka semua adalah unik dan istimewa. Yang join makan tersebut hanya abang Amy, abang Nasir dan abang Din. Abang Din dari mula lagi bersungut lapar perut dan beria-ria mengajak makan di kedai mamak dekat hotel. Mujurla diorang sabar sampai kenderaan ada datang ambik.

Makan sambil layan Itali vs Slovakia, tiga biji meja dengan pelbagai hidangan yang bakar-bakar sahaja. Time nak bayar, terkejut beruk aku dengar jumlah harga semua yang dimakan tu. Sumpah aku tak pernah makan dengan jumlah bayaran tu! Maybe nak ‘cekik’ abang Amy even padahal beliau la antara yang balik awal lepas makan. Hehe.

Pertemuan Dua Lagenda - “Ni Amy ni..”

Pagi 25 Jun 2010, alhamdulillah selepas hampir dua bulan, aku kembali dapat bersolat di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka. Lebih manis pada subuh tersebut, masjid itu menerima kunjungan abang Amy serta berapa kerabat Search. Selepas solat subuh, Tok Guru Nik Abdul Aziz ada menyampaikan sedikit tazkirah dan menggunting kira-kira 30 kepala bayi. Amat istimewa dan aku dapat melihat riak wajah abang Amy juga sedikit terpegun dengan suasana tersebut.


Tok Guru tampak seperti kurang sihat pada pagi tersebut dan seperti biasa setelah selesai semua urusan, beliau bangun menunaikan solat sunat. Selesai saja solat tersebut, Abang Amy terus pergi kepada Tok Guru untuk bersalam mencium tangan serta memeluknya. Tok Guru sedikit terkejut bila abang Amy menyatakan “ni Amy ni..” tatkala bersalam mencium tangan.

Kegembiraan dan semangat jelas terpancar diriak wajah Tok Guru bila menyedari bahawa abang Amy serta kerabat Search datang mengunjungi serta bersolat di masjid beliau pada Subuh tersebut. Terus diajak kami untuk ke rumahnya yang berada di belakang masjid tersebut. Seperti mimpi! Dapat menjejaki kaki ke dalam rumah Tok Guru dan lebih manis disertai oleh abang Amy!
Selepas dipelawa untuk duduk, Tok Guru mengejutkan kami kerana membawa sendiri dulang berisi air untuk menghidangkannya kepada kami walaupun dalam keadaan yang kurang sihat serta lambat untuk berjalan. Terus abang Amy serta abang Nasir berlari untuk mendapatkannya. Cukup sederhana dan istimewa.

Suasana pagi yang cukup damai serta tenang, menjadikan pertemuan antara dua lagenda tersebut berjalan dalam keadaan yang baik. Berbagai-bagai perkara yang dibualkan antara abang Amy dan Tok Guru, sempat juga abang Amy bertanya soalan serta meminta pendapat daripada tokoh politik yang cukup disegani kawan serta lawan tersebut. Mood Tok Guru pada pagi tersebut sememangnya berubah dan kehadiran abang Amy ke rumahnya pada pagi tersebut cukup menggembirakan hatinya.


Sebelum pulang kami semua sempat bergambar untuk dijadikan kenangan. Bayangkan aku berada bersama-sama dengan dua ikon dalam bidang yang berbeza, AMY SEARCH dan TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ! Semoga Tok Guru dan abang Amy sentiasa dikurniakan kesihatan serta kehidupan yang baik daripada Allah SWT. Amin.

Define GADISKU & RozANNA

Kemuncaknya adalah ‘Malam Bersama Search’ dibawakan oleh DEFINE yang diadakan di Hotel Renaissance Kota Bharu pada malam tersebut. Juga sesuatu yang istimewa kerana selepas hampir 25 tahun, Search kembali mengadakan persembahan di Kota Bharu-Bandaraya Islam. Kerajaan PAS Kelantan membuktikan bahawa mereka membuka pintu untuk mana-mana persembahan asalkan mengikut garis panduan yang diberikan.


Rock yang Suci, itulah yang dapat digambarkan untuk persembahan Search pada malam itu. Kali pertama mendengar laungan takbir bergema dalam konsert rock. Dengan seleksi lagu-lagu yang bercorak Ketuhanan serta berentak perlahan, abang Amy berjaya menjadikan emosi serta mood penonton berada dalam keadaan yang terkawal serta sopan. Di akhiri oleh nyanyian solo lagu ‘Kepada-Mu Kekasih’, Search berjaya menjadikan konsert tersebut sebagai sebuah persembahan yang lain daripada yang lain serta dikenang selama-lamanya.



Phewwiitt! Kali pertama ditemani oleh ‘Gadisku’ dan tanpa tugas untuk menjadi jurugambar rasmi DNS untuk konsert, aku semestinya gembira dengan momen tersebut! Tapi ingat, aku bukan berdua-duaan tetapi bertiga-tigaan dengan ditemani oleh kakaknya yang juga jelita tiada kurangnya iaitu Kak Anna. Terima kasih kakak, kerana menjadikan impian kami sebagai kenyataan. Semoga bahagia ini berterusan dengan diiringi oleh doa agar kami murah rezeki dan berjalan diatas aturan yang dinamakan jodoh.

Terima kasih abang Amy serta Kerabat Search kerana menjadikan Kota Bharu sebagai platform untuk membuktikan bahawa Search boleh menjadi contoh yang baik jika kena pada tempatnya. Terima Kasih Kak Mona (pengurus Search), atas pass yang diberikan untuk kami tidak berasak-asak. Terima Kasih Encik Sharrul sebagai ‘tuan rumah’ DNS KB. Terima kasih kakak-kakak kepada ‘gadisku’ atas kepercayaan serta sudi menemani kami. I love U all so much!

“Jiwa Serta Cintaku Tertinggal Di Kota Bharu.. Pheewwitt!”


Amysha 13:56

Friday, June 25, 2010

'Mencari' Di Rumah Tok Guru


Assalamulaikum..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan restu-Nya, akhirnya aku dapat menjejakkan kaki ke rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat di Pulau Melaka selepas waktu subuh sebentar tadi. Lebih istimewa, kunjungan ini disertai oleh ikon rock tanahair, Amy Search serta beberapa kerabat Search! Hehe..

Kami berada di sana kira-kira hampir satu jam dengan Tok Guru serta Amy banyak menyampaikan pelbagai cerita masing-masing. Tok Guru juga banyak menitipkan pesan serta tazkirah yang amat kami hargai.

Lebih manis, Tok Guru sendiri yang membawa serta menghidangkan sedikit minum pagi kepada kami. Semuanya tampak ceria serta gembira dengan pertemuan dua 'lagenda' tersebut dan semestinya pengalaman ini tidak akan aku lupakan hingga ke akhir hayat!

SANGAT-SANGAT TERKEDU!

Amysha 10:11

Sunday, June 20, 2010

Terengganu vs England

Assalamualaikum..


Sukan Malaysia a.k.a SUKMA baru sahaja melabuhkan tirainya tanpa mendapat publisti yang meluas akibat ditenggelami oleh Kejohanan Bolasepak Piala Dunia 2010 yang sedang berlangsung di Afrika Selatan. Sedikit simpati buat penganjur iaitu Negeri Melaka selaku tuan rumah kejohanan kerana suramnya sukan tersebut.


TERENGGANU di SUKMA : Sangat cemerlang dengan muncul juara keseluruhan dengan pungutan 47 pingat emas, sekaligus mengatasi kuasa besar Selangor yang berda ditempat kedua. Negeri kelahiran dan kebanggaan aku ini juga telah mengekalkan pingat emas dalam acara bolasepak. Tahniah Tranung! Sek Deme Memang Nelang Giler!


ENGLAND di WC2010 : Masih bergelut untuk mempersembahkan permainan yang terbaik. Wayne Rooney antara yang paling dikenakan tempias tersebut. Amat simpati pada mereka, tatkala Capello mencipta alasan bahawa ‘tekanan’ sedikit menganggu permainan England kali ini sehingga amat berbeza ketika musim kelayakan.


Semoga Terengganu terus nelang pada masa akan datang dan paling penting, England harus mengatasi Slovenia untuk layak ke pusingan kedua pada Rabu ini jika mahu terus dihormati!


Amysha 12:29

Thursday, June 10, 2010

Dalam Hati Ada Gundah

Assalamualaikum..

Ada cita-cita mahu pakai prada, drive kereta honda, ade rumah besar dan yang penting hati membuak-buak untuk kahwin! Tapi, hasrat serta cita-cita tu perlu dipendam dan disimpulkan untuk membentuk sebuah 'angan-angan'. Ya, hanya angan-angan. haha.

Semua seperjuangan malah ada yang berada pada kedudukan 'bawah' dahulu pun sekarang sudah mengecap kejayaan. Nasib dan masa depan seseorang memang sukar untuk kita ramalkan. Hati sudah mula rasa gundah gulana, mat saleh sebut 'down'. Jumpa kawan-kawan semua sedang 'mendaki' hebat.

Kemalasan dan kecuaian masa lampau sudah membawa padah. Sabar dan tenang, tiada lagi gundah tapi sampai bila?

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna..~

Amysha 10:29

Monday, June 7, 2010

Kenduri Maraton

Assalamualaikum..

Muktahir ini cuti sekolah, sebut je cuti maka bermula la musim kenduri. Kadang-kadang dalam satu hari tu ada tiga, empat kenduri sekampung. Hehe. Gulai kawah daging lembu ni best dan tanpa ragu ia adalah antara makanan kegemaran aku selain dari kari ayam serta nasi ayam. Lebih-lebih lagi kalu daging tu berlemak, pheww..


Bermulanya cuti sekolah dari 4hb baru ni sampai ke 12hb, boleh dikatakan hamper setiap hari family serta aku mempunyai undangan perkahwinan. Paling penting adalah tarikh 8 serta 10 jun kerana pada tarikh tersebut adalah majlis perkahwinan bekas rakan sekelas aku di SMKANI dulu. Aku jeles, aku pun ‘gatal’ mau kawen jugak sebenarnya tapi buat-buat steady sebab sedar diri. Haha.


Selamat mendirikan rumah tangga buat Mohd Saifuddin Bin Rosli (8 Jun) dan Nadhirah Binti Che Seman (10 Jun). Anda adalah rakan sekelas yang baik dan aku terharu serta bangga atas pencapaian kalian dalam pelajaran serta kerjaya yang seterusnya melayakkan kalian untuk berkahwin! Hehe. Semoga rezeki kalian sentiasa murah dan cepat dikurniakan zuriat untuk menyambung ‘hebat’ kalian kelak.


Jiran serta rakan sekolah pun ada yang akan berkahwin dan doaku juga agar semuanya dilimpahi keberkatan serta rezeki yang mencurah-curah kelak. Selamat sibuk juga buat Syukri Nazri yang bakal menerima abang ipar baru pada 10 Jun. Sehari lepas tu (11 Jun), kita release otak di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa bersama Amy, Kid, Din, Nasir dan Yazit! Phewwitt!


p/s : Tiket ‘Malam Bersama Search’ masih boleh didapati dikaunter DIGI GIANT KT, harap maklum.


Amysha 20:18

Hari Itu Sudah Berlalu : Semoga Amin Tenang Di ‘Sana’

Assalamualaikum..

Setelah dua entri eksklusif untuk ruangan ini, aku tergerak untuk menulis mengenai perihal insan ini. Mohd Amin Bin Zaini, nama yang sentiasa melekat diingatan aku tatkala mengimbas kembali memori persekolahan dulu. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira akhir 2004 akibat kemalangan jalanraya di Pulau Pinang.


Serba salah juga rasanya untuk aku bercerita perihal insan yang telah pergi, namun bila difikirkan balik, apa salahnya jika ia boleh mengingatkan kita mengenai saat KEMATIAN. Setiap manusia tidak akan terlepas dari mati dan aku percaya bahawa Azza Wa Jalla lebih menyayangi arwah Amin yang pergi terlebih dahulu meskipun pada usia yang boleh dikatakan muda.


Terfikirkah kita, disaat sedang bersukaria dan berseronok dengan kehidupan dunia, tiba-tiba Allah SWT menarik nyawa yang dipinjamnya. Huh, aku insan yang cukup lemah serta naïf untuk menghadapinya, semoga Dia sentiasa meletakkan aku dilandasan yang benar untuk mencari kesempurnaan di Barzakh sana. Arwah Amin, rakan sekelas aku dari tahun 2000 hingga ke 2002, aku terkedu saat mendengar berita pemergiannya.


Arwah seorang yang cukup baik hati dan dari keluarga yang baik hati. Boleh dikatakan aku sempat untuk ‘rapat’ bersama keluarganya tatkala kami bersahabat dulu. Pernah sesekali bertandang kerumahnya untuk menjemput beliau kemana-mana. Di dalam kelas, beliau seorang yang ceria, suka membuat lawak dan kadang-kadang cepat mengantuk. Pantang cikgu keluar kelas, mulalah beliau tidur. Hehe.


Pengalaman manis bersama arwah tentulah disaat kali pertama menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian pada 2001. Pergi atas pelawaan Dollah Salim bersama-sama dengan Mat Due ‘itik’, arwah tatkala itu cukup excited untuk bersukaria tanpa mengetahui bahawa ajalnya akan tiba kurang dari 3 tahun lagi. Semuanya atas kekuasaan Allah SWT bukan? Dan kita terlalu kerdil untuk tidak menunaikan tanggungjawab sebagai hamba-Nya.


Arwah juga salah seorang geng ‘gila bola di SMKANI’ dan merupakan seorang pemain bolasepak yang baik. Juga hebat dalam permainan bolatampar, arwah sememangnya antara pelajar yang gemar bersukan sebenarnya. Kami sememangnya satu kepala dan bersama-sama menyertai lawatan ke dua destinasi sepanjang lima tahun tersebut. Tanpa diragui, arwah sememangnya baik hati dan mudah menolong orang tatkala dalam kesusahan.


Last aku sekelas dengan arwah adalah tahun 2002, masa tingkatan tiga. Aku duduk depan arwah dan kalau dah sebut tiga tahun berada dalam kelas yang sama, sudah tentu aku faham benar dengan perangainya. Tingkatan empat dan lima, arwah tidak tinggal di asrama menyebabkan arwah sedikit ‘jauh’ dengan geng-geng dulu. Terkilan sebenarnya dengan secebis perubahan sikap arwah apabila beliau mengikut ‘geng’ lain dan tidak tinggal di asrama bersama kami. Renggang hubungan, namun masih erat dalam tali persahabatan.


Selepas SPM, arwah dikatakan bekerja di Pulau Pinang dan sempat juga sebenarnya aku sekali sekala menghubungi arwah untuk bertanya khabar. Takdir Dia, tiada lewat mahupun awal sesaat, arwah Amin diberitakan terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang sekaligus meragut nyawa beliau. Siapa yang menduga? Keputusan SPM pun masih belum diumumkan tatkala tersebut. Masih ralat meskipun sentiasa berharap kerana belum pernah mengunjungi pusara arwah di Pulau Pinang.


Allahyarham Mohd Amin Bin Zaini, semoga kamu tenang di ‘sana’. Suatu masa nanti, kami semua pasti akan menuruti kerana ia adalah janji dari Ya Rabbi. Ya Allah, ampuni dosa-dosa arwah dan tempatkanlah beliau dikalangan roh orang yang beriman. Rakan-rakan sekalian, ingatlah tempatmu di ‘sana’ kelak!


“Aku saye n rindu gilo ko mu, min! Maafkae aku banyok2 deh if aku pernoh buat mu kecik hati”-Mesha Khonger


Amysha 20:58

Saturday, June 5, 2010

Suka Do'oh-Do'oh

Assalamulaikum..

Thanx so much sebab buat 'suka' ni. Cute je rasa 'suka' ni kalu ade kat bowoh. hehe.
Tanya saya kan suka ke dok? jawapan saya : SUKA DO'OH!

So, tolong tekan 'suka' kat bowoh ni etek kalu anda suka. 97 markah untuk awak!

Amysha 13:55

Thursday, June 3, 2010

Ada Yang Tertinggal, Setelah Terbenam Mentari

Assalamualaikum..

Salam FREE PALESTINE! Aku dah cukup muak dan jelik dengan sikap rejim zionis yang masih dengan 'angkuh'nya! Aku hanya insan biasa yang tidak berkemampuan apa-apa hanya mampu berdoa. Justeru harapan aku adalah agar kita semua dengan 'senjata' kita iaitu DOA.

Masalah lagi! Luka lama seolah kembali berdarah, ini bukan mengenai Palestin-Israel tetapi AKU dan Hidup.

Tolong diam, tolong 'jauhkan', tolong tenang, tolong jangan ungkit atau berkata walau satu perkataan, tolong hormat, tolong kasih, tolong faham, tolong buat hal masing-masing. Aku merayu sekalipun aku sudah hampir rawan.

CAKAP MEMANG MURAH!

Amysha 10:42

Wednesday, June 2, 2010

Special 150 ~ Yang Terindah

Assalamualaikum..

Lirik lagi! Haha.. Alhamdulillah, sudah memasuki entri yang ke 150. Hanya 'dia' yang TERINDAH dalam hidupku tatkala ini. Semoga DIA memberkati serta memudahkan ceritera antara kami kelak. Sekalipun berbagai badai yang telah menghempas, namun kami tetap 'bersatu'. Terima kaseh atas kesabaran dalam 'pelayaran' ini. Phewwitt!

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


Amysha 14:50