Thursday, December 31, 2009

2010 : Meniti Titian Sempurna

Assalamualaikum..

Kurang daripada 24 jam dari sekarang, tahun 2009 akan meninggalkan kita semua. Maka tibalah tahun baru 2010, klisenya pasti akan ada azam baru serta ucapan tahun baru. Sepuluh tahun yang lepas, aku baru sahaja selesai menduduki peperiksaan UPSR. Begitu cepatnya masa berlalu dan dalam masa sepuluh tahun tersebut, begitu banyaknya perubahan yang berlaku. Aku hanya mahu berbicara mengenai perubahan tatkala ini kerana hanya dengan perubahan, seseorang manusia itu akan dinilai baik dan buruknya.

Setahun yang lepas, daripada entri pertama blog ini hingga ke dua entri yang terakhir lepas, aku menggunakan kata ganti diri sebagai ‘saya’. Untuk permulaan sebelum menginjaknya 2010, tanpa rasa hipokrit dan aku cukup selesa dengan dengan kata ganti diri ini iaitu ‘aku’. Pasal ni pun nak bagitau ke? Yes, ini adalah perubahan yang terbesar dalam blog yang sangat aku sayang ini meskipun tak boleh nak buat duit pun. Hehe.. 2009, pada awalnya seperti biasa pasti ada harapan dan impian. Tapi kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan selebihnya ditentukan oleh Yang Maha Esa.

Tidak perlu untuk merungut atau menyesal dengan apa yang berlaku meskipun 2009 seperti banyak perkara yang tidak memihak kepada aku. Terutama dipenghujungnya, aku dapat merasakan yang aku ditimpa terlalu banyak perkara yang dinamakan sebagai ‘masalah’. Harus dijadikan sebagai pedoman dan iktibar untuk aku bagi menghadapi hari-hari mendatang yang pastinya lebih banyak ranjau yang berliku. Banyak perkara yang membuatkan aku kecewa dan merasa sedih, juga perkara inilah yang menjadikan aku sebagai manusia yang semakin matang.

2010, kesempurnaan yang didambakan. Namun sempurna itu hanya milik-NYA. Kita sebagai insan yang menjadi hamba kepada-NYA ini hanya perlu terus berusaha, berusaha dan berusaha. Aku tau dan semua orang tau bahawa, hanya Allah SWT yang menentukan dan dapat memberikan kita segala-galanya. Namun kerana bisikan hawa nafsu serta hasutan syaitan yang telah berjanji untuk menghancurkan anak adam ini, kita sebagai manusia sentiasa lalai untuk patuh pada suruhan-NYA. Nauzubillah! Tuhanku, berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi dugaan hidup ini dan kurniakanlah iman yang teguh buat kami agar kami terus tergolong dalam golongan manusia yang akan mengecap nikmat syurga-MU kelak.

Semoga 2010 akan menjadikan keluargaku sentiasa beroleh kebahagiaan, kesenangan dan keberkatan. Dengan tonggak kekeluargaan yang bahagia, aku yakin semua perkara kita akan dapat lakukan dengan tenang dan dalam situasi gembira. Kepada yang tercinta, teruskanlah perjuangan kita untuk mencapai mahligai kebahagiaan impian kita kelak. Terlalu banyak dugaan serta halangan yang kita tempuh sejak akhir-akhir ini. Aku mengerti dan kita sama-sama mengerti betapa sakitnya ‘derita’ yang ditanggung, namun atas nama cinta yang sejati, aku mohon agar diberi ruang untuk hati kita bersatu serta terus bersatu dalam mengharungi segala badai yang menghentam kota ini. 2010, aku mahu tenang dan aku mahu sentiasa menang.

Silap dan salah aku untuk tahun 2009, mohon dimaafkan. Sama seperti Aida Mohd juga, aku takut pada dosa sesama manusia dan kawan. SELAMAT TAHUN BARU!

Amysha 3:56

Monday, December 28, 2009

Stanza Sepi Sekeping Hati

Hadirnya dia membuatkan kota kita menjadi ‘gila’..

Bukan setakat kota itu ‘gila’, tapi kita sendiri pun menjadi ‘gila’..

Sekalipun si ‘gila’ itu sudah pergi (kononnyalah), tapi ‘kegilaan’ itu masih ditinggalkan..

Kecewa dengan si ‘gila’ itu kerana membuatkan hati ini juga menjadi ‘gila’..



Harapan gua tinggi, tapi ‘kegilaan’ itu sebenarnya lebih dominan..

Lepas tinggalkan ‘gila’, hidup dia menjadi ‘gila’ dan ‘gila’ itu dihembus pada gua..

Sampai mati gua akan ingat si ‘gila’ itu kerana membuatkan kita dua-dua jadi ‘gila’..

Gua lemah kerana runtuhnya kota ini, gua sudah hilang ikhtiar kerana ‘gila’..

F*** O** SI “GILA BABI”!!

Saturday, December 26, 2009

Jom Berpuasa Pada 9, 10 & 11 Muharram

KEISTIMEWAAN BERPUASA PADA HARI KE 9, 10 & 11 MUHARRAM

Pada hari ke 9, 10 & 11 Muharram merupakan hari yang sangat dimuliakan oleh Islam dan sangat penting dalam lipatan sejarah Islam. Oleh itu pada hari-hari tersebut, umat Islam disunatkan berpuasa dan diberi ganjaran pahala serta mendapat kelebihan yang banyak dari Allah SWT.

Hadis yang menerangkan tentang keistimewaan berpuasa pada hari-hari tesebut antaranya ialah yang bermaksud :

“Daripada Abu Hurairah Radiyallahu’anh berkata : bahawa Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam bersabda : “Seafdal-afdal puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat pada malam hari”. Di dalam riwayat yang lain “Solat di sepertiga malam”
(Riwayat Muslim)

Puasa hari kesembilan disunatkan, namun Rasulullah SAW belum sempat mengerjakannya. Bagaimanapun baginda bersabda:

“Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram”
(Riwayat Ahmad & Muslim)

Puasa hari ke sepuluh pula di kenali sebagai puasa A’syura. Dari Abi Qatah r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah ditanya mengenai puasa hari A’syura (yakni hari ke 10 Muharram) makan sabda Baginda SAW yang bermaksud :

“Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu”
(Riwayat Muslim)

Puasa sunat pada hari ke 10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya (hari ke 9) dan hari selepasnya (hari ke 11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu pada hari ke 9, 10 & 11.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

KEMULIAAN 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada
tarikh tersebut:

1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
2. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3. Dicipta Adam a.s.
4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
7. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
8. Selamat Musa dan pengikutnya.
9. Lemas Firaun.
10. Dilahirkan Nabi Isa a.s.
11. Diangkat Nabi Isa kelangit.
12. Diangkat Nabi Idris ke langit.
13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
19. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

PERKARA SUNAT YANG DILAKUKAN PADA HARI ASYURA (10 MUHARRAM)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan
yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan
mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di
sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh
seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.
Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja
aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat
hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan
kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa
nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa.

14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura
kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan
seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Thursday, December 17, 2009

Nostalgia 1430, Impian 1431

Assalamualaikum..

Tahun 1430 bakal melabuhkan tirainya pada hari ini dengan menyaksikan saya terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang cukup menyakitkan dipenghujungnya. Terlalu banyak perkara yang tidak diingini datang dengan bertimpa-timpa dalam satu masa sekaligus! Sekalipun perit untuk menghadapinya, hati ini ‘terpaksa’ berpura-pura tenang dan semoga kepura-puraan ini dapat menyelesaikan segala yang kusut sekalipun saya sahaja yang menanggungnya. Tapi saya percaya, segala ujian ini tidak akan diberikan pada saya oleh-Nya sekiranya saya tidak mampu menanggungnya.

Tahun baru 1431 yang akan tiba esok, diharap akan dapat mengubah nasib dan hidup saya agar lebih tenang dan paling penting tidak jauh dari NUR-NYA. Semoga saya, ibubapa saya, adik beradik saya, saudara-mara saya, sahabat-sahabat saya serta seluruh umat yang bernafas di bumi pinjaman-Nya ini akan akan sentiasa beroleh bahagia, ketenangan dan kesenangan untuk menempuh hidup yang cukup fana ini. Maaf jika terkasar bahasa & tutur kata, sesungguh nya kita tidak lari dari kesilapan. Semoga kalian semua berbahagia.



“Ya Allah aku mengaku, sekian banyak nikmatMu kepadaku dan aku mengaku pula sekian banyak dosaku, maka ampunilah dosa hamba-Mu YA ALLAH, ampunilah dosa hambaMu YA ALLAH, ampuni pula dosa ibu bapa kami, dosa dan kesalahan keluarga kami serta saudara2 kami kaum mukminin laki2 dan perempuan, baik yg masih hidup ataupun sudah meninggal. Ampunilah dosa dan kesalahan kami Ya Allah .. sebab Engkaulah yg Maha mendengar dan Maha melihat dan tiada yg dapat mengampuni dosa selain Engkau..”

SALAM MAAL HIJRAH 1431

Tuesday, December 1, 2009

Bila Bahagia Mula Menyentuh

Assalamualaikum..

Selamat pengantin baru, Nurul Nadiah



Segala-galanya perlu tentang bahagia kerana hanya dengan kebahagiaan yang akan membuatkan hidup kita semua akan berasa tenang dan gembira sentiasa. Bahagia itu juga telah diraih oleh bekas rakan sekelas saya semasa di SMKA Nurul Ittifaq dulu iaitu Nurul Nadiah Binti Ahmad Shukri yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 29 November yang lepas. Nurul Nadiah juga sebenarnya merupakan mahasiswa yang menuntut di UDM bersama saya meskipun saya jarang sangat berjumpa dengannya kerana berada di fakulti yang berbeza.



If tak silap, jika dilihat pada souvenir yang diberi ketika majlis tersebut, nama suaminya ialah Abu. So, untuk Nurul Nadiah dan Abu, semoga bahagia itu kekal selamanya hingga ke akhir hayat kalian. Ibarat mengemudi sebuah sampan, kadangkala arus itu perlahan dan kadangkala arus itu deras. Namun sebagai pengemudi, kita harus perlu terus mengemudi agar sampan tersebut sampai ke destinasi yang ditujui dan bukannya membiarkan ia hanyut. Selamat pengantin baru, Nurul Nadiah!

Selamat bertemu kembali, sahabatku

Ini adalah paling membahagiakan! Hehe.. Saya lupa bila sebenarnya last reunion budak2 SMKA Nurul Ittifaq batch 2000-2004, namun yang pasti beberapa tahun yang lepas. Dan kerana majlis perkahwinan Nurul Nadiah, kami semua sekali lagi berkesempatan untuk bertemu meskipun pertemuan itu bukanlah sesuatu yang dirancang secara formal. Sebenarnya ramai kenalan dan rakan-rakan yang hadir, namun masa kehadiran yang berbeza menyebabkan tidak semuanya dapat bersua antara satu sama lain.





Tapi lebih istimewa, selepas makan dan sessi bergambar di rumah Nurul Nadiah, ‘reunion tidak formal’ kami berlarutan hingga ke rumah Shakira. Tersangatlah gembira dan bahagia sebenarnya hati ini bila dapat bertemu dengan sahabat-sahabat lama lebih-lebih lagi orang yang close dengan kita time sekolah dulu. Meskipun masing-masing mempunyai berbagai-bagai haluan, namun tanpa kita sedari bila kita bertemu, ‘asas’ persahabatan masih sama seperti kita di sekolah dulu.





Masih ‘tolol-tolol’ dan ‘gilo-gilo’ semuanya! Dan harus diakui, momen sebegini tidak selalu kita dapat rasakan melainkan dengan adanya pertemuan semula. Ayuh ex-SMKANI 2000-2004, if ada kemahuan, ‘mega reunion’ pasti dapat dicipta sekiranya kita semua berusaha untuk jadikan ia sebagai sebuah kenyataan. Terima kasih buat John Zender, Muhaymin R, Muhaimin A, Nur Asiah, Sha Feeza, Nina Naddia, Shakira Amal (tuan rumah), Syidah Nur, Ayu Tinta & Saadah atas momen yang tercipta.

Angkuh, Mc’D & Shell

Sedikit tambahan untuk kebahagiaan, namun ia adalah berlawanan. Sekadar untuk meluahkan perasaan yang terbuku dihati dan mewakili beberapa rakan, kami sebenarnya hairan atas kapasiti apakah yang membuatkan insan ini terlalu angkuh dan sombong. Haha.. Insan ni pada mata saya sebenarnya tidaklah gah dan perfect sangat pun, tapi dengan keangkuhan yang ada padanya pada hari tersebut membuatkan dia ‘busuk hingga ke ususnya!’ (meminjam kata-kata Tun Dr M). Seriously, inilah kali pertama saya berhadapan dengan insan yang sebegitu angkuh sepanjang hidup mengalahkan puteri raja dan artis! Gua tak heran la beb dengan lu, sampah! Hehe.. Tak baik la Ahmad Amshyar cakap macam tu.. Wahai gadis angkuh, jika terbaca berubahlah menjadi manusia yang mempunyai hati dan perasaan dan semangat kemanusiaan.









Selepas berakhir ‘reunion tidak rasmi’ tersebut, sempat meluangkan masa dengan John Zender dan Syukri Nazri di KT dan ada peristiwa yang sememangnya pasti tidak akan dapat dilupakan! Hehe.. Thanx a lot bro sebab sudi belanja prosperity burger di Mc’D baru dan siap sekali dengan pakej tolak kereta dengan Mat Bangla bila kereta tersebut lemah bateri gara-gara telupa untuk menutup lampu depan. Terima kasih juga kerana sanggup meredah hujan dan berjalan jauh demi membeli minyak petrol dua botol (RM5) kerana kereta itu lagi yang membuat hal! Haha.. (Semua ni gara-gara mahu isi petrol di stesen minyak Shell la konon). Inilah peristiwa, inilah memori dan inilah nostalgia. Saya sayang kamu semua para sahabat termasuk si angkuh itu! Hehe..

Credit Pic : FB Sha Feeza, Nina Naddia, Shakira Amal, Syidah Nur