Saturday, December 26, 2009

Jom Berpuasa Pada 9, 10 & 11 Muharram

KEISTIMEWAAN BERPUASA PADA HARI KE 9, 10 & 11 MUHARRAM

Pada hari ke 9, 10 & 11 Muharram merupakan hari yang sangat dimuliakan oleh Islam dan sangat penting dalam lipatan sejarah Islam. Oleh itu pada hari-hari tersebut, umat Islam disunatkan berpuasa dan diberi ganjaran pahala serta mendapat kelebihan yang banyak dari Allah SWT.

Hadis yang menerangkan tentang keistimewaan berpuasa pada hari-hari tesebut antaranya ialah yang bermaksud :

“Daripada Abu Hurairah Radiyallahu’anh berkata : bahawa Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam bersabda : “Seafdal-afdal puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat pada malam hari”. Di dalam riwayat yang lain “Solat di sepertiga malam”
(Riwayat Muslim)

Puasa hari kesembilan disunatkan, namun Rasulullah SAW belum sempat mengerjakannya. Bagaimanapun baginda bersabda:

“Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram”
(Riwayat Ahmad & Muslim)

Puasa hari ke sepuluh pula di kenali sebagai puasa A’syura. Dari Abi Qatah r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah ditanya mengenai puasa hari A’syura (yakni hari ke 10 Muharram) makan sabda Baginda SAW yang bermaksud :

“Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu”
(Riwayat Muslim)

Puasa sunat pada hari ke 10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya (hari ke 9) dan hari selepasnya (hari ke 11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu pada hari ke 9, 10 & 11.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

KEMULIAAN 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada
tarikh tersebut:

1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
2. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3. Dicipta Adam a.s.
4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
7. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
8. Selamat Musa dan pengikutnya.
9. Lemas Firaun.
10. Dilahirkan Nabi Isa a.s.
11. Diangkat Nabi Isa kelangit.
12. Diangkat Nabi Idris ke langit.
13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
19. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

PERKARA SUNAT YANG DILAKUKAN PADA HARI ASYURA (10 MUHARRAM)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan
yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan
mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di
sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh
seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.
Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja
aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat
hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan
kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa
nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa.

14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura
kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan
seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

1 comment:

Anonymous said...

saya ada dengar "tanyalah ustaz" semalam. ustaz tu kate, cerita-cerita mengenai pada 10 Muharram turunnya hujan yang pertama dan sebagainya adalah kisah-kisah daripada kaum Yahudi.wallahualam.