Thursday, December 31, 2009

2010 : Meniti Titian Sempurna

Assalamualaikum..

Kurang daripada 24 jam dari sekarang, tahun 2009 akan meninggalkan kita semua. Maka tibalah tahun baru 2010, klisenya pasti akan ada azam baru serta ucapan tahun baru. Sepuluh tahun yang lepas, aku baru sahaja selesai menduduki peperiksaan UPSR. Begitu cepatnya masa berlalu dan dalam masa sepuluh tahun tersebut, begitu banyaknya perubahan yang berlaku. Aku hanya mahu berbicara mengenai perubahan tatkala ini kerana hanya dengan perubahan, seseorang manusia itu akan dinilai baik dan buruknya.

Setahun yang lepas, daripada entri pertama blog ini hingga ke dua entri yang terakhir lepas, aku menggunakan kata ganti diri sebagai ‘saya’. Untuk permulaan sebelum menginjaknya 2010, tanpa rasa hipokrit dan aku cukup selesa dengan dengan kata ganti diri ini iaitu ‘aku’. Pasal ni pun nak bagitau ke? Yes, ini adalah perubahan yang terbesar dalam blog yang sangat aku sayang ini meskipun tak boleh nak buat duit pun. Hehe.. 2009, pada awalnya seperti biasa pasti ada harapan dan impian. Tapi kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan selebihnya ditentukan oleh Yang Maha Esa.

Tidak perlu untuk merungut atau menyesal dengan apa yang berlaku meskipun 2009 seperti banyak perkara yang tidak memihak kepada aku. Terutama dipenghujungnya, aku dapat merasakan yang aku ditimpa terlalu banyak perkara yang dinamakan sebagai ‘masalah’. Harus dijadikan sebagai pedoman dan iktibar untuk aku bagi menghadapi hari-hari mendatang yang pastinya lebih banyak ranjau yang berliku. Banyak perkara yang membuatkan aku kecewa dan merasa sedih, juga perkara inilah yang menjadikan aku sebagai manusia yang semakin matang.

2010, kesempurnaan yang didambakan. Namun sempurna itu hanya milik-NYA. Kita sebagai insan yang menjadi hamba kepada-NYA ini hanya perlu terus berusaha, berusaha dan berusaha. Aku tau dan semua orang tau bahawa, hanya Allah SWT yang menentukan dan dapat memberikan kita segala-galanya. Namun kerana bisikan hawa nafsu serta hasutan syaitan yang telah berjanji untuk menghancurkan anak adam ini, kita sebagai manusia sentiasa lalai untuk patuh pada suruhan-NYA. Nauzubillah! Tuhanku, berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi dugaan hidup ini dan kurniakanlah iman yang teguh buat kami agar kami terus tergolong dalam golongan manusia yang akan mengecap nikmat syurga-MU kelak.

Semoga 2010 akan menjadikan keluargaku sentiasa beroleh kebahagiaan, kesenangan dan keberkatan. Dengan tonggak kekeluargaan yang bahagia, aku yakin semua perkara kita akan dapat lakukan dengan tenang dan dalam situasi gembira. Kepada yang tercinta, teruskanlah perjuangan kita untuk mencapai mahligai kebahagiaan impian kita kelak. Terlalu banyak dugaan serta halangan yang kita tempuh sejak akhir-akhir ini. Aku mengerti dan kita sama-sama mengerti betapa sakitnya ‘derita’ yang ditanggung, namun atas nama cinta yang sejati, aku mohon agar diberi ruang untuk hati kita bersatu serta terus bersatu dalam mengharungi segala badai yang menghentam kota ini. 2010, aku mahu tenang dan aku mahu sentiasa menang.

Silap dan salah aku untuk tahun 2009, mohon dimaafkan. Sama seperti Aida Mohd juga, aku takut pada dosa sesama manusia dan kawan. SELAMAT TAHUN BARU!

Amysha 3:56

No comments: