Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha 1430H

Assalamualaikum..

Esok kita semua bakal menyambut Hari Raya Aidiladha bersama-sama seluruh umat Islam di dunia ini. Muktakhir ini juga kita diuji dengan pelbagai dugaan dan bencana lebih-lebih lagi untuk penduduk di Pantai Timur yang dilanda banjir sejak beberapa hari lepas. Sesuatu yang klise untuk ditaip, dugaan itu adalah untuk menguji tahap kesabaran serta keimanan kepada Pencipta kita yakni Allah SWT namun harus diterima, itulah hakikatnya.

Hari ini juga para jemaah haji di Mekah akan melakukan wukuf di Arafah, salah satu rukun Haji yang paling utama sambil untuk mengingati pertemuan antara Nabi Adam AS dan Hawa suatu ketika dahulu. Berkumpulnya jemaah di Arafah juga akan mengingatkan kita terhadap Hari Kiamat kelak yang mana kita semua akan dibangkitkan dari mati dan dibawa ke tempat pengadilan yakni Mahsyar.

Aidiladha juga mengingatkan kita supaya kita tidak hanya menghayati ibadah korban, hanya dengan menceritakan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s, sekadar menyembelih binatang ternakan namun menghayati roh pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, dengan mengetepikan seluruh kepentingan duniawi serta mengetepikan kepentingan diri dan keluarga, demi untuk mematuhi arahan Allah adalah lebih penting.



SALAM PENGORBANAN, SALAM KEINSAFAN, SALAM KEMAAFAAN & SALAM AIDILADHA

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.

Tuesday, November 17, 2009

Fantasia Memoria D.I.A (Our 1st Reunion)

Assalamualaikum..

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, Alhamdulillah Kelab ‘Memoria DIA UDM 2005-2008’ akhirnya telah menyempurnakan misi 1st reunion kami bertempat di Genting Highlands pada 14 dan 15 November yang lepas! Pheww.. Sungguh mengujakan untuk berbicara mengenainya. Event yang disertai oleh 15 insan yang saya sayangi ini cukup meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam hati masing-masing.

Memoria DIA UDM 2005-2008 adalah merupakan bekas pelajar Diploma Perakunan Universiti Darul Iman Malaysia kampus KUSZA untuk sessi 2005-2008. Setelah hampir dua tahun berpisah dengan masing-masing mempunyai haluan yang tersendiri, pertemuan kali pertama ini diharap mampu untuk menjadi medium untuk masing-masing melepaskan rindu dan paling penting adalah untuk mengekalkan ukhwah antara satu sama lain yang telah lama terjalin sebelum ini.

Masing-masing sememangnya kelihatan gembira dan berpuas hati dengan event ini meskipun terdapat beberapa permasalahan serta salah faham yang tidak dapat dielakkan. Bak kata Roharty, harus diingat perkara yang baik dan gembira sahaja kerana yang baik dan gembira itu adalah lebih banyak dari yang tidak baik serta tidak gembira. Hehe..

TERIMA KASIH yang tidak terhingga pada semua yang terlibat iaitu SAIFUDDIN, ABDULLAH, BASYIR, TARMIZI, KAYREL, ROHARTY, HANIN, MARINA, FAZA, SYAZWANI, KARTINI, AIN AMALINA, HAQQAH, & AIMAN untuk menjayakan reunion ini. Semoga kita bertemu lagi dilain waktu kelak, insyaAllah! Jadikan ini adalah permulaan kepada ‘tour reunion’ kita pada masa akan datang. Hehe..

AM : Ampun dan Maaf dipinta kepada sesiapa yang terasa hati atas salah faham sepanjang event ini berlangsung kerana salah faham tersebut bukanlah skrip yang sengaja dicipta!

Antara nostalgia indah yang sempat dirakamkan :
Credit For Pic (FB Haqqah, Kyrel n Arty)





















Sunday, November 8, 2009

ALLAH Selamatkan Kamu

Assalamualaikum..



Lets sing together:

"Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Aina Atirah..
Allah selamatkan kamu..."


"Happy 20th Birthday to our Sis, Aina Atirah Bt Aminudin

May Allah blessings be upon you always and all your wishes comes true. AMIN.

Take care of yourself and all the best for your studies in Seoul National University!!!"


From:

Ayah,
Mama,
Amshyar,
Amirr,
Ajeerah

Bakar Kelate Bakar!

Assalamualaikum..

Baru sahaja lepas pulang dari menonton final TM Piala Malaysia 2009 antara Kelantan vs Negeri Sembilan. Minit ke 88 dah blah dari kedai dan time tu result Kelantan ketinggalan 0-3. Buka FB, tengok status update, result penuh after tamat game adalah Kelantan 1-3 Negeri Sembilan! Sememangnya hati ini menyokong pasukan Kelantan kerana selain dari ia adalah jiran negeri Terengganu, banyak juga faktor yang membuatkan diri ini terlalu ‘erat’ dengan negeri Kelantan.

Apa yang membuatkan saya kecewa adalah bukan disebabkan kekalahan besar Kelantan, tetapi lebih kepada sikap penonton serta penyokong mereka yang tidak pernah berubah dari dulu. Tidak terfikirkah mereka bahawa tindakan tersebut pastinya akan memalukan keseluruhan negeri mereka sendiri lebih-lebih lagi terhadap YAB Menteri Besar. Siapa yang tidak kecewa apabila pasukan yang disokong tewas, apatah lagi dari jauh datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Namun inilah yang dikatakan nasib serta takdir yang tidak meyebelahi.

Pernyataan yang klise, kalah dan menang adalah adat bertanding! Hehe.. Hope untuk musim-musim akan datang para penyokong bolasepak di Malaysia lebih-lebih lagi Kelantan dapat mengelakkan dari ‘rusuhan’ di stadium apabila pasukan mereka tewas kerana ia benar-benar memalukan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri berkali-kali menasihatkan agar tidak sesekali membakar mercun ketika menonton perlawanan bolasepak kerana ia langsung tidak membawa kebaikan dan faedah!

Kepada para penyokong Kelantan, diharap anda semua bertenang. Fikirkanlah nasib persatuan bolasepak negeri yang terpaksa membayar denda apabila setiap kali penyokong mereka membuat kecoh. Alangkah baiknya jika denda tersebut digunakan untuk tujuan pembangunan bolasepak negeri. Berhati-hati di jalanraya apabila pulang ke destinasi setelah tamat perlawanan. Esok Kelantan cuti umum, jadi tiada sebab untuk kalian semua kalut untuk pulang. Perkara (kekalahan) sudah pun berlalu, jika kalian bakar semua kerusi di stadium nasional tersebut juga, Kelantan tidak akan menjuarai Piala Malaysia. Penantian sememangnya satu penyeksaan, tempuhilah musim baru akan datang dengan penuh kesabaran!

AM : Ramai pemain kelahiran Terengganu di pentas final antara Kelantan vs Negeri Sembilan tadi. PBSNT, fikir-fikirkanlah!

Thursday, November 5, 2009

Selamat Datang ‘Angin Monsun Timur Laut’ & ’Musim Tengkujuh’

Assalamualaikum..

Rasanya baru sahaja jari jemari ini menaip entri ‘Hembusan Tengkujuh’ walaupun kini sudah genap setahun ianya berlalu. Kini negeri-negeri di Pantai Timur rasanya sudah dapat ‘menyentuh’ kembali hembusan tersebut. Angin monsun timur laut sudah pun menunaikan kewajipannya untuk mengikut jadual alam dan kini hujan mula mencurah-curah di sini. Bila hujan mula menyembah bumi dalam beberapa hari, pastinya sekali lagi air-air sungai akan naik dan mencium jalan. Di sinilah nikmat dan istimewanya tengkujuh! Dan pastinya ia tidak dapat dirasai di negeri-negeri lain.

Bila banjir melanda, maka sibuklah keluarga di kampung sebelah ayah meminta adik pulang untuk ‘bermain’ bah! Hehe.. Dalam keghairahan tersebut, tidak bermakna kami semua lupa mengenai tanggungjawab keselamatan. Syukur Alhamdulillah kerana DIA sentiasa menyelamatkan kita dari bala bencana yang lebih tragis dan dramatik. Bumi Terengganu sudah bersedia untuk menghadapi musim ini sejak sekian lama dulu dan hanya mampu mengucapkan selamat datang ‘Angin Monsun Timur Laut’ & ’Musim Tengkujuh’. Di harap hadirnya tanpa membawa kecelakaan pada kita semua.

Semoga angin monsun timur laut dan tengkujuh ini terus menghembus dengan sempurna sambil kita semua memuhasabah diri untuk terus di berkati dalam bernafas di bumi milik Yang Maha Esa ini.

AM : Hujan lebat tanpa petir dan kilat, jom kita mandi hujan macam zaman kanak-kanak dulu!