Sunday, November 8, 2009

Bakar Kelate Bakar!

Assalamualaikum..

Baru sahaja lepas pulang dari menonton final TM Piala Malaysia 2009 antara Kelantan vs Negeri Sembilan. Minit ke 88 dah blah dari kedai dan time tu result Kelantan ketinggalan 0-3. Buka FB, tengok status update, result penuh after tamat game adalah Kelantan 1-3 Negeri Sembilan! Sememangnya hati ini menyokong pasukan Kelantan kerana selain dari ia adalah jiran negeri Terengganu, banyak juga faktor yang membuatkan diri ini terlalu ‘erat’ dengan negeri Kelantan.

Apa yang membuatkan saya kecewa adalah bukan disebabkan kekalahan besar Kelantan, tetapi lebih kepada sikap penonton serta penyokong mereka yang tidak pernah berubah dari dulu. Tidak terfikirkah mereka bahawa tindakan tersebut pastinya akan memalukan keseluruhan negeri mereka sendiri lebih-lebih lagi terhadap YAB Menteri Besar. Siapa yang tidak kecewa apabila pasukan yang disokong tewas, apatah lagi dari jauh datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Namun inilah yang dikatakan nasib serta takdir yang tidak meyebelahi.

Pernyataan yang klise, kalah dan menang adalah adat bertanding! Hehe.. Hope untuk musim-musim akan datang para penyokong bolasepak di Malaysia lebih-lebih lagi Kelantan dapat mengelakkan dari ‘rusuhan’ di stadium apabila pasukan mereka tewas kerana ia benar-benar memalukan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri berkali-kali menasihatkan agar tidak sesekali membakar mercun ketika menonton perlawanan bolasepak kerana ia langsung tidak membawa kebaikan dan faedah!

Kepada para penyokong Kelantan, diharap anda semua bertenang. Fikirkanlah nasib persatuan bolasepak negeri yang terpaksa membayar denda apabila setiap kali penyokong mereka membuat kecoh. Alangkah baiknya jika denda tersebut digunakan untuk tujuan pembangunan bolasepak negeri. Berhati-hati di jalanraya apabila pulang ke destinasi setelah tamat perlawanan. Esok Kelantan cuti umum, jadi tiada sebab untuk kalian semua kalut untuk pulang. Perkara (kekalahan) sudah pun berlalu, jika kalian bakar semua kerusi di stadium nasional tersebut juga, Kelantan tidak akan menjuarai Piala Malaysia. Penantian sememangnya satu penyeksaan, tempuhilah musim baru akan datang dengan penuh kesabaran!

AM : Ramai pemain kelahiran Terengganu di pentas final antara Kelantan vs Negeri Sembilan tadi. PBSNT, fikir-fikirkanlah!

No comments: