Thursday, November 5, 2009

Selamat Datang ‘Angin Monsun Timur Laut’ & ’Musim Tengkujuh’

Assalamualaikum..

Rasanya baru sahaja jari jemari ini menaip entri ‘Hembusan Tengkujuh’ walaupun kini sudah genap setahun ianya berlalu. Kini negeri-negeri di Pantai Timur rasanya sudah dapat ‘menyentuh’ kembali hembusan tersebut. Angin monsun timur laut sudah pun menunaikan kewajipannya untuk mengikut jadual alam dan kini hujan mula mencurah-curah di sini. Bila hujan mula menyembah bumi dalam beberapa hari, pastinya sekali lagi air-air sungai akan naik dan mencium jalan. Di sinilah nikmat dan istimewanya tengkujuh! Dan pastinya ia tidak dapat dirasai di negeri-negeri lain.

Bila banjir melanda, maka sibuklah keluarga di kampung sebelah ayah meminta adik pulang untuk ‘bermain’ bah! Hehe.. Dalam keghairahan tersebut, tidak bermakna kami semua lupa mengenai tanggungjawab keselamatan. Syukur Alhamdulillah kerana DIA sentiasa menyelamatkan kita dari bala bencana yang lebih tragis dan dramatik. Bumi Terengganu sudah bersedia untuk menghadapi musim ini sejak sekian lama dulu dan hanya mampu mengucapkan selamat datang ‘Angin Monsun Timur Laut’ & ’Musim Tengkujuh’. Di harap hadirnya tanpa membawa kecelakaan pada kita semua.

Semoga angin monsun timur laut dan tengkujuh ini terus menghembus dengan sempurna sambil kita semua memuhasabah diri untuk terus di berkati dalam bernafas di bumi milik Yang Maha Esa ini.

AM : Hujan lebat tanpa petir dan kilat, jom kita mandi hujan macam zaman kanak-kanak dulu!

No comments: