Wednesday, March 31, 2010

'Gerimis Berbisa'

Ibu segala CITA-CITA adalah SABAR.
Tapi mampukah insan se 'naif' aku mampu bertahan?

"Hilang pedoman, ikhtiar dan arah untuk menyempurnakan kisah dari jiwa bakal surinya.."



-TIADA JAWAPAN-



Amysha 05:46

Saturday, March 27, 2010

Kalimah Cinta Di Suatu Masa?

Assalamualaikum..

Agak-agak ada tak 'Kalimah Cinta'? Harap-harap ada la 'Kalimah Cinta'. Untuk empat malam berturut-turut dengan diakhiri alunan 'Asma-Al Husna', hope peristiwa penting ni akan menjadi perkara yang paling diingati buat selama-lamanya. Mohon perbezaan yang sempurna perjalanannya dan manis buat semua penggemarnya.

Gudluck LAGENDA! Pheewwiitt..

Amysha 11:33

Monday, March 22, 2010

Sutera Inn Prima

Assalamualaikum..

Aku perlu memberitahu dunia bahawa aku sedikit gembira serta tenang berada dalam dunia ini jika nak di compare dengan dunia "P.P.L"! Hehe.. Selepas kira-kira 20 hari, Alhamdulillah aku tidak menghadapi masalah di sini even sedikit kesempitan tanpa 'kesenangan'.

InsyaAllah, jika ada kelapangan pada suatu masa kelak, aku akan menulis mengenai apa yang ada serta berlaku dalam bangunan ini sepanjang 3 bulan di sini. Tamat 31 Mei 2010, semoga ada sinar yang menanti! Pada sahabat, sentiasalah kita mengingati antara satu sama lain kerna hati ini amat merindui saat bersama kalian.


Sutera Inn Prima Hotel : For reservation, call 09-7441000

Amysha 03:08

Super Sunday : MAN U vs LIV


Assalamualaikum..

Malam ni malam penting buat semua peminat bolasepak seluruh dunia. SUPERSUNDAY : MANCHESTER UNITED vs LIVERPOOL di Old Trafford pada jam 9.25 malam waktu Malaysia. Hope Rooney mampu teruskan aksi ajaibnya dan Sir Alex Ferguson juga awal-awal lagi menegaskan bahawa ia adalah pertarungan untuk mengembalikan maruah!


Liverpool sedari awal lagi memang musuh Man U yang abadi, hehe. Prestasi yang tidak konsisten mereka sejak akhir-akhir ini bukan bermakna Man U bakal melalui jalan yang mudah kerana hanya Man U tahu siapa Liverpool yang sebenar bila mereka bertarung. Ayuh Man U! Menang semua baki 8 game dan julang EPL untuk kali keempat berturut!! Going To Glory~


Amysha 12:22

Saturday, March 13, 2010

Tiada Rasa

Assalamualaikum..

Haha, berulang kembali dan sebenarnya berulangnya adalah disebabkan kesempitan masa serta jiwa. Memang aku tiada rasa langsung untuk menulis dan sudah lama aku tidak menulis. Aku mahu lihat dan dengar saja! hehe.. Layan..



Saja nak letak lagu yang bagi aku antara yang ter evergreen skali di Malaysia ni. Btw, lagu serta suara figura yang 'pelik' ini terlalu puitis buat sesiapa saja yang berkaitan.

Aku Sayang Dirimu

Amysha 21:05

Monday, March 1, 2010

TGNA Ikon Ulama - Amy


PETALING JAYA, 1 Mac:
Ikon rock tanah air, Amy Search menjadikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ikon ulama kerana mempunyai sikap kesederhanaan dalam kehidupan.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menyatakan demikian bagi menjawab pertanyaan pensyarah kanan UTM, Dr Azhar Yaacob sebagai pengerusi pada majlis forum yang bertajuk ‘Islam Untuk Semua’ anjuran Masjid Kota Damansara, dekat sini, malam tadi.

Turut menjadi ahli panel pada forum yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 itu ialah pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani.

Baginya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama yang amat dihormati dan mudah didampingi yang pernah menjemputnya ke Kelantan untuk menyampaikan ceramah kepada golongan muda.

Pendapat beliau itu turut disokong oleh bekas penyanyi kumpulan rock, Ringgo yang menghormati pendirian Menteri Besar Kelantan itu sebagai ulama.

Beliau turut membuat persembahan pada majlis tersebut dengan menyampaikan sebuah lagu berunsur Islam.

Sementara itu, Amy juga menyeru golongan ulama supaya mendampingi artis bagi mendorong ke arah yang lebih baik.

“Saya harap ulama, ustaz-ustaz dampingi kami (artis), tanpa ulama tegur kami, kita mungkin lalai,” ujarnya. - credit : Harakahdaily