Wednesday, December 31, 2008

TAHUN BARU Diharap Lebih Baik

ESOK, Lembaran 2009 akan terbuka untuk mengisi episod suka duka kita sebagai seorang manusia di bumi Allah SWT yang fana ini. Beberapa hari lepas pula kita baru sahaja menyambut Tahun Baru Islam 1430H yang menyaksikan beberapa peristiwa peperangan antarabangsa masih lagi menguasai ruangan dada-dada akhbar mutakhir ini. Segala-galanya bakal berterusan untuk tahun baru ini dan di harap beberapa perkara yang lebih baik akan terus memihak kepada kita.

Seperti biasa sebagai seorang yang baru menamatkan pengajian, semestinya saya mengharapkan agar saya di limpahi rezeki sama ada untuk menyambung pengajian mahupun mendapat pekerjaan. Di harap 2009 yang bakal menjelma juga dapat merubah segala perkara yang buruk kepada perkara yang baik-baik sahaja. Semoga tahun baru menjadi pemangkin kepada saya serta para sahabat untuk mencipta kejayaan dan seterusnya membahagiakan kedua ibubapa kita.

Buat semua sahabat2 & seluruh umat Islam, saya ucapkanSelamat Menyambut 1 Muharram 1430 Hijrah dan tahun baru 2009. Semoga Allah swt memberi kita kesihatan yg sempurna, dimurahkan rezeki,dipermudahkan segala urusan dan dipertingkatkan Iman, InsyaAllah..Hayatilah Maal Hijrah...

Satu Muharram
detik permulaan
Perkiraan tahun Islam
HijrahPerpindahan Nabi dan Umat Islam

Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan Iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban Harta dan Nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu Pengorbanan
Hijra itu Perjuangan
Hijrah itu Persaudaraan
Hijrah membentuk Perpaduan

Oleh itu, mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat
Tegakkan Syiar Islam
Untuk sepanjang Zaman

AM : Harap MU dapat mempertahankan kejuaraan pada 2009 & SEARCH dapat mengadakan 'Konsert Hijrah' untuk rakyat Malaysia!

Friday, December 26, 2008

RM800? Mengarutlah..!!

Assalamualaikum...

Life sekarang rasanya semakin stabil dan sangat-sangatlah happy bile dah dapat result. Syukur pada yang Maha Esa kerana memberikan saya semangat untuk terus menempuh hidup yang serba mencabar ini! Semoga saya bersama kawan-kawan sentiasa beroleh kejayaan dan kesenangan dalam hidup.


Lihat pada gambar di atas, sesiapa yang terlibat dalam majlis ini pasti akan mengingatinya kembali detik tersebut. Sekadar ingin membetulkan kekhilafan fakta bahawa kos yang di ambil untuk menyempurnakan event tersebut BUKAN RM 800 seperti yang di gembar-gemburkan!! Malah separuh dari jumlah tersebut pun tak sampai!! Saya cukup hairan bagaimana fakta serta khabar angin ini boleh tersebar. Apa motif anda sehingga mengatakan bahawa kos tersebut cukup tinggi seolah-olah saya terlalu 'gila' untuk mengadakannya.

Bukan untuk mencari gaduh mahupun berdendam, namun saya cukup kecewa bila sesuatu maklumat itu tidak disampaikan dengan betul seolah-olah telah membelakangkan saya untuk memberi kenyataan. Kepada 'pereka cerita' sila berhati-hati selepas ini kerana tiada sebab lagi untuk saya mendiamkan diri apabila keadaan sudah semakin buruk. Jangan cuba mempergunakan nama saya untuk memberitahu orang bahawa betapa 'sengkeknya' saya ini.

AM : Sekadar untuk membetulkan fakta yang silap..
Thanx to Puan Nahidah, Puan Mazlina & Puan Ruslaini kerana 'memberi' KEJAYAAN kepada saya. Semoga sentiasa di berkati!

Monday, December 22, 2008

Hidup Ini Indah Tapi..

Assalamulaikum...

Rasanya keputusan peperiksaan akhir untuk para pelajar UDM dah hampir keluar. Tak payah cakapla bagaimana gementarnya diri ini untuk mengetahuinya! Bayangkan jika anda berada dalam situasi yang cukup genting, tak lena tidur di buatnya. Tapi saya tetap redha serta terima apa sahaja yang bakal berlaku. Adatla dalam kehidupan, ada yang berjaya dan ada juga yang berduka. Setiap insan di uji dengan pelbagai ujian dan terpulanglah pada kita bagaimana untuk menyelesaikannya.

Ya, setiap manusia ada masalah cuma dalam situasi yang berbeza sahaja. Masalah terbesar saya pada masa sekarang adalah TENTANG MASA DEPAN. Saya telah di kelilingi oleh sahabat-sahabat yang berjaya dan gagal, dan saya dapat merasakan yang saya lebih akrab dengan teman yang berpaksikan kegagalan. Gagal bukan bermaksud dunia telah berakhir tapi gagal akan membuatkan kita berfikir betapa mencabarnya hidup ini. Kepada teman yang 'sehidup segagal', bersama-samalah kita mengemudi hidup ini agar tidak terus hanyut di hembus taufan 'GAGAL' yang menggila. Setiap manusia ada di janjikan rezeki oleh-NYA, namun kita mesti berusaha untuk mendapatkannya!

Ada orang yang mudah untuk mendapat apa yang di hajati dan ada yang cukup susah untuk mencapai impian seperti saya. Namun kita tidak boleh untuk berputus asa, ALLAH maha Adil dan DIA tahu apa yang kita tidak tahu. Saya doakan semua para sahabat akan terus mengecap kejayaan walau di mana jua kalian berada!

AM : TAHNIAH kepada Zaleha, Adhawiyah, Hidayat, Fatihah dan Assikin jika benar kalian adalah DEAN LIST (DL) untuk Law part 6! Satu 'amukan' yang cukup mengejutkan...

Thursday, December 18, 2008

Sinetron JELITA (Mulai 15 Disember / TV3)


Assalamulaikum…

Waduh-waduh, kena lagi gua ya dengan demam sinetron! Memang tak dapat di nafikan yang sinetron dari negara seberang amat memberikan kesan dan fenomena. Kali ini saya tertarik untuk menonton JELITA kerana Agnes Monica! Saya sebenarnya cukup mengagumi beliau untuk melakonkan watak yang memerlukan penghayatan yang tinggi ini. Agnes yang seperti kita ketahui seorang penyanyi yang cukup berbakat dan sekarang sedang popular menerusi lagu ‘Matahariku’.

Menerusi JELITA, kita dapat melihat beliau bermain dengan emosi dan kadangkala wataknya cukup tegas serta menghiburkan. Barisan pelakon lain pula tidaklah saya mengenali mereka sangat kerana jarang menonton sinetron ini. Sedari dulu lagi saya sememangnya selalu membayangkan wajah Agnes ketika menyampaikan lagu ‘Matahariku’ dengan penuh penghayatan. Lagi beremosi lagi cun la dia! Phee witt..

Sinopsis JELITA:

Jelita adalah seorang gadis yang cantik, ceria, bersemangat, berani, berjiwa sosiol tinggi,penolong, dan rela melakukan apa saja untuk membela sahabat-sahabatnya.Satu hal yang paling dibenci Jelita adalah orang kaya, karena sejakkecil Ibunya, Rima, selalu mengajarkan pada Jelita bahwa orang kaya itusombong dan selalu mementingkan dirinya sendiri, dan hanya akan membuatgadis miskin menderita. Sebenarnya Rima bukan ibu kandung Jelita. Ibu kandung Jelita adalahLaras, sahabat Rima.
Sebenarnya Laras adalah seorang wanita yang baikhati, tapi dia lalu tertipu oleh seorang pria kaya yang menikahinyacuma untuk mempermainkannya. Bahkan hubungannya dengan pria itu telahmenyebabkan kesalahpahaman, yang menyebabkan Laras terpaksa mendekam dipenjara selama belasan tahun. Laras berada di tempat yang salah padawaktu yang salah, sehingga menyebabkan dia menjadi tertuduh atasterbunuhnya suami Kartika, Rizal. Kartika yang mengira Laras adalah pembunuh suaminya sangatmendendam pada Laras.
Dia bersumpah tidak akan pernah memaafkan larasdan membiarkan laras hidup tenang. Bahkan dia tak henti-hentinyamendoktrin putra tunggalnya, Bayu, agar membenci pembunuh Papanya danseluruh keluarganya, bahwa dia tidak boleh berhubungan dengan mereka,apapun yang terjadi.Beberapa bulan setelah dia mendekam di penjara, Laras baru tahubahwa dia hamil. Tak ingin bayinya dibesarkan dalam lingkungan penjara,Laras pun memberikan bayinya pada Rima. Namun Laras meminta Rima merahasiakan soal Jelita pada semua orang.

Waktu berlalu. Jelita tumbuh menjadi gadis yang sangat cantik.Suatu hari, tanpa sengaja dia bertemu dengan Bayu. Tanpa mengetahuilatar belakang permusuhan keluarga mereka, kejadian demi kejadiandiantara mereka tak disangka-sangka malah
menyebabkan tumbuhnyabenih-benih cinta diantara mereka.Sementara itu, Rima yang sudah berumur mulai sakit-sakitan. Diamenderita penyakit parah yang tidak bisa disembuhkan lagi.
Dalambatinnya, Rima merasa tersiksa, karena dia masih menyimpan rahasiabesar yang tak diketahui seorangpun.Saat sakit Rima semakin parah, Rima pun akhirnya memutuskan untukmemberitahu suaminya, Rano. Tapi malang, belum sempat menyelesaikanperkataannya, Rima sudah keburu meninggal. Karena itu, informasi yangsampai di telinga Rano hanyalah kata-kata bahwa salah satu dari puterimereka bukan puteri kandung Rano. Rano menanggapi kata-kata Rima dalamarti yang berbeda, dia mengira isterinya telah selingkuh.
KekecewaanRano memicu konflik baru. Sikap Rano terhadap puteri-puterinya jadiberubah dingin dan menjauh karena dia mengira salah satu dari merekaadalah hasil perselingkuhan.
Bagaimanakah kelanjutan cerita ini? Apakah rahasia Rima padaakhirnya akan terbongkar? Bagaimanakah kelanjutan hubungan Bayu danJelita? Saat Kartika mengetahui hubungan mereka, apakah Kartika akanmenyetujuinya? Bagaimana reaksi Bayu saat mengetahui bahwa Jelitaadalah puteri dari orang yang sudah membunuh Papanya? Apakah dia tetapakan mempertahankan hubungannya dengan Jelita, ataukah berubahmembencinya?

Hehe.. so rumit la this sinetron. Ada orang cakap macam ROSALINDA, tapi kalu bab ciplak ni memang dah biasa sangat kita dengar. Anyway, take it sebagai hanya hiburan semata-mata. Untuk mereleasekan tension even saya pun tahu yang AL QURAN adalah hiburan terbaik untuk mendidik jiwa. Sorry la ‘violet ice’ kalau ini pun hiburan yang melalaikan!

Salam Isabel..

Sunday, December 14, 2008

Dari Kota Damansara Ke Setiu

Assalamulaikum..

Terima kasih yang tidak terhingga buat pemilik material ini AMY, Edrie Hashim, Neo Gendang, Kak Fatiha (TT), Post Office Chalok dan Posmen! Akhirnya Converse Special Edition saiz 6 UK ini telah berpindah milik dari kediaman Amy di Kota Damansara ke bilik saya di Setiu! Hehe..

Pemilik ini pernah memakai kasut ni masa ‘Konsert Gegar Raya bersama Search’ tidak lama dulu. Dalam poster kopi ‘Ali Guar’ juga, beliau di lihat memakainya. Kalau di ikutkan member, diorang suruh saya frame kan je kasut ni tapi saya rasa saya akan sentiasa memakainya!

Salam Converse

Wednesday, December 10, 2008

Nissan Fairlady 350z

Assalamulaikum..

Sukalah dengan kereta ni! Hehe.. Tapi saya sedar yang saya tak akan mampu untuk memilikinya. Rasanya memang tiada peluang langsung kot untuk memilikinya. Lain la kalau saya sekarang belajar kat oversea, sure bila balik dapat kerja best. Tapi saja nak bagitahu yang saya suka sangat dengan kereta ni! Selalu sangat dah tengok sekarang atas jalanraya, orang kampung pun ada sorang yang pakai (kontraktor), masa belajar kat UDM dulu selalu tak lepaskan peluang untuk tengok kereta ni dalam garaj sebuah rumah berhampiran kampus. haha..

Dalam hati memang la teringin nak memiliki tapi diri ini mesti SEDAR! Anyway, bila berbicara pasal kereta seat dua ni, teringat pula saya pada Hillary Ang (Gitaris Search). Masa berborak dengan dia kat Cheng Ho, saya tanya dia kenapa tak beli kereta macam Amy (BMW Z4), dia cakap Amy tu silap beli! haha.. Dia cakap tak praktikal la kalau seat ada dua je, Tak praktikal tu macam mana hah? hehe.. Hillary cakap dia tak minat. Lain orang lain taste kan?

Saya suka NISSAN FAIRLADY 350Z ni, lebih-lebih lagi white colour! Tapi saya rasa saya mampu dan nak pakai PROTON SAGA BML je pun ok la.. Doakan saya agar dapat pekerjaan yang baik-baik untuk masa depan. Kahwin? Muda lagi daa.. Tengok bola and konsert pun tak puas lagi.. Hehe, nanti kena bangun buat susu ank pula tengah malam, Nak tengok bola pun terganggu! (Betul tak Syukri Nazri? hehe..)

Salam Fairlady!

Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamulaikum...

Muktakhir ini kita telah di kejutkan dengan beberapa musibah dan dugaan yang telah melanda ke atas insan lain di bumi Malaysia yang tercinta ini. Dugaan yang di beri oleh-Nya itu hanyalah secebis sahaja jika hendak di bandingkan dengan pembalasan di Hari Akhirat kelak. Justeru sedarlah kita bahawa kenikmatan duniawi pada hari ini adalah bersifat sementara sahaja.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh umat Islam di dunia ini. Semoga hari-hari yang mendatang akan terus di berkati dan di rahmati oleh Allah SWT. Semoga hati kita semua akan terus cekal dan tulus untuk BERKORBAN demi diri sendiri, agama, bangsa dan negara! Semoga kita mengambil pedoman dari peristiwa Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang sangat mentaati perintah Allah SWT. Semoga segala urusan kita akan sentiasa di permudahkan-NYA.. Amin

Salam Aidiladha

Friday, December 5, 2008

Cakap Tak Serupa Bikin

Assalamulaikum..

Kenapa kita ada musuh dan kenapa kita perlu membenci seseorang? Dalam hidup saya, paling saya tak suka adalah orang yang yang mengata di belakang dan cakap tak serupa bikin. Sememangnya Rasulullah SAW sentiasa berpesan supaya kita mesti saling memaafkan dan sebagai manusia biasa kita pasti tidak lari dari kesilapan. Walaupun saya bahagia dan bangga apabila dalam persahabatan, namun ada juga perkara yang membuatkan hati saya terguris.

Hehe, bukan nak meluahkan perasaan ataupun mewujudkankan sentimen benci dan tidak puas hati, tetapi sekadar untuk memperingati. Kepada sahabat dan orang yang rapat dengan saya, jika anda rasa anda tidak cukup bagus lagi, janganlah 'ajar' dan kritik saya untuk jadi bagus. Jangan CAKAP TAK SERUPA BIKIN kerana orang pasti akan meluat! Sebagai contoh, kita menasihati seseorang supaya jangan terlalu excited dengan sesuatu perkara, namun tanpa kita sedari yang kita sebenarnya lebih excited dalam perkara tersebut! Kadang-kadang terdetik juga di hati ini, dia lebih banyak tahu tentang sesuatu perkara malah sesuatu maklumat yang aku tak pernah tahu pun dia tahu, tapi dia nak menasihati aku! Hish.. Hehee..

Kepada kawan-kawan yang saya sayangi, terima kasih di atas nasihat dan pandangan tetapi jangan menasihati jika anda pun insan yang perlu di nasihatkan kerana saya akan rasa MELUAT dan KETAWA TERBAHAK-BAHAK mengenangkannya. InsyaAllah, saya masih mampu jaga diri dan tidak lalai serta leka dengan duniawi ini. (Tazkirah Jumaat ke ni? Haha)..

Salam

Thursday, December 4, 2008

Monsoon Cup Kick Off Concert

Assalamulaikum..

Malam tadi saya telah meluangkan masa bersama dengan beberapa orang rakan ke Konsert Perasmian Monsoon Cup di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Kebetulan pula member DNS, bro Sharrul ada tugasan di KT, jadi dia juga turut berpeluang untuk bersama-sama saya pada malam yang boleh di katakan happening la juga. Antara artis yang membuat persembahan adalah Faizal AF, Heliza AF, Nadia AF, Mila AF, Nubhan AF, Dafi AF, Hattan dan Amy Search. Nabil Raja Lawak dan Mek Salam Pantai Timur juga memeriahkan suasana dengan lawak tahap cipan mereka! Hehe..




Pheewittt

Terima Kasih kepada bro Dalie (DNS) yang berada di Kuala Lumpur kerana berjaya mengaturkan pertemuan eksklusif saya dan bro Sharrul dengan Amy Search di khemah belakang pentas even saya yang terlebih dahulu tiba berbanding Amy (tiba dengan flight malam). Walaupun kepenatan dengan baru berlangsungnya majlis perkahwinan anaknya namun, Amy tetap profesional untuk bekerja. Ada beberapa perkara yang di bualkan bersamanya dan bro Sharrul juga ada memberikan beliau T shirt rasmi DNS yang baru di producekan olehnya. Thanx bro, semoga kita bertemu lagi di lain waktu!

Rock On!

Tuesday, December 2, 2008

Tahniah AMY (Episod 3)

Assalamulaikum..
Tahniah bro sebab anak gadis, NABILA HUDA bakal di ijabkabulkan dengan jejaka pilihannya pada hari ini (2 Disember 2008). Selamat mendapat menantu dan semoga cepat mendapat cucu dan menjadi DATUK yang paling otai!hehe..

Kepada Abil yang juga my ex girlfriend (haha), selamat pengantin baru! Semoga kebahagiaan kekal selamanya hingga hujung nyawa. jangan lupe bagi cucu dekat papa kamu. hehe.. Semoga kamu berubah menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.

P/S :
Tabik AMY sebab berusaha untuk menikahkan sendiri anaknya!

Bro Amy, jangan lupa nyanyikan lagu 'Fantasia Bulan Madu' untuk pengantin baru ni.. Phee wiittt!! C U at K.Trg malam esok..

Monday, December 1, 2008

Hembusan Tengkujuh


Assalamulaikum..

Setelah beberapa kali menulis entri menerusi telefon bimbit, kali ini saya berpeluang untuk menekan sendiri papan kekunci komputer ini. Ya, sememangnya dunia hari ini cukup canggih sehingga anda boleh memasukkan entri terus ke dalam blog menerusi telefon bimbit! Namun saya melakukan dengan cara sedemikian adalah di sebabkan kesuntukan masa untuk menghadap komputer atas beberapa urusan seharian yang sememangnya menjadi rutin hidup saya.


Apa yang pasti, sejak kebelakangan ini, saya kurang sihat kerana demam dan selsema yang masih belum kebah sejak beberapa hari lepas. Salah satu faktornya adalah di sebabkan cuaca yang tidak menentu pada masa kini. Untuk pengetahuan para sahabat yang berada di luar pantai timur, pada ketika ini negeri-negeri pantai timur sedang mengalami musim tengkujuh. Kalau sebut tengkujuh pasti musim hujan dah mula turun dengan gembiranya di Terengganu. Angin monsun timur laut sudah mula bertiup mengikut jadual alam, sehingga cuaca tengahari dan petang di Terengganu tak lagi cerah. Memang mencurah-curah hujan yang turun, dan kalaulah tak berhenti di beberapa hari, pasti melimpahlah air Sungai Setiu itu mencium jalan.

Dan faktanya adalah rumah keluarga datuk dan nenek saya sebelah ayah (Bandar Permaisuri) sudah pun di tenggelami air semalam. Setelah surut pada waktu tengahari dan cuaca panas mula membahangi bumi, hujan sekali lagi ‘menghembuskan’ airnya tanpa henti hingga ketika entri ini di tulis. Banjir di jangka terus melanda dan teringatlah saya semasa zaman kanak-kanak dulu. Bila sebut je dah nak bah, terus balik kampung dan sungguh teruja untuk bermain air hingga bersemangat membuat rakit menggunakan batang pisang dan tin-tin biskut. Pada zaman dulu,musim begini memang pesta lah. Hehe.. Tapi itu cerita dulu. Cerita dulu ni orang kata jangan di kenang, kalau di kenang mula la rasa sedih-sedih. Pada musim banjir kali ini saya hanya berkesempatan melihat dari jauh adik-adik dan sepupu bermain air. Memang tak terliur langsung la nak main, maklumla saya dah besar panjang. Dah kenal dan takut pacat dan lintah! Hehe..

Sebut saja musim tengkujuh ni, sesuatu yang pasti berlaku di negeri Terengganu adalah Kejohanan Kapal Layar Monsun Cup dan yang paling istimewa AMY SEARCH akan membuat persembahan pada malam perasmian 3 Disember nanti. Bolehla saya tanya beliau sendiri kenapa excuse masa semifinal baru-baru ini, barulah puas hati dapat jawapan dari mulutnya sendiri!hehe.. Tapi x sure lagi kedatangan Amy ke Terengganu kerana 24 jam sebelum itu majlis perkahwinan anak gadisnya di Kota Damansara. Nantilah saya minta pengesahan tentang kehadiran beliau pada hari sebelum perasmian, kerana tidak mahu mengganggu kesibukan beliau pada masa sekarang. Kepada BRO SHARRUL, if Amy jadi datang, jangan lupa tunggu kehadiran saya di KT. Hehe..

Semoga pawana tengkujuh terus menghembus dengan sempurna sambil kita semua terus memuhasabah diri untuk terus di berkati dalam bernafas di bumi milik Yang Maha Esa ini..


SALAM (credit thanx to SETIUKINI for pic)

Going To Glory, MU!


Assalamulaikum..
Fuh, cukup lega bila Manchester United menumpaskan jiran setempat Manchester City, 1-0 tatkala Arsenal terus bersikap 'pelik' apabila menang 2-1 ke atas Chelsea di Stamford Bridge!

Wayne Rooney mengotakan janjinya untuk 'mengajar' Man City dan kemenangan tersebut sememangnya melegakan peminat Man United agar merapatkan jurang dengan pendahulu liga dan seterusnya mencapai kejuaraan liga ketiga berturut-turut!

Semoga terus berjuang, Man U! Semoga terus mencabar Chelsea, Liverpool dan Arsenal!

Thursday, November 27, 2008

Ku Merindu


Salam sejahtera!
Tadi sambil-sambil belek pic dalam henset, terpandangla pic ini. Serius, rase macam nk mengalirkan airmata bila tengok pic ni. Nak bgtau satu je, saya RINDU kamu semua. Rindukan saat-saat sepanjang 3 tahun kita bersama. Sahabatku sekalian, semoga tidak sesekali di lupakan kenangan yang lalu kerana memori itu sungguh istimewa!

Love n miss you all, friends..

Wednesday, November 26, 2008

Tahniah AMY (Episod 2)


Rasanya perlu untuk saya mengucapkan sekali lagi tahniah buat figura berpengaruh Tanah Air ini atas KEBANGKITAN beliau untuk membersihkan reputasinya yang tercalar gara-gara saman terhadapnya atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak tiga tahun melecur terkena tumpahan tomyam panas. Pada petang tadi saya menerima SMS dari seorang rakan (dari KL) yang mengikuti permohonan penyanyi Amy Search, yang juga pemilik restoran Cheng Ho Chinese Islamic Seafood, untuk membatalkan saman terhadapnya atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak tiga tahun melecur terkena tumpahan tomyam panas.
Namun menurut beliau, Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 30 Jan depan bagi mendengar permohonan Amy. Tarikh itu ditetapkan setelah Hakim yang sepatutnya mendengar permohonan itu, bercuti kerana mengerjakan ibadat haji. Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, dalam permohonannya untuk membatalkan saman dan tuntuan itu mendakwa :
~Dia disaman atas kapasitinya sebagai individu dan bukan pengarah syarikat Iconhill Sdn Bhd.

~Beliau juga mendakwa Restoran Laksamana Cheng Ho tidak pernah wujud melainkan Cheng Ho Chinese Islamic Seafood yang ditadbir dan dimiliki oleh Iconhill Sdn Bhd.

~Nik Zahir Nik Mohd Idris, sebagai penjaga, juga tidak mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak kanak-kanak Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir selaku plaintif kerana tidak memfailkan dokumen-dokumen yang diperuntukkan mengikut Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1980, dakwa Amy lagi.

Pada 24 Sept lepas, Nik Muhammad Zakwan memfailkan saman dan tuntutan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil di sini melalui bapanya Nik Zahir dan menamakan Amy, sebagai defendan.Plaintif diwakili peguam Adnan Seman dan Nasrul Hadi Mat Saad sementara defendan diwakili peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Tahniah Dan Selamat Berjaya buat Amy dalam notis permohonan membatalkan saman ini dan menurut sumber terdekat beliau, kemungkinan Amy pula yang akan menyaman balik Plaintif atas dakwaan mencalarkan reputasinya dan Cheng Ho Chinese Islamic Seafood. Ingat Bro, Hattan pernah berpesan orang yang tamak pasti rugi, memaafkan adalah cara terbaik dalam perkara sebegini.
Salam

Tuesday, November 25, 2008

Tahniah AMY (Episod 1)

Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa ada 'episod' dalam entri saya kali ini. Ya, kerana selepas ini ada beberapa lagi ucapan tahniah yang perlu di beri kepada pemilik nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman ini. Untuk kali ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada beliau kerana single terbaru nya berjudul 'SONGO' ciptaan Edrie Hashim/Wan Farid telah berjaya layak ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik TV3. Beberapa jam selepas sidang akhbar untuk mengumumkan senarai lagu yang berjaya layak, kebetulan staf Neo Gendang ada menghubungi saya dan seterusnya memaklumkan bahawa lagu abang Amy berjaya layak untuk kategori ETNIK KREATIF!! (haha). Lagu lagu yang telah qualify untuk masuk Separuh Akhir Muzik Muzik adalah berikut:

CATEGORY ETNIK/KREATIF (9 malam, Jumaat 28 November)
Doa Dalam Lagu (Mawi & Heliza)
Lambaian (Fazli Zainal)
Dusta Berkalang (Aiman)
Persoalan Cinta (Farawahida)
Songo (Amy Search)
Panas (Ifa Raziah)
Pujangga Merindu (Syura)
Jarak Rindu (Azfar)
Puteri Tarian Kasih (Anis Aneesa)
Mengharap Sinar (Dior)

CATEGORY BALADA (9 malam, Jumaat 5 Disember)
Sampai Syurga (Faizal Tahir)
Bila Nak Saksi (Spider)
Dingin (Ziana Zain)
Sejauh Ini (Dina)
Teman Terulung (Anuar Zain)
Hanya Di Mercu (Ayu)
Ada Untukmu (Nubhan)
Tanpa (6ixth Sense)
Bila Terasa Rindu (Dafi)
Cinta Terhalang (Bob)
Cuba (Faizal Tahir)
Lagu Kita (Aizat)

CATEGORY POP ROCK (9 malam, Jumaat 12 Disember)
Kalis Rindu (Elyana)
Mila Bila Cinta (Mila)
Separuh Masa (The Lima)
Bukti (Fiq)
Cinta Si Rama-Rama (Hattan)
Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)
Yang Pernah (Estranged)
Mabuk (Spider)
Ku Merindu (Shah & Ella)
Aku Lebih Tahu (Mila)
Aku Stacy (Stacy)
Rimas (The Fabulous Cats)

Untuk separuh akhir, pemilihan ke Juara Lagu akan dibuat secara pemarkahan yang akan diberi oleh panel juri profesional, dah bukan sms. (Professional jury marks only.)

Hanya empat lagu dari setiap kategori akan berjaya dipilih untuk bertanding di Juara Lagu tahun depan (18 Januari 2009).

Well Done, Bro AMY! Hope tak tarik diri lagi macam beberapa tahun lepas..Pheewittt!!!!!

Monday, November 24, 2008

Rangkaian Sosial Internet


ARTIKEL INI DI PETIK 100% DARIPADA(http://halfsheet.blogspot.com/)

Saya tertarik dengan artikel blogger Tawel Sensei mengenai kempen menjauhi friendster. Dalam blognya beliau mengulas mengenai soal persahabatan iaitu seorang sahabat tidak akan berpisah walaupun jarak beribu batu dan selama mana masa berlalu. Pendapatnya mengenai tiada kemanisan dalam bersahabat sangat saya setuju. Tiada erti perpisahan, kesedihan dan kegembiraan.

Saya juga pernah menyertai friendster tetapi keluar atas sebab yang saya sendiri tidak dapat terima perihal pelaku saya. Pada mulanya penyertaan saya adalah sekadar bersuka-suka sehinggalah sampai ke tahap saya dan kawan-kawan bertanding siapa yang dapat mencari teman rangkaian sosial wanita sebanyak mungkin sehingga saya sanggup terjebak dalam friendster yang mengiklankan seks. Bukan setakat itu, saya meneroka ke rangkaian sosial lain seperti myspace, facebook dan bebo. Selepas daripada itu saya sedar dan menamatkan friendster saya.

Friendster juga bukan sahaja digunakan untuk mencari teman sosial tetapi peluang bagi mereka untuk mempopularkan diri masing-masing. Saya tidak menafikan kebolehan rangkaian sosial ini digunakan untuk mencari teman-teman lama, malah saya sendiri pernah berhubung dengan kawan lama tetapi disebalik itu, rangkaian ini telah disalahgunakan dengan meletakkan gambar yang berpeluk cium. Bagi saya amat memalukan lebih-lebih lagi apabila sahabat lama saya yang terkenal dengan lemah lembutnya sendiri melakukannya. Hilanglah rasa hormat saya kepadanya.

Dalam tidak sedar friendster boleh memberi satu impak kepada seorang sahabat. Bagaimanakah jika teman sosial anda meninggal dunia?. Bagi sahabat adakah mereka sanggup menatap kenangan sahabat yang telah pergi selamanya?

Saya juga ingin memberi peringatan bahawa gambar anda dalam friendster diambil oleh orang lain. Bagaimana saya tahu?. Saya terjumpa satu forum dimana ahlinya mempetaruhkan gambar-gambar dari friendster. Gambarnya juga dalam keadaan memalukan sehingga ada gambar yang menunjukkan lurah. Dan ada diantaranya gambar yang saya kenali.

Saya sendiri tidak membenci friendster malah saya akui rangkaian sosial ini adalah cara yang paling baik untuk mencari sahabat tetapi kita sebenarnya telah melebihi batas sebagai seorang muslim. Cuba anda fikirkan semula apakah tujuan asal penyertaan anda ke dalam friendster.

P/S Amshyar : Credit Thanx to AMAR atas artikel ini, harapan saya agar para sahabat sekalian
dapat memanfaatkannya untuk perkara yang baik..Salam

Friday, November 21, 2008

Tiada Lagi ‘C-4-2’


Salam sejahtera,
Rasanya tidak sempurna hidup ini seandainya saya tidak memasukkan entri mengenai 1001 kisah ‘C-4-2’ sepanjang kira-kira lebih 4 bulan menetap di situ. Di labelkan sebagai antara apartment paling besar dan mewah dalam IPTA Negeri Terengganu, cukup berat rasanya hati ini untuk meninggalkan tempat tinggal kedua saya itu. Kenangan yang tarsulam indah bersama para sahabat ketika belajar, ketawa ria ,jua berduka masih tersemat jelas di sanubari ini.
Di huni oleh 12 insan yang boleh di katakan ‘hampir’ satu kepala (hampir kerana tidak semuanya sekepala), apartment tersebut sentiasa ‘gegeriuh’ dengan setiap bunyian yang lahir dari segenap penjuru. Setiap bilik mempunyai PC yang di lengkapi dengan speaker yang besar dan berkualiti tinggi (jika di pasang, hampir menyamai kualiti pentas karaoke), yang membuatkan tiada waktu sepi yang menjelma. Mempunyai ruang ampaian yang luas (juga kadang-kadang menjadi tempat menghisap shisa), ruang beranda yang setia menjemput lambaian angin yang menderu nun jauh di tingkat empat serta dapur yang sederhana di lengkapi dengan sink.
Paling mengharukan saya apabila menjejak kaki ke apartment tersebut adalah para penghuninya tidak pernah lupa untuk merapatkan saf bagi menunaikan solat secara berjemaah sepanjang 5 waktu sehari semalam. Bukan mahu mendabik dada, bukan mahu menwar-war kan amal ibadat, namun pada saya situasi yang di praktikkan ini perlu terus di lakukan sepanjang hidup seandainya kita tahu kelazatan ‘berjemaah’ tersebut. Kadang-kadang hati ini sungguh terasa malu seandainya terlewat untuk menunaikan solat seandainya sudah menjadi penghuni apartment tersebut. Terima kasih para sahabat atas perubahan yang di lakukan!

Salah satu perkara yang saya ingati adalah ketika bulan Ramadhan yang lalu apabila tibanya waktu berbuka puasa, kami 12 orang pasti akan tidak lupa untuk berbuka bersama-sama di ruang beranda. Sungguh pantas rasanya perkara itu berlalu pergi dan pasti ia tidak akan terjadi lagi pada diri saya pada masa akan datang. Kali pertama tinggal di apartment setelah hamper 10 tahun tinggal di asrama membuatkan saya tidak pernah untuk melupakan apa yang telah di anugerahkan kepada saya terutamanya para sahabat sekalian.

Kepada FADHIL, HANAFI, FAIZAL, SHAZNI, HIZWAN, AMIRUL, AFENDI, SIR FARAHI, ZUNNUR, U-DI, DAN BASYIR – Kamu semua adalah yang terbaik dari yang terbaik pernah saya miliki! Kenangan yang tercipta antara kita pastinya sesuatu yang amat berharga dan tidak sesekali saya melupakannya sehingga di jemput olehNyA kelak. Pada masa yang akan datang, meskipun saya tidak mempunyai banyak kelapangan, pastinya saya tidak akan lupa untuk terus ‘menziarahi’ kalian di apartment tersebut. Bolehlah kita makan char kuey tiaw dekat EBByS sambil tengok Chelsea kena belasah.. hehe..

Wassalam..

Budak-Budak Law Itu

Berbicara tentang undang-undang (LAW) dan studentnya kadang-kadang menuntut anda supaya berfikir beberapa kali agar ia tidak mengundang sebarang kontroversi dan konflik. Anda harus ingat bahawa perkara yang anda perkatakan ini adalah melibatkan insan yang petah berkata-kata dan mempunyai daya pemikiran yang tajam dan bisa menghunus sekiranya tidak kena cara! Hehe.. Pernah beberapa kali terjerumus dalam permasalahan yang tidak di sengajakan sebelum ini telah mengajar saya supaya lebih berhati-hati di dalam merencanakan perhubungan.

Student Law UDM terdiri daripada kursus diploma dan ijazah, dan saya sendiri mempunyai ramai sahabat di kalangan mereka. Ramai yang saya temui membuat andaian bahawa student Law ada dan ramai yang besikap angkuh dan sombong, adakah kenyataan tersebut lahir berdasarkan fakta dan bukti ataupun mainan emosi semata-mata? Ya, ada yang kelihatan angkuh namun anda semua harus menerima kenyataan yang semua kursus mempunyai pelajar sedemikian! Bukan mahu menegakkan benang yang basah, namun kita harus akui bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan. Saya sendiri akui bahawa pernah terkena penangan ‘keangkuhan’ student Law ni, namun apabila kawan-kawan yang lain juga bersungut tentang perkara yang sama, saya mula berfikir mungkin inilah harga yang perlu di bayar setelah menjadi sebahagian daripada Law!

Sepanjang persahabatan saya dengan student Law, saya mendapati bahawa tahap kesabaran yang tinggi di perlukan untuk menangkis setiap asakan yang menjelma di depan mata. Namun harus ingat bahawa di dalam kehidupan ini, kita melalui beberapa fasa yang adakalanya menggembirakan dan mengecewakan. Saya tetap menghargai kalian (student Law) semua, dan merasa bangga apabila berada di kalangan kalian. Bagi saya, ukuran tentang kebaikan seseorang adalah sangat subjektif dan anda perlu ingat bahawa ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’. Teruskan perjuangan kalian semua dan semoga kalian semua berjaya dalam kerjaya yang di idamkan. Di harap ada yang dapat memberi perkhidmatan guaman yang percuma untuk saya bila saya amat memerlukannnya kelak. Hehe..

Terima Kasih yang tidak terhingga buat – ZALEHASIAH SAYANG, Syazrin, Halumi, Fatihah, Adhawiyah, Hidayat, Assikin, Ainul, Nurul Ain Aima, Amar Arafat, semua student Law sem 5 2008 dan semua student Law (degree) yang kenal diri ini. Semoga mendapat balasan baik di atas kerjasama yang di berikan dan selamat maju jaya dalam kehidupan akan datang. Maafkan saya sekiranya tulisan ini ‘salah’ di mata kalian dan maafkan saya juga di atas sebarang kekhilafan yang berlaku sebelum ini..Salam Undang-Undang..

P/S : Thanx HALUMI di atas penghargaan yang di persembahkan ke atas saya dalam
video CD baru-baru ini ( Hebat sungguh kamu ye! )

Tuesday, November 18, 2008

Sedang Ingin Berpisah


“Mengapa kita berjumpa.. Namun akhirnya terpisah..”

Bait-baik lirik lagu Isabella ini seringkali bermain di telinga kita selaku salah sebuah lagu ‘mesra telinga’ buat rakyat Malaysia. Apa yang ingin di sampaikan pada entri kali ini adalah tentang sebuah perkataan PERPISAHAN yang tidak ingin kita hadapi namun pasti kita akan harungi jua pada suatu hari. Setiap yang bermula pasti akan berakhir namun tidak semua mengetahui bilakah perpisahan itu bakal menjelma ke atas diri masing-masing.

Kenangan demi kenangan menjelma kini dan pasti semakin sukar untuk di lupuskan dalam ingatan masing-masing. Kenangan di bumi KUSZA @ UDM ini sememangnya amat bernilai buat diri saya dan pastinya saya akan hargainya hingga hujung nyawa. Kenangan inilah yang mematangkan saya, menjadikan jiwa saya lebih dewasa, lebih yakin untuk menempuh hidup di hari sukar kelak. Lebih tiga tahun memerah keringat untuk mencari sekelumit ilmu, di sisi saya juga hadir para sahabat yang cukup saya sayangi. Namun kenangan yang terpahat itu pasti tidak dapat di rencanakan dengan lebih lama lagi kerana kita pasti akan berpisah jua.

Kepada para sahabat yang di hargai, terutamanya rakan sekelas DIA 2005-2008, semoga kalian semua mendapat kejayaan yang di idamkan. Pada teman-teman sebilik dan serumah, yang masih kekal pada semester depan, teruskan perjuangan anda. Jangan berputus asa untuk mencapai impian dan kejayaan yang di cari kerana Allah swt sentiasa di sisi kalian. Mohonlah kepada-NYA seandainya anda memerlukan pertolongan kerna DIA Maha Mengasihi. Para sahabat daripada cabang-cabang lain yang pernah mempunyai kaitan dengan saya tidak kira la sama ada yang bersifat sementara mahupun kekal selamanya, terima kasih di atas jalinan persahabatan yang di hulurkan kalian.

Semoga semuanya selamat untuk melayari bahtera kehidupan yang serba mencabar ini. Perpisahan yang bakal berlaku pastinya terselit 1001 hikmah yang kita sendiri sukar untuk menafsirkannya. Kehidupan ini di ibaratkan seperti mengemudi sebuah sampan, adakalanya sampan tersebut melalui arus yang deras dan kadangkala perlahan. Terpulang la pada kita bagaimana cara untuk mengemudi sampan tersebut. Tidak salah untuk kita mempunyai cita-cita dan keazaman yang tinggi namun kita mesti tahu di manakah tahap sebenar diri kita. Jika besar, besarlah kita dan jika kecil maka kecillah kita.

Sahabatku yang di sayangi, ampunkan segala kekhilafan yang pernah mengguris hati kalian, semoga perpisahan ini suatu titian untuk kita lebih maju pada masa hadapan. Insyaallah, kita akan bertemu lagi di waktu lain kelak meskipun kita sendiri tidak tahu bilakah pertemuan semula itu akan menjelma.

Salam Perpisahan

Saturday, November 15, 2008

Selamat Berangkat, Tetamu Allah

Salam sejahtera dunia..
Pada pagi Khamis yang lepas, ketika melalui Jalan Gong Badak-Batu Enam saya cukup terkejut dengan permandangan luar biasa berhampiran dengan pagar Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Sungguh ramai manusia menanti dengan penuh debar penerbangan pertama jemaah haji Pantai Timur dari Kuala terengganu ke Jeddah.

Ingatkan ada berlaku kemalangan di laluan tersebut kerana ia cukup sesak dengan sanak saudara para jemaah yang melihat dari jauh kapal terbang tersebut yang ingin berlepas.

Saya juga mengambil kesempatan untuk ‘join’ sekali melihat penerbangan bersejarah itu dan hati ini merasa cukup sebak bila melihat ada di kalangan mereka yang menangis mengenangkan ‘perpisahan’ sementara yang bakal berlaku antara keluarga para jemaah. Di khabarkan sebelum berlepas, para jemaah haji berkumpul di Kompleks Sukan Negeri Terengganu sebelum mereka di bawa menaiki bas ke lapangan terbang. Sungguh bertuah rakyat Malaysia amnya dan rakyat Terengganu khususnya apabila mereka berpeluang melakukan penerbangan terus dari negeri sendiri hingga ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji. Sebelum ini, semua jemaah haji akan berkumpul di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, sebagai pusat transit, sebelum dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk berlepas ke Mekah dan Madinah. Ia adalah satu kemudahan untuk mengelakkan jemaah haji, terutamanya mereka yang dari golongan berusia, daripada mengharungi perjalanan jauh antara negeri masing masing dan Kuala Lumpur. Di sebalik penerbangan tersebut juga, tersergam sebuah lapangan terbang yang cukup besar dan menarik mata bagi setiap yang memandang.

Alhamdulillah kerana kalian (para jemaah) di bukakan jalan untuk ke sana dan ucapan tahniah daripada kami semua rakyat Malaysia. Doakan agar kami juga berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sana satu hari nanti. Saya mendoakan agar segala-galanya berjalan dengan lancar dan semoga para jemaah mendapat Haji yang Mabrur.
Selamat menunaikan haji, selamat pergi dan selamat kembali!

Tuesday, November 11, 2008

Daulat Tuanku!!!


Kira-kira sebulan yang lepas, berlangsungnya majlis pelancaran sambutan ‘ 3 Abad Kesultanan Terengganu ‘ yang menyaksikan beberapa program telah di atur oleh pihak Kerajaan Negeri dengan kerjasama beberapa badan yang lain. Antara aktiviti-aktiviti yang di adakan adalah’Pelancaran Buku:Dirgahayu Tuanku’, ‘Persidangan Antarabangsa 3 abad Kesultanan Terengganu’ dan ‘Pameran 3 Abad Kesultanan Terengganu’. Majlis ini telah di sempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 13 Oktober2008 bertempat di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.
Semalam, sebagai seorang rakyat Terengganu yang cintakan negeri (cheewahhh), saya dan seorang teman telah berpeluang untuk melihat sendiri sejarah Kesultanan Terengganu menerusi program ‘Pameran 3 Abad Kesultanan Terengganu’ bertempat di Muzium Negeri yang berlangsung dari 13 Oktober 2008-31 Disember 2008. Tiba di Muzium sekitar jam 12.30 tengahari, ramai pengunjung terutamanya pelajar sekolah yang telah mengikuti pameran tersebut. Dan lebih mengejutkan ketika berada di sana, telah tiba rombongan pelajar tingkatan 6 dari sekolah berhampiran rumah saya (SMK Chalok) yang menyebabkan saya telah di tegur ‘bertubi-tubi’ oleh mereka yang mengenali saya (mungkin kerana saya adalah cucu Haji Mat Zin kot).
Pameran tersebut amat menarik minat penduduk negeri dan bagi yang meminati sejarah, inilah medium terbaik anda untuk melihat dan mengkaji sendiri sejarah’ 3 Abad Kesultanan Terengganu’ bermula dari sultan yang pertama sehingga ke ceritera Pemangku Raja pada masa kini. Galeri yang di persembahkan bermula dari pintu masuk muzium tersebut telah memaparkan berbagai-bagai catatan peristiwa penting Kesultanan Terengganu serta beratus-ratus gambar yang klasik dan terkini untuk menjadi tatapan umum. Sememangnya anak muda pada zaman sekarang amat sukar untuk mendekati program sebegini, namun yang pasti pameran ini di jangka boleh menarik minat mereka berdasarkan dekorasi serta susunan gambar yang amat mempersonakan bagi setiap yang memandang.

Justeru itu, tidak rugi sekiranya anda meluangkan masa untuk mengikuti pameran tersebut kerana ianya cukup bermanfaat untuk di jadikan sebagai ilmu pengetahuan dan rujukan pada masa hadapan di samping dapat menenangkan fikiran setelah penat membuat tugasan seharian. Sepertimana yang kita ketahui, Muzium Negeri Terengganu merupakan muzium yang terbesar di negara ini dan anda boleh ‘mengembara’ ke serata pelusuk bangunan yang indah itu untuk melihat sejarah-sejarah lain mengenai negeri Terengganu serta pelbagai galeri ilmu seperti Galeri Petroleum, Galeri Ilmu Kejadian dan Galeri Islam.



Saya berharap agar negeri Terengganu akan terus ‘Di pelihara’ oleh Allah swt dan kita semua akan sentiasa di berkati oleh-Nya...Wassalam..


Monday, November 10, 2008

Duniasearch.com (DNS)

Salam Rock n Roll buat lu semua!

Hehe, pada kali ni aku (biasanya saya) nak berbicara tentang sebuah komuniti yang cukup aku sayangi dan aku begitu bangga bila dapat menjadi salah seorang daripada komuniti tersebut. DUNIASEARCH.COM (DNS) di tubuhkan pada Mei 2006 dan menerusi website tersebut, ahli-ahlinya dari serata dunia dapat menatap dan mengetahui dengan lebih jelas sejarah, info-info album, gambar, video klip serta banyak lagi yang berkaitan dengan kumpulan muzik rock paling berjaya di Malaysia iaitu SEARCH!

Menerusi DNS juga, ahli-ahlinya dapat bersembang dan bertukar-tukar pendapat serta pandangan mengenai kumpulan SEARCH melalu laman forum yang di sediakan. Dan melalui forum ini la, aku mempunyai sahabat dari seluruh pelusuk Malaysia termasuk dari Singapura! Mereka sememangnya mempunyai knowledge yang begitu kuat mengenai Search dan dunia rock n roll. Lebih menguja dan mengejutkan aku lagi apabila melihat sendiri artikel-artikel, poster serta gambar-gambar lama yang di simpan rapi oleh mereka semua sejak zaman awal 80-an dan di paste kan semula di dalam forum tersebut! Bayangkan, masih ada material yang elok kualitinya meskipun ketika ianya terbitkan, aku masih belum melihat dunia. Bila aku fikirkan balik, rupa-rupanya begitu ramai insan yang ‘menggilai’ Search daripada diri aku yang sememangnya sudah ‘gila’ ini meskipun mereka telah berkeluarga dan mempunyai anak-anak..hehe..

DNS juga bukanlah komuniti yang sekadar melepaskan batuk di tangga, kerana pelbagai aktiviti telah di jalankan semenjak ia di tubuhkan. Aktiviti jamming sudah menjadi kemestian apabila berkumpul, manakala DNS juga telah menerbitkan pelbagai cenderahati seperti t-shirt, sticker dan banyak lagi mungkin pada masa akan datang. Menunggu ‘SEARCH Anniversary Concert’ dengan penuh kesabaran, DNS juga telah berjaya menganjurkan pelbagai event dan yang terbaru adalah majlis berbuka puasa bersama Search bertempat di Cheng Ho Chinese Islamic Seaafood Restaurant. Melalui forum DNS juga, Search telah menyatukan kami dan semoga ukhwah yang terjalin ini dapat terus kekal selamanya!


P/S:
-Kepada bro WIRA (manager), selamat maju jaya apabila memulakan hidup baru di Arab Saudi nanti apabila berangkat 15 Nov ini.
-Selamat pengantin baru buat couple DNS, Manuk dan NIGINA yang akan melangsungkan perkahwinan pada 23 Nov ini di Putrajaya. Semoga kebahagiaan sentiasa bersama anda dan terima kasih di atas undangan meskipun nun jauh di sini.hehe..

‘SEARCH MENYATUKAN KITA’

Wassalam..

Sunday, November 9, 2008

Dari UDM ke DUBLIN



Saban tahun kita sering perasan bahawa ada insan yang hadir dalam hidup kita dan ada juga yang meninggalkan kita. Sama ada ‘peninggalan’ tersebut dalam tempoh yang singkat mahupun kekal selamanya, hanya DIA yang Maha Mengetahui. Berbicara tentang perpisahan memang menyakitkan namun terpaksa juga kita tempuhi seandainya masa yang menetapkan bahawa kita mesti terpisah.

Bukan soal perpisahan yang ingin saya kongsikan pada kala ini, namun ingin ingin saya menterjemahkan bahawa betapa bangganya saya bila ada sahabat yang mencapai kejayan dan sedang menuju ke puncak kejayaan! Kursus Diploma Perakaunan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) kampus Kusza 2005-2008 menyaksikan dua insan di sebaliknya sedang menuju ke puncak kejayaan walaupun berhadapan dengan perkataan PERPISAHAN. Perpisahan yang membawa kebaikan dan perpisahan yang bakal membawa kejayaan.

RASHIDAH BT RADZALI dan NORAISHAH BT ZAINUDDIN telah membuktikan pada dunia bahawa mereka juga mampu mencipta kegemilangan sepertimana orang lain yang telah berjaya. Pada September lalu, mereka berdua dengan hati yang tenang telah meninggalkan bumi Malaysia untuk melanjutkan pengajian mereka di Griffith College, Dublin, Ireland! Sebagai bekas rakan sekelas mereka, saya ingin menyatakan bahawa saya amat berbangga dengan pencapaian kalian dan saya berharap kalian terus utuh untuk mencapai kejayaan yang di idam-idamkan!

Tinggalkan tentang mereka berdua kerana yang pasti mereka akan pulang dengan kejayaan. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan TAHNIAH pada semua rakan sekelas DIA 05-08 yang telah berjaya menamatkan pengajian diploma ini dan semoga kalian semua akan terus berjaya dan berjaya hingga akhir nanti. Andai kejayaan tidak bersama anda, janganlah berputus asa kerana kejayaan sentiasa bersama orang-orang yang sabar dan Allah swt tidak akan memungkiri janji-Nya pada yang berusaha (nasihat daripada seorang sahabatku, TQ oggy_dream@yahoo.com).

Salam Persahabatan, Salam Kerinduan, Salam ‘Tentang Bulan’

Cheng Ho Itu Milik Ikon

Salam sejahtera..
Kali ini ingin saya kongsikan bersama kalian tentang sebuah premis yang bernama ‘CHENG HO CHINESE ISLAMIC SEAFOOD RESTAURANT’ milik seorang ikon rock tersohor tanah air, Suhaimi. Di buka pada awal April lalu, restoran yang menerima sentuhan dekorasi Arwah Jalil Ngah ini merupakan antara premis perniagaan yang paling popular di Malaysia dek kerana publisiti yang meluas dari media massa atas berkat kesungguhan pemiliknya itu untuk menceburi bidang perniagaan. Suhaimi yang kita kenali dulu sememangnya mempunyai hati yang cekal untuk mencapai kejayaan dalam industri muzik Tanah Air.

Berbalik kepada Cheng Ho, sudah tiga kali saya berkesempatan untuk menjamu selera di restoran tersebut semenjak ia di buka. Rasanya tidak perlu la untuk saya menceritakan tentang apa yang ada pada restoran tersebut kerana ianya terlalu popular untuk rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi kegemparan yang di cetuskan oleh seorang budak lelaki berusia 3 tahun melalui bapanya telah menyaman Suhaimi akibat satu insiden yang tak di sengajakan di restoran tersebut beberapa bulan lepas.

Berteraskan masakan laut cina, Suhaimi memberitahu amat sukar untuk muslim mencari yang halal bagi makanan tersebut. Justeru, dengan modal yang boleh juga di katakan besar serta percaya bahawa bisnes makanan boleh membawa keuntugan, beliau terus cekal dan tabah untuk memajukan perniagaan tersebut walau berbagai dugaan yang melanda. Menurut Suhaimi, restoran yang beroperasi di Wangsa Maju itu mungkin akan di kembangkan ke cawangan-cawangan lain termasuk di luar Kuala Lumpur! Apa yang pasti, restoran tersebut terus di kunjungi orang ramai pada saban hari dan semestinya ia pasti akan meningkatkan mutu servisnya demi mengekalkan fenomena ini. (pic credit to budiey)
Kepada Suhaimi, selamat maju jaya di ucapkan dan semoga anda terus success dalam bidang perniagaan. Adakah Cheng Ho Restaurant cawangan Pantai Timur akan wujud? Hanya Suhaimi mampu menjawabnya, hehe..
Wassalam

p/s : untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi 0341496094

Glory-Glory Rafael


Salam Semua..
Pagi Ahad yang sepatutnya menjadi pagi-pagi yang indah sebelum ini terpaksa di terjemahkan menjadi sebaliknya kerana tewasnya pasukan Manchester United (MU) di tangan musuh London, Arsenal..Bagi saya inilah pasukan sebenar yang menjadi musuh tradisi MU sejak tirai 90-an berbanding dengan Liverpool dan Chelsea kerana pertembungan dengan Arsenal sentiasa menjadikan ia sebagai sebuah pentas yang cukup dramatik, panas dan mendebarkan setiap yang menonton.

Bertempat di Restoran Siang Malam, Gong Badak berhampiran dengan UDM ini, suasana menjadi semakin hangat tatkala permainan berusia 80 minit kerana menantikan MU menjaringkan gol penyamaan. Namun kehampaan jelas terbayang pada setiap riak wajah penyokong MU yang menanti penuh bersemangat walaupun masa kecederaan di tambah selama 6 minit! Ya, baru November dan Liga Perdana Inggeris memang akan tamat pada April atau Mei 2009, namun kekalahan kepada Arsenal mengundang resah buat para penyokong MU kerana untuk menjulang kejuaraan liga, anda perlu menewaskan pasukan-pasukan gergasi!

Tapi saya yakin bos MU, Sir Alex Ferguson masih belum menekan butang panik kerana beliau sememangnya cukup masak dan berpengalaman untuk menangani tekanan dalam saingan liga. Tidak mahu mencampuri urusan taktikal dan pengurusan beliau, kerana sedar hanya individu ini yang bertanggungjawab membawa kegemilangan pada MU sebelum ini, namun di sebalik kekalahan yang tercipta di gelora Emirates malam tadi telah terbitnya sebutir bintang yang bakal begemerlapan –RAFAEL DA SILVA!

Baru berusia 18 tahun, anak muda yang berasal dari Brazil ini pada mulanya di rasakan cukup sangsi untuk beraksi bersama MU pada saingan Liga Inggeris. Namun atas keazaman yang kuat untuk membina nama sebagai antara empayar penting MU, Rafael nyata tidak mempersia-siakan peluang yang di berikan oleh pengurus apabila tidak menunggu lama untuk menggegar jaring walaupun beraksi sebagai pertahanan kanan selepas ketinggalan 0-2 oleh jaringan Samir Nasri. Mempunyai sifat kerajinan yang tinggi, tidak berputus asa untuk mendapatkan bola serta memiliki kawalan bola yang menakjubkan (mungkin kerana dia adalah Brazilian), Rafael di jangka akan mudah mendapat tempat dalam kesebelasan utama MU pada masa akan datang.

Ketinggalan 1-2 pada Arsenal kekal hingga tamat permainan yang menyaksikan Mikael Silvestre berjaya menumpaskan kelab lamanya dan paling penting, Rafael telah berjaya memberitahu dunia bahawa beliau juga adalah bakal bintang setelah jaringan cantik yang di lakukan di hadapan penyokong Arsenal malam tadi.

Semoga MU akan terus berjuang untuk kejuaraan dan semoga kita semua akan sentiasa di permudahkan urusan oleh Allah swt dalam kehidupan seharian..Wassalam..

Saturday, November 8, 2008

Memoria Ittifaq


Sejarah Penubuhan
Idea penubuhan sekolah ini diilhamkan oleh Tuan Guru Hj Abbas bin Hj Mohamad. Beliau merupakan ulama terkenal di negeri Terengganu Darul Iman. Menurut bekas pelajarnya, Ustaz Salleh bin Hj Daud, sekolah ini bermula di sekitar tahun 1930-an. Pada masa itu, jumlah pelajarnya tidak sampai 100 orang. Mereka dating dari seluruh negeri Terengganu dan beberapa orang luar seperti Sabak Bernam, Selangor. Sekolah ini dinamakan Madrasah Nurul Ittifaq (Sekolah Cahaya Muafakat) sebagai lambang permuafakatan orang ramai membina sekolah tersebut. Mata pelajaran yang diajar pada masa itu ialah mata pelajaran agama sahaja yang diajar dalam Bahasa Arab.
Tenaga Pengajar
Tanggungjawab untuk mentadbir sekolah diserahkan kepada Ustaz Mustafa Labib bin Hj Yazid yang berasal dari Ranau, Palembang, Sumatera. Beliau dibantu oleh Ustaz Daie juga dari Sumatera, dan Ustaz Abdul Rahman dari Cherang Ruku, Semerak, Kelantan untuk membimbing masyarakat Besut ke arah pendidikan agama yang sistematik.
Lokasi sekolah
Tapak awal madrasah ini ditempatkan berhampiran dengan Bank Pertanian iaitu persimpangan empat ke Pekan Kuala Besut, kemudian ke Jalan Mek Su Mek. Disebabkan kurang sesuai, sekalai lagi madrasah ini dipindahkan berdekatan Surau Tok Sheikh, Kuala Besut. Pada tahun 1958, bangunan sekolah didirikan di kawasan panatai iaatu di tapak perhentian bas, Kuala Besut secara gotong-royong masyarakat kampong. Apabila Ustaz Mustafa Labib bin Hj Yazid kembali ke Ranau, Palembang, madrasah menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar. Implikasinya, pengajian madrasah tersebut tergendala hampir empat tahun.
Pemulihan Madrasah Nurul Ittifaq
Atas kesedaran masyarakat tempatan, madrasah tersebut dibuka kembali. Tokoh yang bertanggungjawab termasuklah pemimpin tempatan Kuala Besut iaitu Wan Ali Wan Yusof, Haji Wan HAshim, Che Lah Ad dan Che Ku Jusoh. Seorang guru agama dilantik untuk menguruskannya. Menurut bekas pelajarnya, Ustaz Salleh bin Hj Husin telah dilantik menjadi pengetua. Beliau dibantu oleh Wan Ahmad, Ustazah Khatijah dan Che Ku Abdul Rahman bin Abdullah.
Pada tahun 1981, sekolah ini telah diletakkan di bawah Tadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu. Semenjak tarikh itu, system pendidikan ketika itu diubah mengikut sistem sekolah agama dan sekolah Arab yang ditadbirkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
(di petik dari website http://www.smkani.net/)

Salam..
Seperti apa yang terpapar pada frasa-frasa di atas, saya dengan merasa bangganya ingin menyatakan bahawa saya merupakan seorang daripada beribu-ribu belajar yang pernah menuntut ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq (SMKANI). Bermula pada tahun 2000 hingga 2004, menjadi saksi betapa kasih dan setianya saya pada sekolah yang mengungkapkan pelbagai kenangan pahit dan manis saya bersama guru-guru dan para sahabat sekalian.
Awalnya saya memang berasa sungguh kekok (maklumla belajar bahasa arab) untuk menerima tawaran belajar di SMKANI, namun atas kekuatan semangat dan keazaman yang tinggi, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian di sekolah tersebut selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004 yakni tahun world cup yang menyaksikan skuad England di singkirkan oleh Brazil pada saingan suku akhir (Masa ni tengok kat kantin sekolah).
Di SMKANI la mengajar saya berbagai-bagai perkara yang mematangkan hidup ini, dan di sinilah juga pelbagai peristiwa yang tercatat dalam diari hidup ini. Tidak kira sama ada ia adalah perkara gembira atau sedih malah kenangan melucukan bersama para sahabat yang membuatkan saya kembali tersenyum bila mengenangkannya kembali pada hari ini. Walaupun prestasi akademik sya 'merudum' teruk selepas keputusan PMR, namun hati ini tetap tabah mengharungi fasa pembelajaran sehingga tamat 2004!hehe..

Terima Kasih CIKGU..Terima Kasih kawan-kawan!
Satu masa nanti, di harap SMKANI akan terus menjadi titian untuk semua insan menjadi seseorang yang berguna demi Agama, Bangsa dan Negara..
Saya sentiasa merindui kenangan bersama kalian terutama rakan-rakan sekelas dan sebilik dari 2000-2004

Semoga kita akan berjumpa lagi pada kesempatan yang akan datang..Wassalam..

Happy Birthday AINA!


Buat adik yang di rindui..haha..(watlolok je rindu) Yang berada di Seoul International University, Korea..Happy Birthday yang ke 19!Masih muda lagi tu, so jangan nak berlagok jadi orang tua la ye..

Semoga kejayaan dan rezeki yang murah sentiasa mengiringi kamu..Jadilah insan yang berguna pada family, agama, bangsa dan negara!


Salam

Friday, November 7, 2008

'Aku' Masih Di Sini

Salam semua..

Sengaja saya titipkan lagu yang berjudul ‘Aku’ nyanyian rocker tersohor, Amy Search pada posting pertama saya kerana saya percaya sedikit sebanyak bait-bait lagu tersebut mempunyai kaitan pada setiap insan yang bernafas di bumi yang fana ini..

Lebih mengharukan saya apabila buat pertama kalinya saya dapat menyertai antara berjuta-juta blogger di dunia ini!Bukan niat mahu bersaing apatah lagi untuk mencari publisti, namun hadirnya saya ke dunia penulisan maya ini kerana keazaman yang kuat untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup.Sebelum ini, saya juga pernah mempunyai laman peribadi sendiri (duniamshyar.multiply.com)..Itupun atas sokongan rakan-rakan komuniti Duniasearch.com setelah website tersebut tergendala buat seketika baru-baru ini..

Kepada Mama yang tercinta dan Ayah (setiukini.blogspot.com), semoga ‘pelayaran’ yang di tempuhi akan terus di nikmati hingga ke hujung nyawa..Percaya lah bahawa Allah swt hanya ingin menguji sejauh mana kesabaran hamba-Nya apabila menghadapi sebarang ujian dan dugaan dalam hidup..Adik-adik ku yang di sayangi, sesungguhnya saya berbangga dengan pencapaian dan kejayaan yang di kecapi kalian..Sebagai seorang abang, tiada lain yang di minta selain mengharapkan agar kalian terus kekal mengecap kejayaan dan sentisa di murahkan rezeki agar dapat membantu mama dan ayah kelak!

Dan yang paling penting dalam hidup saya dari mula saat saya bertatih hingga ke detik ini, adalah insan yang bernama SAHABAT!Sungguh ramai rasanya sahabat dalam hidup saya bermula dari Tadika hingga ke zaman Universiti (Tadika Chalok Barat, Tadika Al Arqam, SK Wangsa Jaya KL, SK Chalok Barat, SK Kg Buloh, SMKA Nurul Ittifaq, KUSZA,UDM)..Semoga anda semua terus menuju kejayaan dan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah swt..Hanya DIA yang maha mengetahui betapa berharganya kalian dalam hidup Ahmad Amshyar!

Tidak lupa juga kepada semua para sahabat yang berasal dari alam maya terutama member duniasearch.com, forum cari, forum neogendang, forum amnet, forum lagendarock, multiply dan berbagai sesawang yang pernah saya join mahupun singgah, terima kasih kerana membuatkan saya merasa cukup gembira dan istimewa apabila berada di alam ini..

Dan yang paling istimewa..pheewittt..terakhir dan teristimewa…buat penyejuk hati..pengubat kalbu..pengarang jiwa…ZAA..semoga segala yg di impi di redhai Allah dan segera termakbul…ameen..(pinjam ayat Amar Arafat), Jutaan terima kasih di ucapkan atas kesabaran serta semangat yang di berikan.Tanpa kamu, hidup ini pasti tidak sesempurna hari ini.Semoga keikhlasan yang di terjemahkan akan mendapat keizinan dari-Nya untuk kita terus bersama..InsyaAllah..

Saya berharap agar laman ini memberi manfaat kepada semua agar kita dapat berkongsi sesuatu yang baik sesama kita dan yang paling penting agar hubungan silaturrahim antara kita akan terus kekal selamanya..

“Andai di pisah laut dan pantai,
Musnahlah ilham hilang pedoman

Andai di pisah anda dan Amshyar
Lidah ku kelu, tak tau nak kata apa”


Wassalam..

This is 'AKU'...



Mana Ada Lain
Zahir dan Batin
Hadir Dalam Cermin
Dalam Mimpi Bermain

Diri Jati Bernamakan Aku
Jiwa Minda Dengan Nafsu
Kerapa Rancang Hendak Maju
Mahu Sangat Benda Yang Baru

Mana Ada Kawan
Kiri dan Kanan
Manis Cuma Depan
Budi Satu Mainan
Hanya Helah Membuka Jalan

Untuk Sampai Ke Impian
itu Sahaja Kau fikirkan
itu Sahaja Kau Pentingkan

aku Hanya Aku
aku Tahu Diriku
aku Cari Aku
aku Jumpa Diriku

aku Betul Aku
aku Salah Diriku
aku Hanya Aku
aku Tahu Diriku