Wednesday, November 26, 2008

Tahniah AMY (Episod 2)


Rasanya perlu untuk saya mengucapkan sekali lagi tahniah buat figura berpengaruh Tanah Air ini atas KEBANGKITAN beliau untuk membersihkan reputasinya yang tercalar gara-gara saman terhadapnya atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak tiga tahun melecur terkena tumpahan tomyam panas. Pada petang tadi saya menerima SMS dari seorang rakan (dari KL) yang mengikuti permohonan penyanyi Amy Search, yang juga pemilik restoran Cheng Ho Chinese Islamic Seafood, untuk membatalkan saman terhadapnya atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak tiga tahun melecur terkena tumpahan tomyam panas.
Namun menurut beliau, Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 30 Jan depan bagi mendengar permohonan Amy. Tarikh itu ditetapkan setelah Hakim yang sepatutnya mendengar permohonan itu, bercuti kerana mengerjakan ibadat haji. Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, dalam permohonannya untuk membatalkan saman dan tuntuan itu mendakwa :
~Dia disaman atas kapasitinya sebagai individu dan bukan pengarah syarikat Iconhill Sdn Bhd.

~Beliau juga mendakwa Restoran Laksamana Cheng Ho tidak pernah wujud melainkan Cheng Ho Chinese Islamic Seafood yang ditadbir dan dimiliki oleh Iconhill Sdn Bhd.

~Nik Zahir Nik Mohd Idris, sebagai penjaga, juga tidak mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak kanak-kanak Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir selaku plaintif kerana tidak memfailkan dokumen-dokumen yang diperuntukkan mengikut Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1980, dakwa Amy lagi.

Pada 24 Sept lepas, Nik Muhammad Zakwan memfailkan saman dan tuntutan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil di sini melalui bapanya Nik Zahir dan menamakan Amy, sebagai defendan.Plaintif diwakili peguam Adnan Seman dan Nasrul Hadi Mat Saad sementara defendan diwakili peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Tahniah Dan Selamat Berjaya buat Amy dalam notis permohonan membatalkan saman ini dan menurut sumber terdekat beliau, kemungkinan Amy pula yang akan menyaman balik Plaintif atas dakwaan mencalarkan reputasinya dan Cheng Ho Chinese Islamic Seafood. Ingat Bro, Hattan pernah berpesan orang yang tamak pasti rugi, memaafkan adalah cara terbaik dalam perkara sebegini.
Salam

2 comments:

rOhock said...

ahhhhh..rock kangkang...

Mark said...

lorr kes saman ni amy yer... cayalah lu... saya bkn kos it tp multimedia..