Monday, November 24, 2008

Rangkaian Sosial Internet


ARTIKEL INI DI PETIK 100% DARIPADA(http://halfsheet.blogspot.com/)

Saya tertarik dengan artikel blogger Tawel Sensei mengenai kempen menjauhi friendster. Dalam blognya beliau mengulas mengenai soal persahabatan iaitu seorang sahabat tidak akan berpisah walaupun jarak beribu batu dan selama mana masa berlalu. Pendapatnya mengenai tiada kemanisan dalam bersahabat sangat saya setuju. Tiada erti perpisahan, kesedihan dan kegembiraan.

Saya juga pernah menyertai friendster tetapi keluar atas sebab yang saya sendiri tidak dapat terima perihal pelaku saya. Pada mulanya penyertaan saya adalah sekadar bersuka-suka sehinggalah sampai ke tahap saya dan kawan-kawan bertanding siapa yang dapat mencari teman rangkaian sosial wanita sebanyak mungkin sehingga saya sanggup terjebak dalam friendster yang mengiklankan seks. Bukan setakat itu, saya meneroka ke rangkaian sosial lain seperti myspace, facebook dan bebo. Selepas daripada itu saya sedar dan menamatkan friendster saya.

Friendster juga bukan sahaja digunakan untuk mencari teman sosial tetapi peluang bagi mereka untuk mempopularkan diri masing-masing. Saya tidak menafikan kebolehan rangkaian sosial ini digunakan untuk mencari teman-teman lama, malah saya sendiri pernah berhubung dengan kawan lama tetapi disebalik itu, rangkaian ini telah disalahgunakan dengan meletakkan gambar yang berpeluk cium. Bagi saya amat memalukan lebih-lebih lagi apabila sahabat lama saya yang terkenal dengan lemah lembutnya sendiri melakukannya. Hilanglah rasa hormat saya kepadanya.

Dalam tidak sedar friendster boleh memberi satu impak kepada seorang sahabat. Bagaimanakah jika teman sosial anda meninggal dunia?. Bagi sahabat adakah mereka sanggup menatap kenangan sahabat yang telah pergi selamanya?

Saya juga ingin memberi peringatan bahawa gambar anda dalam friendster diambil oleh orang lain. Bagaimana saya tahu?. Saya terjumpa satu forum dimana ahlinya mempetaruhkan gambar-gambar dari friendster. Gambarnya juga dalam keadaan memalukan sehingga ada gambar yang menunjukkan lurah. Dan ada diantaranya gambar yang saya kenali.

Saya sendiri tidak membenci friendster malah saya akui rangkaian sosial ini adalah cara yang paling baik untuk mencari sahabat tetapi kita sebenarnya telah melebihi batas sebagai seorang muslim. Cuba anda fikirkan semula apakah tujuan asal penyertaan anda ke dalam friendster.

P/S Amshyar : Credit Thanx to AMAR atas artikel ini, harapan saya agar para sahabat sekalian
dapat memanfaatkannya untuk perkara yang baik..Salam

No comments: