Sunday, November 9, 2008

Dari UDM ke DUBLIN



Saban tahun kita sering perasan bahawa ada insan yang hadir dalam hidup kita dan ada juga yang meninggalkan kita. Sama ada ‘peninggalan’ tersebut dalam tempoh yang singkat mahupun kekal selamanya, hanya DIA yang Maha Mengetahui. Berbicara tentang perpisahan memang menyakitkan namun terpaksa juga kita tempuhi seandainya masa yang menetapkan bahawa kita mesti terpisah.

Bukan soal perpisahan yang ingin saya kongsikan pada kala ini, namun ingin ingin saya menterjemahkan bahawa betapa bangganya saya bila ada sahabat yang mencapai kejayan dan sedang menuju ke puncak kejayaan! Kursus Diploma Perakaunan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) kampus Kusza 2005-2008 menyaksikan dua insan di sebaliknya sedang menuju ke puncak kejayaan walaupun berhadapan dengan perkataan PERPISAHAN. Perpisahan yang membawa kebaikan dan perpisahan yang bakal membawa kejayaan.

RASHIDAH BT RADZALI dan NORAISHAH BT ZAINUDDIN telah membuktikan pada dunia bahawa mereka juga mampu mencipta kegemilangan sepertimana orang lain yang telah berjaya. Pada September lalu, mereka berdua dengan hati yang tenang telah meninggalkan bumi Malaysia untuk melanjutkan pengajian mereka di Griffith College, Dublin, Ireland! Sebagai bekas rakan sekelas mereka, saya ingin menyatakan bahawa saya amat berbangga dengan pencapaian kalian dan saya berharap kalian terus utuh untuk mencapai kejayaan yang di idam-idamkan!

Tinggalkan tentang mereka berdua kerana yang pasti mereka akan pulang dengan kejayaan. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan TAHNIAH pada semua rakan sekelas DIA 05-08 yang telah berjaya menamatkan pengajian diploma ini dan semoga kalian semua akan terus berjaya dan berjaya hingga akhir nanti. Andai kejayaan tidak bersama anda, janganlah berputus asa kerana kejayaan sentiasa bersama orang-orang yang sabar dan Allah swt tidak akan memungkiri janji-Nya pada yang berusaha (nasihat daripada seorang sahabatku, TQ oggy_dream@yahoo.com).

Salam Persahabatan, Salam Kerinduan, Salam ‘Tentang Bulan’

1 comment:

isya said...

thanx mesyar..tharu ngat rase..*_*
mg ni oap,aku rase saloh amik kos la..
ayat2 dlm blog mg ni,aku rase2 la,mg patut ceburi bidang penulisan...
seyes nih..:)