Friday, November 7, 2008

'Aku' Masih Di Sini

Salam semua..

Sengaja saya titipkan lagu yang berjudul ‘Aku’ nyanyian rocker tersohor, Amy Search pada posting pertama saya kerana saya percaya sedikit sebanyak bait-bait lagu tersebut mempunyai kaitan pada setiap insan yang bernafas di bumi yang fana ini..

Lebih mengharukan saya apabila buat pertama kalinya saya dapat menyertai antara berjuta-juta blogger di dunia ini!Bukan niat mahu bersaing apatah lagi untuk mencari publisti, namun hadirnya saya ke dunia penulisan maya ini kerana keazaman yang kuat untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup.Sebelum ini, saya juga pernah mempunyai laman peribadi sendiri (duniamshyar.multiply.com)..Itupun atas sokongan rakan-rakan komuniti Duniasearch.com setelah website tersebut tergendala buat seketika baru-baru ini..

Kepada Mama yang tercinta dan Ayah (setiukini.blogspot.com), semoga ‘pelayaran’ yang di tempuhi akan terus di nikmati hingga ke hujung nyawa..Percaya lah bahawa Allah swt hanya ingin menguji sejauh mana kesabaran hamba-Nya apabila menghadapi sebarang ujian dan dugaan dalam hidup..Adik-adik ku yang di sayangi, sesungguhnya saya berbangga dengan pencapaian dan kejayaan yang di kecapi kalian..Sebagai seorang abang, tiada lain yang di minta selain mengharapkan agar kalian terus kekal mengecap kejayaan dan sentisa di murahkan rezeki agar dapat membantu mama dan ayah kelak!

Dan yang paling penting dalam hidup saya dari mula saat saya bertatih hingga ke detik ini, adalah insan yang bernama SAHABAT!Sungguh ramai rasanya sahabat dalam hidup saya bermula dari Tadika hingga ke zaman Universiti (Tadika Chalok Barat, Tadika Al Arqam, SK Wangsa Jaya KL, SK Chalok Barat, SK Kg Buloh, SMKA Nurul Ittifaq, KUSZA,UDM)..Semoga anda semua terus menuju kejayaan dan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah swt..Hanya DIA yang maha mengetahui betapa berharganya kalian dalam hidup Ahmad Amshyar!

Tidak lupa juga kepada semua para sahabat yang berasal dari alam maya terutama member duniasearch.com, forum cari, forum neogendang, forum amnet, forum lagendarock, multiply dan berbagai sesawang yang pernah saya join mahupun singgah, terima kasih kerana membuatkan saya merasa cukup gembira dan istimewa apabila berada di alam ini..

Dan yang paling istimewa..pheewittt..terakhir dan teristimewa…buat penyejuk hati..pengubat kalbu..pengarang jiwa…ZAA..semoga segala yg di impi di redhai Allah dan segera termakbul…ameen..(pinjam ayat Amar Arafat), Jutaan terima kasih di ucapkan atas kesabaran serta semangat yang di berikan.Tanpa kamu, hidup ini pasti tidak sesempurna hari ini.Semoga keikhlasan yang di terjemahkan akan mendapat keizinan dari-Nya untuk kita terus bersama..InsyaAllah..

Saya berharap agar laman ini memberi manfaat kepada semua agar kita dapat berkongsi sesuatu yang baik sesama kita dan yang paling penting agar hubungan silaturrahim antara kita akan terus kekal selamanya..

“Andai di pisah laut dan pantai,
Musnahlah ilham hilang pedoman

Andai di pisah anda dan Amshyar
Lidah ku kelu, tak tau nak kata apa”


Wassalam..

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah.Walaupun tempoh pembelajaran anda di SK Wangsa Jaya KL sedetik cuma, kami warga Wangsa Jaya amat berbangga kerana bekas murid Wangsa Jaya ini telah menjadi seorang insan yang berguna...