Saturday, November 8, 2008

Memoria Ittifaq


Sejarah Penubuhan
Idea penubuhan sekolah ini diilhamkan oleh Tuan Guru Hj Abbas bin Hj Mohamad. Beliau merupakan ulama terkenal di negeri Terengganu Darul Iman. Menurut bekas pelajarnya, Ustaz Salleh bin Hj Daud, sekolah ini bermula di sekitar tahun 1930-an. Pada masa itu, jumlah pelajarnya tidak sampai 100 orang. Mereka dating dari seluruh negeri Terengganu dan beberapa orang luar seperti Sabak Bernam, Selangor. Sekolah ini dinamakan Madrasah Nurul Ittifaq (Sekolah Cahaya Muafakat) sebagai lambang permuafakatan orang ramai membina sekolah tersebut. Mata pelajaran yang diajar pada masa itu ialah mata pelajaran agama sahaja yang diajar dalam Bahasa Arab.
Tenaga Pengajar
Tanggungjawab untuk mentadbir sekolah diserahkan kepada Ustaz Mustafa Labib bin Hj Yazid yang berasal dari Ranau, Palembang, Sumatera. Beliau dibantu oleh Ustaz Daie juga dari Sumatera, dan Ustaz Abdul Rahman dari Cherang Ruku, Semerak, Kelantan untuk membimbing masyarakat Besut ke arah pendidikan agama yang sistematik.
Lokasi sekolah
Tapak awal madrasah ini ditempatkan berhampiran dengan Bank Pertanian iaitu persimpangan empat ke Pekan Kuala Besut, kemudian ke Jalan Mek Su Mek. Disebabkan kurang sesuai, sekalai lagi madrasah ini dipindahkan berdekatan Surau Tok Sheikh, Kuala Besut. Pada tahun 1958, bangunan sekolah didirikan di kawasan panatai iaatu di tapak perhentian bas, Kuala Besut secara gotong-royong masyarakat kampong. Apabila Ustaz Mustafa Labib bin Hj Yazid kembali ke Ranau, Palembang, madrasah menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar. Implikasinya, pengajian madrasah tersebut tergendala hampir empat tahun.
Pemulihan Madrasah Nurul Ittifaq
Atas kesedaran masyarakat tempatan, madrasah tersebut dibuka kembali. Tokoh yang bertanggungjawab termasuklah pemimpin tempatan Kuala Besut iaitu Wan Ali Wan Yusof, Haji Wan HAshim, Che Lah Ad dan Che Ku Jusoh. Seorang guru agama dilantik untuk menguruskannya. Menurut bekas pelajarnya, Ustaz Salleh bin Hj Husin telah dilantik menjadi pengetua. Beliau dibantu oleh Wan Ahmad, Ustazah Khatijah dan Che Ku Abdul Rahman bin Abdullah.
Pada tahun 1981, sekolah ini telah diletakkan di bawah Tadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu. Semenjak tarikh itu, system pendidikan ketika itu diubah mengikut sistem sekolah agama dan sekolah Arab yang ditadbirkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
(di petik dari website http://www.smkani.net/)

Salam..
Seperti apa yang terpapar pada frasa-frasa di atas, saya dengan merasa bangganya ingin menyatakan bahawa saya merupakan seorang daripada beribu-ribu belajar yang pernah menuntut ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq (SMKANI). Bermula pada tahun 2000 hingga 2004, menjadi saksi betapa kasih dan setianya saya pada sekolah yang mengungkapkan pelbagai kenangan pahit dan manis saya bersama guru-guru dan para sahabat sekalian.
Awalnya saya memang berasa sungguh kekok (maklumla belajar bahasa arab) untuk menerima tawaran belajar di SMKANI, namun atas kekuatan semangat dan keazaman yang tinggi, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian di sekolah tersebut selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004 yakni tahun world cup yang menyaksikan skuad England di singkirkan oleh Brazil pada saingan suku akhir (Masa ni tengok kat kantin sekolah).
Di SMKANI la mengajar saya berbagai-bagai perkara yang mematangkan hidup ini, dan di sinilah juga pelbagai peristiwa yang tercatat dalam diari hidup ini. Tidak kira sama ada ia adalah perkara gembira atau sedih malah kenangan melucukan bersama para sahabat yang membuatkan saya kembali tersenyum bila mengenangkannya kembali pada hari ini. Walaupun prestasi akademik sya 'merudum' teruk selepas keputusan PMR, namun hati ini tetap tabah mengharungi fasa pembelajaran sehingga tamat 2004!hehe..

Terima Kasih CIKGU..Terima Kasih kawan-kawan!
Satu masa nanti, di harap SMKANI akan terus menjadi titian untuk semua insan menjadi seseorang yang berguna demi Agama, Bangsa dan Negara..
Saya sentiasa merindui kenangan bersama kalian terutama rakan-rakan sekelas dan sebilik dari 2000-2004

Semoga kita akan berjumpa lagi pada kesempatan yang akan datang..Wassalam..

1 comment:

aisHa 'S' said...

warga SMKANI ker..?
auh la..
kelas mana dulu..?
hehehe...