Friday, November 21, 2008

Tiada Lagi ‘C-4-2’


Salam sejahtera,
Rasanya tidak sempurna hidup ini seandainya saya tidak memasukkan entri mengenai 1001 kisah ‘C-4-2’ sepanjang kira-kira lebih 4 bulan menetap di situ. Di labelkan sebagai antara apartment paling besar dan mewah dalam IPTA Negeri Terengganu, cukup berat rasanya hati ini untuk meninggalkan tempat tinggal kedua saya itu. Kenangan yang tarsulam indah bersama para sahabat ketika belajar, ketawa ria ,jua berduka masih tersemat jelas di sanubari ini.
Di huni oleh 12 insan yang boleh di katakan ‘hampir’ satu kepala (hampir kerana tidak semuanya sekepala), apartment tersebut sentiasa ‘gegeriuh’ dengan setiap bunyian yang lahir dari segenap penjuru. Setiap bilik mempunyai PC yang di lengkapi dengan speaker yang besar dan berkualiti tinggi (jika di pasang, hampir menyamai kualiti pentas karaoke), yang membuatkan tiada waktu sepi yang menjelma. Mempunyai ruang ampaian yang luas (juga kadang-kadang menjadi tempat menghisap shisa), ruang beranda yang setia menjemput lambaian angin yang menderu nun jauh di tingkat empat serta dapur yang sederhana di lengkapi dengan sink.
Paling mengharukan saya apabila menjejak kaki ke apartment tersebut adalah para penghuninya tidak pernah lupa untuk merapatkan saf bagi menunaikan solat secara berjemaah sepanjang 5 waktu sehari semalam. Bukan mahu mendabik dada, bukan mahu menwar-war kan amal ibadat, namun pada saya situasi yang di praktikkan ini perlu terus di lakukan sepanjang hidup seandainya kita tahu kelazatan ‘berjemaah’ tersebut. Kadang-kadang hati ini sungguh terasa malu seandainya terlewat untuk menunaikan solat seandainya sudah menjadi penghuni apartment tersebut. Terima kasih para sahabat atas perubahan yang di lakukan!

Salah satu perkara yang saya ingati adalah ketika bulan Ramadhan yang lalu apabila tibanya waktu berbuka puasa, kami 12 orang pasti akan tidak lupa untuk berbuka bersama-sama di ruang beranda. Sungguh pantas rasanya perkara itu berlalu pergi dan pasti ia tidak akan terjadi lagi pada diri saya pada masa akan datang. Kali pertama tinggal di apartment setelah hamper 10 tahun tinggal di asrama membuatkan saya tidak pernah untuk melupakan apa yang telah di anugerahkan kepada saya terutamanya para sahabat sekalian.

Kepada FADHIL, HANAFI, FAIZAL, SHAZNI, HIZWAN, AMIRUL, AFENDI, SIR FARAHI, ZUNNUR, U-DI, DAN BASYIR – Kamu semua adalah yang terbaik dari yang terbaik pernah saya miliki! Kenangan yang tercipta antara kita pastinya sesuatu yang amat berharga dan tidak sesekali saya melupakannya sehingga di jemput olehNyA kelak. Pada masa yang akan datang, meskipun saya tidak mempunyai banyak kelapangan, pastinya saya tidak akan lupa untuk terus ‘menziarahi’ kalian di apartment tersebut. Bolehlah kita makan char kuey tiaw dekat EBByS sambil tengok Chelsea kena belasah.. hehe..

Wassalam..

2 comments:

Mark said...

kenangan pasti sukar dilupakan...

aunieZ said...

salam..1 rumah 12 org? bukan ade 5 bilik so 10 org je ke?
wah..alhmdulillah suka nye dgr bdk2 laki udm wat solat jemaah kat umah..sejuk ati dgr ;)