Saturday, November 15, 2008

Selamat Berangkat, Tetamu Allah

Salam sejahtera dunia..
Pada pagi Khamis yang lepas, ketika melalui Jalan Gong Badak-Batu Enam saya cukup terkejut dengan permandangan luar biasa berhampiran dengan pagar Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Sungguh ramai manusia menanti dengan penuh debar penerbangan pertama jemaah haji Pantai Timur dari Kuala terengganu ke Jeddah.

Ingatkan ada berlaku kemalangan di laluan tersebut kerana ia cukup sesak dengan sanak saudara para jemaah yang melihat dari jauh kapal terbang tersebut yang ingin berlepas.

Saya juga mengambil kesempatan untuk ‘join’ sekali melihat penerbangan bersejarah itu dan hati ini merasa cukup sebak bila melihat ada di kalangan mereka yang menangis mengenangkan ‘perpisahan’ sementara yang bakal berlaku antara keluarga para jemaah. Di khabarkan sebelum berlepas, para jemaah haji berkumpul di Kompleks Sukan Negeri Terengganu sebelum mereka di bawa menaiki bas ke lapangan terbang. Sungguh bertuah rakyat Malaysia amnya dan rakyat Terengganu khususnya apabila mereka berpeluang melakukan penerbangan terus dari negeri sendiri hingga ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji. Sebelum ini, semua jemaah haji akan berkumpul di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, sebagai pusat transit, sebelum dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk berlepas ke Mekah dan Madinah. Ia adalah satu kemudahan untuk mengelakkan jemaah haji, terutamanya mereka yang dari golongan berusia, daripada mengharungi perjalanan jauh antara negeri masing masing dan Kuala Lumpur. Di sebalik penerbangan tersebut juga, tersergam sebuah lapangan terbang yang cukup besar dan menarik mata bagi setiap yang memandang.

Alhamdulillah kerana kalian (para jemaah) di bukakan jalan untuk ke sana dan ucapan tahniah daripada kami semua rakyat Malaysia. Doakan agar kami juga berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sana satu hari nanti. Saya mendoakan agar segala-galanya berjalan dengan lancar dan semoga para jemaah mendapat Haji yang Mabrur.
Selamat menunaikan haji, selamat pergi dan selamat kembali!

1 comment:

Mark said...

wei masuk blog aku