Thursday, August 27, 2009

Amalan Baik Di Bulan Ramadan

Assalamulaikum..

Salam Ramadan yang keenam dan bermakna sudah lima hari kita mengecap hari puasa. Semoga segala amalan kita adalah ikhlas kerana Allah SWT. Alhamdulillah, setakat ini ibadah terawih juga lancar tanpa sebarang ‘virus’ malas kerana nafsu, bukan kerana syaitan. Cuma hati ini sedikit terkedu apabila mendapat tahu tentang sebuah konsert band luar iaitu ‘Michael Learns To Rock’ yang akan diadakan di Genting Highlands tatkala umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan. Apa yang telah terjadi? Pihak yang berwajib, yang membenarkan penganjuran konsert ini sungguh berhati batu apabila menutup mata mengenai sensitiviti umat Islam di Negara ini.

Kita usah pedulikan tentang MLTR, dan kita doakan agar pihak kerajaan dapat membuka mata untuk menghalang agar konsert ini dibatalkan atau setidak-tidaknya ditunda selepas Ramadan kelak. Apa yang penting, kita mesti terus mengambil peluang nikmat beribadat yang dijanjikan oleh-Nya. Antara amalan-amalan yang baik pada bulan yang mulia ini adalh seperti berikut:



Memperbanyak membaca Al-Qur’an

“Bacalah Al-Qur'an, kerana ia akan datang
pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa 'at
bagi pembacanya.“
(HR. Muslim)

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang
kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan
penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang
berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat
bagi orang-orang yang beriman."
(QS Yunus: 57).

Memperbanyak sedekah

Nabi SAW adalah
orang yang paling dermawan, dan beliau
lebih dermawan pada bulan Ramadhan,
saat beliau ditemui Jibril untuk
membacakan kepadanya Al-Qur'an.
Jibril menemui beliau setiap malam
pada bulan Ramadhan, lalu membacakan
kepadanya Al-Qur'an. Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam ketika
ditemui Jibril lebih dermawan dalam
kebaikan daripada angin yang
berhembus.
(HR Bukhari Muslim)

Memberi buka (ifthar) orang yang berpuasa

"Barangsiapa yang memberi ifthor kepada orangorang
yang berpuasa, maka ia mendapat pahala senilai
pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi
pahala orang yang berpuasa tersebut "
(HR. Tirmidzi dan An-Nasa'i)

Melakukan Qiyam (solat terawih/solat malam)

"Barangsiapa mendirikan shalat malam di
bulan Ramadhan karena iman dan
mengharap pahala (dari Allah) niscaya
diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. "
(HR. Bukhari Muslim)

Melakukan I’tikaf di 10 hari terakhir

"Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan)
ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan
Ramadhan. "
(HR. Bukhari Muslim dan lainnya)

AM : Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa. Ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai.

Wednesday, August 26, 2009

Kepalsuan Hadis Kelebihan Tarawih

Assalamualaikum..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:

* Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

* Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

* Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

* Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

* Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

* Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

* Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:

DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7645816

AM : Mohon dimaafkan atas segala kekeliruan yang berlaku. Terima kasih diatas peringatan dan teguran. Yang baik itu datang dari-Nya, dah yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.

Dirikanlah Sembahyang

Assalamualaikum..

Salam Ramadan yang kelima. Alhamdulillah, semoga empat Ramadan yang lepas akan diberkati dan dirahmati-Nya. Sepanjang empat hari berpuasa ini, saya menghadapi satu perkara yang cukup berbekas dihati. Perkara yang berkaitan dengan solat atau sembahyang dikalangan rakan-rakan. Ramainya para sahabat saya yang tidak mendirikan solat, Nauzubillah.. Saya tidak tahu lagi apa yang perlu saya lakukan dan saya sedar saya bukanlah seseorang yang sempurna untuk menegur dan menasihati. Dalam hati, ingatkan datangnya bulan Ramadan akan berubahlah mereka semua, namun apa yang dihajatkan tidak menjadi kenyataan. Sungguh mengecewakan apabila mereka BERPUASA TETAPI TIDAK MENUNAIKAN SOLAT! Bagi saya, cukup malu dengan Tuan Punya Dunia ini yakni Allah SWT jika kita ‘sombong’ dengan-Nya.



Dari Abu Ayub al-Ansari r.a : Katanya : Seorang lelaki kampung yang dalam keadaan musafir telah mengadap Rasulullah s.a.w, lalu dia memegang tali unta baginda. Kemudian lelaki tersebut berkata: Wahai Muhammad! Ceritakanlah kepadaku perkara yang boleh mendekatkanku kepada Syurga dan menjauhkanku dari Neraka. Rasulullah s.a.w tidak segera menjawab, sebaliknya baginda memandang ke arah para Sahabat sambil bersabda: Sesungguhnya dia adalah orang yang telah mendapat petunjuk. Kemudian baginda bertanya kepada lelaki tersebut: Apakah perkara yang engkau tanyakan tadi? Lelaki tersebut mengulangi pertanyaannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah mengabdikan diri kepada Allah, jangan menyekutukannya dengan sesuatu, DIRIKANLAH SEMBAHYANG, keluarkanlah zakat dan pulihkanlah hubungan kekeluargaan. Sekarang lepaskanlah unta ini. (Riwayat Bukhari Muslim)


p/s:Terima Kasih diatas teguran & peringatan

Bagaimana kita mahu mengecap nikmat Syurga Allah SWT jika kita ingkar akan suruhan-Nya? Saya tidak pernah menganggap saya sempurna, baik mahupun alim dikalangan mereka jika berbicara tentang solat ini, namun saya hanya ingin merayu dan terus merayu kepada para sahabat yang saya sayangi, DIRIKANLAH SEMBAHYANG. Kerana hanya dengan bersembahyang akan mencegah dari perkara mungkar. InsyaAllah..

AM : Aku dok tau rane perasaan puok2 mu berpuasa menahan lapar dan dahaga seharian tapi tak pernah nak solat! Pelik sangat2.. Bengong aku rasa kepala aku ni bila pendam perasaan ni lama-lama..

Tuesday, August 25, 2009

Sampaikanlah Kepada Para Wanita

Assalamualaikum..

Salam Ramadan yang keempat. Semoga kita akan terus diberkati-Nya. Saya ingin berkongsi sedikit ilmu dan pengetahuan tentang apa yang saya telah terbaca mengenai wanita. Subhanallah, Allah SWT itu sememangnya Maha Pengasih dan Maha Penyayang pada hamba-Nya!



Sampaikanlah Kepada Para Wanita:

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc....

Wallahua'lam..

AM:Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

Monday, August 24, 2009

Mahu Macam Dulu!

Assalamualaikum..

Salam Ramadan yang ketiga dan Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar. Tinggal kira-kira 27 hari lagi untuk menyambut kedatangan Aidilfitri! Haha.. (Bongok sungguh Amshyar ni). Di Ramadan ketiga ini tiba-tiba terlintas dihati untuk kembali ke style rambut lama. Seriously, saya tidak pernah dan tidak suka sebenarnya gaya potongan rambut pendek (seperti ke pejabat dan sekolah). Tapi sejak setahun kebelakangan ini, pantang rambut panjang sikit dah nak potong. Maybe penangan ‘salon’ agaknya. Hehe..



Tapi sekarang sudah kembali terdetik dihati untuk simpan kembali rambut ini. Saya sayang sangat rambut saya jika nak memanjang. Saya nak simpan panjang macam Akhil Hayy la, manalah tahu kot-kot dapat kahwin dengan janda dia pulak. (Bongok lagi Amshyar ni). Hehe.. Dulu memang saya berambut panjang dan bila berambut pendek dan apatah lagi botak, kawan-kawan cakap style Amy walhal saya yang botak dulu dari Amy. Mana aci macam ni! Lagipun saya rasa jika saya ‘pale botok’, ada orang mudah nak cam saya. Hehe.. Pinjam ayat Amar jugak, saya harap saya dan rambut saya akan kekal bersahabat untuk selama-lamanya. Saya sayang rambut saya!

AM : Rindu Amy rambut panjang!

Thursday, August 20, 2009

Mohon Dimaafkan & Salam Ramadan

Assalamualaikum..

RENUNGAN:

Do'a Malaikat Jibril Menjelang Ramadan:
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadaan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya."

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.

Semoga Ramadaan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina. Saya AHMAD AMSHYAR BIN AMINUDIN ingin mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan para sahabat sekalian tidak kira ia disengajakan ataupun tidak dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perjalanan hidup kita selama ini.

AM : Ahlan Wasahlan Ya Ramadan!

Sunday, August 16, 2009

Search Mahu Tebus Kepincangan (Penjelasan Telus & Tulus Amy)



DUA minggu Search 'dibantai' impak daripada persembahan yang dikatakan paling tidak berbaloi pada Konsert Awan Biru mereka yang berlangsung di Bukit Kiara Equastrian Park pada 1 Ogos lalu. Tohmahannya - itulah konsert terburuk dalam sejarah perjalanan Search sepanjang lebih 25 tahun!

Lebih 30,000 peminat tegar mereka kecewa dengan sistem bunyi, pencahayaan dan pentas serta Search sendiri kerana gagal mencapai piawaian sebuah konsert grup legenda.
Selaku vokalis, Amy mengambil tanggungjawab terhadap 'kerosakan' yang telah berlaku.
Amy sempat menafikan individu yang bertanggungjawab menguruskan ArtistAtWork membawa lari wang mereka, sebaliknya memberitahu kegagalan menguruskan wang dengan baik menjadi punca perjalanan konsert mereka huru-hara.

Apa yang Search boleh katakan tentang kegagalan konsert mega itu?
Sebenarnya semua berpunca daripada bajet kami yang sudah melebihi had. Untuk Konsert Awan Biru, pihak Celcom memberikan pihak Search yang diwakili ArtistAtWork sebanyak RM490,000 untuk acara di semua lokasi.
Ini bermaksud untuk setiap lokasi, kami seharusnya menggunakan hanya sekitar RM120,000 hingga RM150,000 saja. Malangnya, individu yang bertanggungjawab telah menggunakan bajet melebihi tahap yang seharusnya.
Banyak duit digunakan untuk perkara remeh seperti mencetak sebanyak 400 helai baju pengawal, membuat beg cenderahati pada harga yang tidak relevan, logistik dan sebagainya.
Pada konsert pertama di Pulau Pinang, sebanyak RM300,000 dibelanjakan sebelum konsert di Johor Bahru diadakan dengan bajet RM300,000 juga yang secara dasarnya sudah melebihi had dana kami.

Jadi apa kena mengena dengan sistem bunyi dan kepincangan konsert di Kuala Lumpur?
Sebab sudah membelanjakan dana berlebihan, kita tidak mampu membayar sewa sistem bunyi sebelum ini. Saya akui, kami berhutang ratusan ribu dengan pemilik sistem bunyi tersebut.
Apabila kita ingin mengadakan konsert di KL, mereka tidak mengizinkan sistem bunyi mereka dipakai sehingga kami membayar hutang mereka.
Tetapi kita tidak mempunyai wang dan selepas berunding, kami ingin membayar sedikit, namun pada saat akhir mereka tidak bersetuju. Jadi untuk itu, kami gunakan khidmat sistem bunyi daripada Dino dengan menggunakan krew teknikal kami yang asal.
Apa yang dipersembahkan pada konsert itu adalah yang terbaik usaha daripada krew kami. Malangnya berlaku masalah teknikal dan sistem bunyi blow, membuatkan konsert terhenti selepas lagu kedua.
Kami kecewa dan bila naik ke pentas, kami berharap semuanya kembali baik, tetapi tidak. Search tidak boleh menghentikan konsert kerana masalah itu.

Tapi kerana masalah dalaman ini, reputasi Search tercalar teruk. Semua kecewa. Amy menyanyi sumbang dan permainan setiap anggota Search juga mengecewakan.
Kami akui, kami kecewa kerana gagal memberi persembahan terbaik. Tetapi masalah yang melanda membuat keadaan menjadi buruk. Hanya sebagai profesional, kami tidak akan membatalkan konsert tersebut, sebaliknya berusaha sehabis baik untuk menghiburkan peminat yang datang.
Kalau kami tidak profesional, kami boleh saja batalkan konsert kami sehari sebelumnya kerana sudah tahu masalah sistem bunyi yang kurang baik. Tetapi kami tampil dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.
Ramai yang merungut Search juga tidak memainkan lagu-lagu hit yang selalu dinyanyikan dalam konsert-konsert sebelum ini. Kenapa?
Sebenarnya ada, tapi (kena) potong sebab masalah teknikal yang kami hadapi. Kami berusaha untuk tidak mengeruhkan suasana, jadi kami bermain mengikut kapasiti teknikal pada malam itu.

Apabila terjadinya perkara macam ini, ia membuatkan syarikat besar bimbang menaja konsert artis tempatan. Mereka akan gunakan alasan ini sebagai jalan untuk menaja artis luar. Apa persepsi anda?
Jujurnya, Celcom tak rugi apa-apa dalam hal ini, sebaliknya kami yang rugi besar. Mereka telah mendapat pulangan daripada apa yang mereka keluarkan dan kami juga menjalankan urus niaga seperti yang diharapkan.
Jadi maksudnya sekarang pihak ArtistAtWork rugi dan konsert ini tidak membawa keuntungan. Tapi dengan kehadiran lebih 30,000 penonton, kutipan kasar harga tiket barangkali mencecah RM1 juta. Jadi tidaklah rugi sangat, kan?
Ya, kami rugi dan semua kutipan tiket yang kami dapat adalah untuk membayar segala hutang kami dengan pihak sistem bunyi dan menjelaskan bayaran krew yang tertangguh.
Dalam masa yang sama, sedikit dana harus digunakan untuk konsert di Sabah dan Sarawak kelak. Selebihnya baru dikira keuntungan kami. Sekarang, yang penting bukan soal keuntungan, tetapi kepuasan peminat kami.

Ada ganti rugi untuk peminat?

Insya-Allah, kalau tiada aral, Celcom sudah bersetuju untuk mengadakan sekali lagi konsert di Kuala Lumpur, Disember depan. Kami berharap ia mampu menebus kekecewaan Search dan peminat.

credit to : Kosmo Online

AM : At least ada juga penjelasan dari kamu bro! Hope adalah ‘refund’ yang betul-betul berbaloi kali ini untuk peminat.

Al Mubarak Yang Dinanti



Assalamulaikum..

Kira-kira kurang dari seminggu lagi kita semua akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang amat mulia dah di anggap ‘penghulu’ segala bulan. Entah mengapa tiba-tiba sahaja hati Ahmad Amshyar yang kecil ini amat ternanti-nantikan bulan yang mulia dan penuh barakah untuk tahun 1430H ini. Tidak pernah pun sebelum ini saya merasakan perasaan yang cukup teruja untuk menyambut kedatangan Ramadhan seperti kali ini.

Barangkali saya terlalu banyak ‘berhutang’ dengan Allah SWT dalam kehidupan ini. Semoga hati saya sentiasa tetap dengan perasaan teruja ini dan semoga Ramadhan kali ini menjadi medium untuk saya menggapai segala kelebihan serta kenikmatan dalam beribadat. Dalam hati kecil ini selalu berkata, DUNIA ini hanya persinggahan! Betapa takutnya untuk menghadapi seksa di alam barzakh kelak.. Ya Allah, berikanlah aku peluang untuk ke jalan Syurga-MU.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


AM : Mohon diampunkan segala kekhilafan, mohon dihalalkan segala yang diberikan. Salam Ramadhan Al Mubarak 1430H. Semoga kita sama-sama memanfaatkannya.

Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali



Credit Pic-BLOG ARWAH

Assalamualaikum..

Tatkala kira-kira seminggu lagi untuk kita menyambut kedatangan Ramadhan, hari ini kita telah dikejutkan dengan berita pemergian seorang ‘pejuang’ tulen nasyid tanahair iaitu Mohammad Asri Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Ustaz Asri. Merupakan seorang vokalis kepada sebuah kumpulan nasyid yang popular dan terbaik di Malaysia iaitu RABBANI, Ustaz Asri telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.15 pagi ketika rebah apabila membuat persembahan di RTM. Klik DI SINI untuk kisah selanjutnya mengenai pemergian Ustaz Asri .

Mengenali Ustaz Asri yang merupakan salah seorang pemilik vokal unik serta merdu bagi saya(hanya meminati vocal Nazrey RAIHAN dan Asri RABBANI), cukup mengejutkan apabila terlalu awal beliau meninggalkan kita semua. Dan saya percaya banyak lagi projek-projek serta perancangan baru yang beliau serta team Rabbani Production rancangkan kerana beliau dan rakan-rakan adalah individu yang kuat bekerja serta kaya dengan idea2 baru yang bernas. Pernah beberapa kali bersua dengan beliau dan termasuk juga menonton konsertnya ketika di UDM dulu, Ustaz Asri sememangnya merupakan seorang yang cukup rendah diri serta mesra meskipun mempunyai ‘aura’ selaku penyanyi kumpulan nasyid yang diminati.

Projek ‘Mentari Merah Di Ufuk Timur’ bersama AMY pastinya akan sentiasa diingati oleh penggemar-penggemar tidak kira Rabbani atau Search sendiri. Ustaz Asri tetap menghormati Amy dengan memanggil nama panggilan sebagai ‘abang’ selaku seorang yang lebih muda dan tidak pernah sesekali untuk memandang rendah personality serta sikap artis rock seperti Amy. Hubungan baik antara beliau berdua juga terus sentiasa dapat dilihat apabila Amy serta Rabbani saling membantu antara satu sama lain dalam banyak perkara. Bagaimana dengan projek ‘Meniti Titian Usang’? Saya juga tidak pasti dengan perkembangan projek tersebut dan semoga ia sempat dirakamkan sebagai antara material terakhir arwah.

Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai umat manusia yang ‘pergi’ awal meninggalkan dunia dan semoga pemergian arwah akan membuatkan saya sentiasa mengingati frasa serta maksud KEMATIAN yang pasti datang tanpa diketahui waktunya. Semoga Allah SWT sentiasa menjadikan saya seorang muslim yang sentiasa patuh pada ajaran-NYA. Ustaz Mohammad Asri, kami semua pasti akan merindui alunan lunak dan merdu vokal emasmu.. Semoga rohmu sentiasa damai ‘disana’.. Pergimu pasti tidak kembali lagi, AL FATIHAH..

AM : Petikan dari blog arwah>

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...

Monday, August 10, 2009

Seorang Muslimah Sejati



Seorang muslimah sejati
bukan di lihat dari kecantikan
dan keayuan wajahnya semata-mata.

Wajahnya hanyalah satu peranan
yang amat kecil
tetapi
muslimah sejati di lihat dari
kecantikan dan ketulusan hatinya
yang tersembunyi.

Itulah yang terbaik.
Wanita di dunia lebih baik
daripada bidadari
Sebagaimana yang zahir lebih baik
daripada yang batin.

BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA
PENDUDUK BUMI
TETAPI
NAMAMU MENJADI
PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.

*Gambar Hiasan:Mama & Aina a.k.a My Adik

Saturday, August 8, 2009

HP Post - Hepi Birthday Aishah!


Assalamualaikum..

Sebenarnya hari ni saya tidak berkesempatan untuk online, namun atas dasar 'sayang' dan persahabatan, saya perlu serta wajib meletakkan entri ini! Mujurlah ada kemudahan dan kecanggihan teknologi pada masa kini untuk memasukkan entri blog menerusi telefon bimbit, hehe..

Noraishah Binti Zainuddin, salah seorang rakan sekelas saya semasa menuntut di UDM dan sekarang sedang menggapai 'langit' di Dublin,Ireland. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran anda yang ke 23! Semoga sentiasa sihat sejahtera, dimurahkan rezeki, dikurniakan jodoh yang baik kelak untuk membimbing anda dunia dan akhirat. Paling penting anda sentiasa mencapai kejayaan dalam setiap perkara yang anda lakukan..

AM : Mek Sha, jaga diri baik-baik deh kat tempat orang nu. Jaga diri 'dia' baik-baik jugak! Pheewittt..

Tuesday, August 4, 2009

Dua Lagenda

Assalamualaikum..

Sehari selepas Konsert Search Di Awan Biru Di Bukit Kiara, ada rakan yang beria-ria mempelawa saya untuk hadir ke Majlis Makan Malam Untaian Mesra bersama Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dan Suhaimi Bin Abdul Rahman di Dewan Cattleya, Wisma PKPS, Tingkat 4, Persiaran Perbandaran, 40000, Shah Alam, Selangor. Program bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi Aktiviti Amal dan Kebajikan bagi Lajnah Penerangan DPP Negeri Selangor.

VIDEO DUA LAGENDA

Sememangnya hati ini amat berhajat untuk duduk dan beramah mesra bersama dua tokoh besar ini yang disatukan di bawah Aqidah dan Kecintaan kepada Islam biar datang dari dua dunia kehidupan yang jauh berbeza. Namun kerana mempunyai komitmen yang lebih penting pada hari tersebut maka saya terpaksa menyusuri ‘awan biru’ ke Kuala Terrengganu pada pagi tersebut juga. Berikut merupakan gambar yang sempat dirakamkan oleh sahabat saya yang juga member DUNIASEARCH (Credit to Dean Malenko):





AM:Tenang hati bila lihat Raja Rock n Roll ‘bersahabat’ dengan TG!

Awan Biru Di Bukit Kiara

Assalamualaikum...

Pada 1 Ogos yang lepas bersamaan dengan hari Sabtu, telah berlangsung Konsert yang dinanti-nantikan oleh para peminat Search iaitu Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Konsert yang dicetuskan oleh Celcom Blue dengan tagline ‘berbaloi-baloi’ itu sememangnya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan apabila kira-kira hampir 25000 manusia telah memenuhi padang hijau Bukit Kiara Equestrian Resort tersebut.



Saya dan dua rakan bertolak dari Terengganu pada 1 Ogos juga menyusuri ‘awan biru’ juga selama kira-kira 45 minit sebelum tiba di LCCT kira-kira jam 9.05 pagi. Perjalanan dari LCCT ke Kuala Lumpur telah memakan masa selama 3 jam gara-gara demonstrasi ISA! Pada malam yang sama juga telah berlangsung Konsert Antara Dunia di Stadium Melawati Shah Alam yang menampilkan 3 kumpulan nasyid terkemuka Malaysia iaitu Raihan, Rabbani dan Hijjaz. Ustaz Asri (vokalis Rabbani) yang juga memiliki hubungan baik dengan Amy Search sempat mendoakan agar kedua-dua konsert (termasuk konsert Search) akan berjaya.

Tiba di tapak konsert kira-kira jam 12.00 tengahari, saya telah diberikan pass ‘krew’ dan sememangnya ada sedikit tugas yang menanti. Terima kasih kepada Duniasearch Member kerana memberikan pass ‘Backstage’ tersebut yang membuatkan saya tidak perlu berasak-asak untuk menonton aksi magik dari Amy dan rakan-rakan! Di sepanjang hari konsert tersebut juga, kami Duniasearch member termasuk rakan-rakan dari Facebook dan Multiply sempat juga membuat ‘simple gathering’ dan sememangnya cukup menggembirakan apabila dapat berkumpul beramai-ramai.


SEARCH? Sedikit ralat apabila mereka tidak berada pada tahap yang sepatutnya untuk berdiri dan perform di konsert penghargaan dan terunggul ini. Walaupun telah menarik kira-kira hampir 25000 peminat untuk menyaksikannya, namun banyak perkara yang serba tidak menjadi pada persembahan tersebut. Sebenarnya ramai yang tidak tahu masalah dalaman yang dihadapi oleh pihak penganjur dan penaja konsert jelajah ini namun TEPUK TANGAN harus diberi kepada Search kerana mereka sememangnya profesional, tidak pernah gentar atau panik malah sentiasa bersemangat tatkala berbagai-bagai perkara berlaku.

Sudah banyak review yang diterbitkan akhbar dan rasanya tidak perlu untuk saya mengulas mengenai perjalanan konsert itu lagi. Paling penting, saya dapat berkumpul merapatkan ukhwah bersama rakan-rakan dari seluruh Tanah Air Malaysia termasuk Sabah serta Singapore! Terima kasih kepada anda semua kerana menjadikan 1 Ogos baru-baru ini sebagai yang terindah dalam hidup kita. Pheewwitt:



MAT ROCK
Aduh...mama jangan marah padaku
Aduh...mama jangan rasa tak tentu

Aku tahu kau tak setuju
Rock 'n ' roll jadi pilihanku
Tapi apa boleh buat hanya rock yang ku tahu

Aduh...papa(dara) jgn rasa gelisah
Kata org jgn cepat terima
Janganlah tuduh melulu
Aku bukanlah kacang hantu

Kalau nak gelar
Gelarlah aku mat rock

Aduh dara jangan rasa terhina
Bukan maksud membuat engkau malu
Biar pun rambut ku panjang
pakaian lusuh tak keruan
Tapi bukan munafik
Macam Setengah orang

Mat rock...mat mat rock

Orang kata kita tak betul
Kerna cinta pada rock 'n' roll
Tapi aku tak peduli aku akan rock sampai tua


Bertemu Di Dalam Rock 'N' Roll
Bertemu kita lagi dalam pesta rock 'n' roll
Ingat-ingat wahai teman, jangan keterlaluan

Rock rock 'n' roll
Rock rock 'n' roll
O yeah...

Walau hanya hiburan
Mesti punya pegangan

Muda mudi oh bergaya, dalam pesta rock 'n' roll
Gembira boleh gembira, asal jangan terpedaya

Rock rock 'n' roll
Rock rock 'n' roll
O yeah...

Walau sekadar hiburan
Mestilah ada batasannya


KREDIT TO ZULYMA TOMARI FOR PICCAS!!

Rujuk artikel tersebut untuk review Konsert Search Di Awan Biru Bukit Kiara:

BHARIAN







AM:Special Thanx to ALL DUNIASEARCH & FACEBOOK member of Malaysia +Singapore! Search Menyatukan kita dan semoga bertemu lagi di lain ketika!