Sunday, August 16, 2009

Al Mubarak Yang Dinanti



Assalamulaikum..

Kira-kira kurang dari seminggu lagi kita semua akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang amat mulia dah di anggap ‘penghulu’ segala bulan. Entah mengapa tiba-tiba sahaja hati Ahmad Amshyar yang kecil ini amat ternanti-nantikan bulan yang mulia dan penuh barakah untuk tahun 1430H ini. Tidak pernah pun sebelum ini saya merasakan perasaan yang cukup teruja untuk menyambut kedatangan Ramadhan seperti kali ini.

Barangkali saya terlalu banyak ‘berhutang’ dengan Allah SWT dalam kehidupan ini. Semoga hati saya sentiasa tetap dengan perasaan teruja ini dan semoga Ramadhan kali ini menjadi medium untuk saya menggapai segala kelebihan serta kenikmatan dalam beribadat. Dalam hati kecil ini selalu berkata, DUNIA ini hanya persinggahan! Betapa takutnya untuk menghadapi seksa di alam barzakh kelak.. Ya Allah, berikanlah aku peluang untuk ke jalan Syurga-MU.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


AM : Mohon diampunkan segala kekhilafan, mohon dihalalkan segala yang diberikan. Salam Ramadhan Al Mubarak 1430H. Semoga kita sama-sama memanfaatkannya.

No comments: