Thursday, August 27, 2009

Amalan Baik Di Bulan Ramadan

Assalamulaikum..

Salam Ramadan yang keenam dan bermakna sudah lima hari kita mengecap hari puasa. Semoga segala amalan kita adalah ikhlas kerana Allah SWT. Alhamdulillah, setakat ini ibadah terawih juga lancar tanpa sebarang ‘virus’ malas kerana nafsu, bukan kerana syaitan. Cuma hati ini sedikit terkedu apabila mendapat tahu tentang sebuah konsert band luar iaitu ‘Michael Learns To Rock’ yang akan diadakan di Genting Highlands tatkala umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan. Apa yang telah terjadi? Pihak yang berwajib, yang membenarkan penganjuran konsert ini sungguh berhati batu apabila menutup mata mengenai sensitiviti umat Islam di Negara ini.

Kita usah pedulikan tentang MLTR, dan kita doakan agar pihak kerajaan dapat membuka mata untuk menghalang agar konsert ini dibatalkan atau setidak-tidaknya ditunda selepas Ramadan kelak. Apa yang penting, kita mesti terus mengambil peluang nikmat beribadat yang dijanjikan oleh-Nya. Antara amalan-amalan yang baik pada bulan yang mulia ini adalh seperti berikut:



Memperbanyak membaca Al-Qur’an

“Bacalah Al-Qur'an, kerana ia akan datang
pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa 'at
bagi pembacanya.“
(HR. Muslim)

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang
kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan
penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang
berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat
bagi orang-orang yang beriman."
(QS Yunus: 57).

Memperbanyak sedekah

Nabi SAW adalah
orang yang paling dermawan, dan beliau
lebih dermawan pada bulan Ramadhan,
saat beliau ditemui Jibril untuk
membacakan kepadanya Al-Qur'an.
Jibril menemui beliau setiap malam
pada bulan Ramadhan, lalu membacakan
kepadanya Al-Qur'an. Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam ketika
ditemui Jibril lebih dermawan dalam
kebaikan daripada angin yang
berhembus.
(HR Bukhari Muslim)

Memberi buka (ifthar) orang yang berpuasa

"Barangsiapa yang memberi ifthor kepada orangorang
yang berpuasa, maka ia mendapat pahala senilai
pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi
pahala orang yang berpuasa tersebut "
(HR. Tirmidzi dan An-Nasa'i)

Melakukan Qiyam (solat terawih/solat malam)

"Barangsiapa mendirikan shalat malam di
bulan Ramadhan karena iman dan
mengharap pahala (dari Allah) niscaya
diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. "
(HR. Bukhari Muslim)

Melakukan I’tikaf di 10 hari terakhir

"Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan)
ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan
Ramadhan. "
(HR. Bukhari Muslim dan lainnya)

AM : Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa. Ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai.

No comments: