Tuesday, July 28, 2009

Majlis Makan Malam Untaian Mesra




Majlis Makan Malam - Untaian Mesra bersama Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS) dan artis ternama tanah air, Amy Search akan diadakan pada
2 Ogos 2009 nanti.

Program bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi Aktiviti Amal dan Kebajikan bagi Lajnah Penerangan DPP Negeri Selangor.

Semoga para muslimin dan muslimat dapat mengambil peluang ini untuk duduk dan beramah mesra bersama dua tokoh besar ini yang disatukan di bawah Aqidah dan Kecintaan kepada Islam biar datang dari dua dunia kehidupan yang jauh berbeza.

Harga Tiket: Premium - RM 1000, Emas - RM 500, Perak - RM 300, Gangsa - RM 100

Butiran program:
Tempat: Dewan Cattleya, Wisma PKPS, Tingkat 4, Persiaran Perbandaran, 40000, Shah Alam, Selangor
Masa: 8.00 Malam
Tarikh: 2hb Ogos 2009

Sila hubungi: Nik Rasydi - 019-3238455, Halim - 019-2115995, Yusasnor - 019-5526775 untuk mendapatkan tiket atau sebarang maklumat.

Marilah hadir beramai-ramai mengimarahkan program amal ini!

AM:1 Ogos di Mont Kiara, 2 Ogos di sisi Tok Guru! Allahuakbar!!

Happy 51th, Pak Cik Suhaimi!

Assalamualaikum...

Hari ini 28 Julai 2009, genap usia 51 tahun seorang seniman negara ‘genre’ ROCK n ROLL iaitu Pak Cik Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search! Dah 51 tahun beliau hidup dalam dunia ciptaan-Nya dan saya dapat lihat dalam kehidupan beliau berbagai-bagai perkara baik dan buruk ditempuhi. Kutukan dan cemuhan sudah menjadi lumrah dan ‘makanan’ kepada beliau, hehe. Tapi paling penting, figura yang berpengaruh di Malaysia ini terus melangkah ke depan meskipun sentiasa dibayangi kontroversi. Hanya yang memahami Pak Cik Suhaimi sahaja yang tahu isi hatinya dan paling penting beliau harus perlu menjadi ‘ikon’ yang memberi teladan baik kepada para peminatnya.









Untuk Pak Cik Suhaimi, semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT, sentiasa dimurahkan rezeki dan paling penting sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya. Selamat mendapat baby boy yang baru pada Syawal nanti dan semoga berjaya dalam karier especially untuk Konsert Di Awan Biru di Bukit Kiara pada 1 Ogos ini. Pheewwittt!!!!

AM: Pak Cik Amy yang dah tua tapi tak tua, walau apa yang orang lain kata, hanya kita yang tahu tentang kita2! Hehe..

Sunday, July 26, 2009

Mentari Merah Di Ufuk Timur (S-Tribute)

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal...

Diari Habil & Qabil (S-Tribute)

Ku lihat api di ufuk sana
Ku dengar jeritan mengundang tangisan

Anak anak tak berdosa
Ku lihat manusia bunuh manusia
Kerana perbezaan bangsa dan agama
Buta mata buta hati

Semarakkan nafsu serakah
Masing-masing tak nak mengaku bersalah
Dan berdosa bagai Tuhan bukan Esa

Ku dengar manusia hina manusia
Kerana kelainan adat dan bahasa
Buta mata buta hati

Menuruti bisikan syaitan
Masing-masing tak nak mengambil
Iktibar atau hikmah
Dari kisah Habil Qabil

Panggung Khayalan (S-Tribute)

Sebuah panggung yang bernama minda
Yang mengganbarkan pelbagai cerita
Banyak cerita cinta penuh adegan duka
Putus kasih rindu dendam segala
Tapi semua khayalan
Hanya sekadar menghiburkan

Kita terlupa pada yang benar
Ataupun takut tersalah tafsiran

Panggung khayalan ini
Menjadi gedung sepi
Kenyataannya sembunyi di hati
Lantas bertambah lah mimpi
Tiada siapa peduli
Dalam panggung cinta ini
Penonton menangis ku ketawa
Mereka gembira aku yang berduka

Hello Kawan! (S-Tribute)

Hello kawan! apakah khabarmu
Masihlah ingat pertalian kita?
Hello kawan! kini aku datang
Dari perjalanan seribu kisah (cinta)

Aku tak pernah melupakan mu
Walau disini rumput menghijau
Tiada tara pengorbananmu
Memuncak nilai kemanusiaan
(Menjunjung)

Kita berserta dalam perjuanganmu
Merasa sengsara dalam
Merasa perlu
Merasa

Hello kawan!
Hello kawan...

Satu Bangsa, Satu Arah (S-Tribute)

Dalam ku terus berperang
Mecari-cari jawapan
Mengapa kita berperang
Mencarik panji insan

Bilakah taman ini akan kembali seri
Dengan sura riang ria

Jiwa ku turut berperang
Mendambakan kedamaian
Kita henti berperang
Sama semaikan ehsan

Semoga taman ini
Akan kembali seri
Dengan sura riang ria
Uh...satu bumi, satu langit
Satu syurga
Uh...satu bangsa, satu arah

Sunday, July 19, 2009

Solat 5 Waktu



Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhur: Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar: Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya
Isyak: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Hukum Mengumpul Dua Waktu Solat:

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir
waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan
tersebut.

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda “Iaitu mengakhirkan waktu
sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail”.

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas “Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya”.

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda “Sesiapa yang mengumpulkan
dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah
memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar”. (Riwayat Al-Hakim)

Seksa Neraka Bukan Kepalang:


Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di
alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

3. Akan muncul seekor ular yang bernama “Sujaul Aqra” dan ular itu berkata:

“Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.”

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

Cuai Solat Lima Waktu

Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

"SEARCH"ing For United

Assalamulaikum..

Trip yang memenatkan tapi sungguh berbaloi-baloi! Hehe.. Dua event dalam masa sehari di bumi Kuala Lumpur. Pagi tu tiba di rumah sewa rakan di UiTM Shah Alam. Lepak di sana sampai tengahari dan sempat juga round Plaza Alam Sentral. Beberapa hari sebelum MU trip ni, saya dimaklumkan untuk join sekali booth Duniasearch (DNS) untuk promosi Konsert Di Awan Biru di Jaya Jusco, Bukit Raja, Klang. Bimbang juga takut tak sempat untuk ke Stadium Bukit Jalil.

Booth DNS start beroperasi pada tengahari dan saya ke sana kira-kira jam 2.45 pm, selalu je tengok jam time ni sebab game Man United vs Malaysia start jam 5.30 pm. Dalam hati memang bengang jugak dengan AMY dan geng sebab lama tunggu (ala, macamla tak biasa). Hehe.. Sebenarnya booth ni ada lagi pada hari Ahad dan rakan-rakan juga menyarankan agar saya terus ke Bukit Jalil (bimbang tak sempat) dan datang pada Ahad. Tapi apa boleh buat, trip yang singkat sebab terus nak balik malam tu. Kira-kira jam 3.30 pm, AMY dan HILLARY sampai.

Sempat juga minta AMY signkan converse dia dulu dan paling best sebelum ke Bukit Jalil, HILLARY pesan suruh kirim salam kat Rooney dan Berbatov! Haha.. Dah ajak dia pergi sekali tapi nak buat macamana, dia ada komitmen lain. Sampai Bukit Jalil jam 4.50 pm, rupanya masih ramai lagi yang belum masuk stadium! Sebelum masuk, sempat juga round tengok merchandise yang dijual. Ada yang halal dan ada yang cetak rompak, biasalah tu kan.







Stadium yang dapat memuatkan hampir 100 ribu orang tu juga penuh! Lautan merah manusia di stadium tersebut sememangnya memukau hampir semua peminat Man United yang hadir. Malaysia memang beraksi cemerlang dan bersemangat. Paling happy, even hampir satu stadium pakai warna merah dan memintai Man United, namun mereka sentiasa memberi sorakan padu tatkala Malaysia beraksi cemerlang! Siapa cakap rakyat Malaysia tidak support pemain Malaysia? Hehe..

Keputusan penuh, Man United 3-2 Malaysia. Michael Owen yang membuat penampilan pertama buat pasukan Man United telah menjaringkan gol kemenangan tersebut.
Mungkin ia bonus buat pemain skuad kebangsaan selepas mempamerkan persembahan membanggakan ketika tewas tipis 2-3 kepada Manchester United di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam.









Penganjur Jelajah United ke Asia mengumumkan (selepas perlawanan semalam) bahawa satu lagi perlawanan antara Manchester United dengan skuad negara akan berlangsung di stadium yang sama malam esok.

AM: Tepuk tangan buat MALAYSIA! Glory-Glory Man United!

Thursday, July 16, 2009

14, 15 & 16 Julai

Assalamualaikum..

Sedikit gembira pada tarikh 14, 15 & 16 Julai 2009! Syukur pada Yang Maha Esa kerana memberi kebahagiaan kepada saya, keluarga dan rakan-rakan pada tarikh ini. Apa yang kami semua nantikan sebelum ini akhirnya menjadi kenyataan. UDM akhirnya ‘jalankan’ juga apa yang wajib dijalankan! Hehe..



Istiadat Konvokesyen UDM telah berlangsung pada 14-16 Julai 2009. Untuk batch Diploma Perakaunan, tarikh bersejarah yang telah ditetapkan adalah pada 15 Julai. Pada 14 Julai, wujud sidang pertama yang menampilkan graduan Diploma Undang-Undang, TAHNIAH pada yang teristimewa ZAA, Pheewwittt!! Semoga kamu sentiasa beroleh kejayaan dan keberkatan dalam hidup. Terima kasih juga atas ‘sesuatu’ yang istimewa buat saya pada tarikh 15 Julai.



16 Julai? Umur saya genap 22 tahun! ALHAMDULILLAH, syukur pada-MU kerana masih memberi ruang buat saya bernafas dalam dunia yang fana ini. Semoga saya dikurniakan Iman yang teguh untuk menghadapi dugaan dan paling penting adalah kejayaan serta keberkatan dari-MU. Amin..
AM : Alhamdulillah dan Tahniah buat semua para Graduan Konvo UDM!