Tuesday, July 28, 2009

Happy 51th, Pak Cik Suhaimi!

Assalamualaikum...

Hari ini 28 Julai 2009, genap usia 51 tahun seorang seniman negara ‘genre’ ROCK n ROLL iaitu Pak Cik Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search! Dah 51 tahun beliau hidup dalam dunia ciptaan-Nya dan saya dapat lihat dalam kehidupan beliau berbagai-bagai perkara baik dan buruk ditempuhi. Kutukan dan cemuhan sudah menjadi lumrah dan ‘makanan’ kepada beliau, hehe. Tapi paling penting, figura yang berpengaruh di Malaysia ini terus melangkah ke depan meskipun sentiasa dibayangi kontroversi. Hanya yang memahami Pak Cik Suhaimi sahaja yang tahu isi hatinya dan paling penting beliau harus perlu menjadi ‘ikon’ yang memberi teladan baik kepada para peminatnya.









Untuk Pak Cik Suhaimi, semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT, sentiasa dimurahkan rezeki dan paling penting sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya. Selamat mendapat baby boy yang baru pada Syawal nanti dan semoga berjaya dalam karier especially untuk Konsert Di Awan Biru di Bukit Kiara pada 1 Ogos ini. Pheewwittt!!!!

AM: Pak Cik Amy yang dah tua tapi tak tua, walau apa yang orang lain kata, hanya kita yang tahu tentang kita2! Hehe..

No comments: