Wednesday, April 21, 2010

Di Pintu Sepi

Assalamualaikum..

Mahu aku titipkan sesuatu yang panjang berjela tapi tiada ruang dan kesempatan untuk kembali mencurahkan waktu 'di sini'. Jari jemari meliuk lintuk menari di atas papan kekunci ini dengan hati yang meronta-ronta untuk otak serta minda memberi idea. Jiwa mahu meluahkan seberapa banyak perkara tidak kira ia adalah berkisar mengenai suka mahupun berita 'kurang gembira'.

Hanya DIA yang pasti mengerti apa yang berlaku. Terima kasih pada setiap bait-bait kata teman untuk jiwa ini kembali berpijak serta berjalan di atas aturan yang dirancang-NYa. Semoga hati ini terus cekal serta tabah untuk meneruskan kehidupan. Aku mahu hanya yang gembira serta bahagia tetapi sebagai hamba-Nya, aku tidak dapat lari dari sesuatu yang menguji.

Suatu hari nanti, aku mahu kembali ke 'sini'. Kembali untuk hati serta minda meluahkan segala yang terbuku. Tika hati dan dada kembali lapang serta tenang. Tika otak dan minda kembali segar menghirup udara serta bernafas. Telah banyak yang 'pergi', rasa sepi serta hilang segala yang dicintai. Aku REDHA.

Amysha 10:17