Sunday, July 19, 2009

"SEARCH"ing For United

Assalamulaikum..

Trip yang memenatkan tapi sungguh berbaloi-baloi! Hehe.. Dua event dalam masa sehari di bumi Kuala Lumpur. Pagi tu tiba di rumah sewa rakan di UiTM Shah Alam. Lepak di sana sampai tengahari dan sempat juga round Plaza Alam Sentral. Beberapa hari sebelum MU trip ni, saya dimaklumkan untuk join sekali booth Duniasearch (DNS) untuk promosi Konsert Di Awan Biru di Jaya Jusco, Bukit Raja, Klang. Bimbang juga takut tak sempat untuk ke Stadium Bukit Jalil.

Booth DNS start beroperasi pada tengahari dan saya ke sana kira-kira jam 2.45 pm, selalu je tengok jam time ni sebab game Man United vs Malaysia start jam 5.30 pm. Dalam hati memang bengang jugak dengan AMY dan geng sebab lama tunggu (ala, macamla tak biasa). Hehe.. Sebenarnya booth ni ada lagi pada hari Ahad dan rakan-rakan juga menyarankan agar saya terus ke Bukit Jalil (bimbang tak sempat) dan datang pada Ahad. Tapi apa boleh buat, trip yang singkat sebab terus nak balik malam tu. Kira-kira jam 3.30 pm, AMY dan HILLARY sampai.

Sempat juga minta AMY signkan converse dia dulu dan paling best sebelum ke Bukit Jalil, HILLARY pesan suruh kirim salam kat Rooney dan Berbatov! Haha.. Dah ajak dia pergi sekali tapi nak buat macamana, dia ada komitmen lain. Sampai Bukit Jalil jam 4.50 pm, rupanya masih ramai lagi yang belum masuk stadium! Sebelum masuk, sempat juga round tengok merchandise yang dijual. Ada yang halal dan ada yang cetak rompak, biasalah tu kan.







Stadium yang dapat memuatkan hampir 100 ribu orang tu juga penuh! Lautan merah manusia di stadium tersebut sememangnya memukau hampir semua peminat Man United yang hadir. Malaysia memang beraksi cemerlang dan bersemangat. Paling happy, even hampir satu stadium pakai warna merah dan memintai Man United, namun mereka sentiasa memberi sorakan padu tatkala Malaysia beraksi cemerlang! Siapa cakap rakyat Malaysia tidak support pemain Malaysia? Hehe..

Keputusan penuh, Man United 3-2 Malaysia. Michael Owen yang membuat penampilan pertama buat pasukan Man United telah menjaringkan gol kemenangan tersebut.
Mungkin ia bonus buat pemain skuad kebangsaan selepas mempamerkan persembahan membanggakan ketika tewas tipis 2-3 kepada Manchester United di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam.









Penganjur Jelajah United ke Asia mengumumkan (selepas perlawanan semalam) bahawa satu lagi perlawanan antara Manchester United dengan skuad negara akan berlangsung di stadium yang sama malam esok.

AM: Tepuk tangan buat MALAYSIA! Glory-Glory Man United!

2 comments:

chengazrin said...

wei aku tgok game nie paling best bg aku..msia control game,gol lawa..forever msia!

Zalehasiah Ahmad said...

so sweet..ha9..mmg powerr trip u ek..x pe2..t u ajokla search n MU g FC West..pform knsert nmen bola..he2..