Wednesday, August 26, 2009

Dirikanlah Sembahyang

Assalamualaikum..

Salam Ramadan yang kelima. Alhamdulillah, semoga empat Ramadan yang lepas akan diberkati dan dirahmati-Nya. Sepanjang empat hari berpuasa ini, saya menghadapi satu perkara yang cukup berbekas dihati. Perkara yang berkaitan dengan solat atau sembahyang dikalangan rakan-rakan. Ramainya para sahabat saya yang tidak mendirikan solat, Nauzubillah.. Saya tidak tahu lagi apa yang perlu saya lakukan dan saya sedar saya bukanlah seseorang yang sempurna untuk menegur dan menasihati. Dalam hati, ingatkan datangnya bulan Ramadan akan berubahlah mereka semua, namun apa yang dihajatkan tidak menjadi kenyataan. Sungguh mengecewakan apabila mereka BERPUASA TETAPI TIDAK MENUNAIKAN SOLAT! Bagi saya, cukup malu dengan Tuan Punya Dunia ini yakni Allah SWT jika kita ‘sombong’ dengan-Nya.



Dari Abu Ayub al-Ansari r.a : Katanya : Seorang lelaki kampung yang dalam keadaan musafir telah mengadap Rasulullah s.a.w, lalu dia memegang tali unta baginda. Kemudian lelaki tersebut berkata: Wahai Muhammad! Ceritakanlah kepadaku perkara yang boleh mendekatkanku kepada Syurga dan menjauhkanku dari Neraka. Rasulullah s.a.w tidak segera menjawab, sebaliknya baginda memandang ke arah para Sahabat sambil bersabda: Sesungguhnya dia adalah orang yang telah mendapat petunjuk. Kemudian baginda bertanya kepada lelaki tersebut: Apakah perkara yang engkau tanyakan tadi? Lelaki tersebut mengulangi pertanyaannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah mengabdikan diri kepada Allah, jangan menyekutukannya dengan sesuatu, DIRIKANLAH SEMBAHYANG, keluarkanlah zakat dan pulihkanlah hubungan kekeluargaan. Sekarang lepaskanlah unta ini. (Riwayat Bukhari Muslim)


p/s:Terima Kasih diatas teguran & peringatan

Bagaimana kita mahu mengecap nikmat Syurga Allah SWT jika kita ingkar akan suruhan-Nya? Saya tidak pernah menganggap saya sempurna, baik mahupun alim dikalangan mereka jika berbicara tentang solat ini, namun saya hanya ingin merayu dan terus merayu kepada para sahabat yang saya sayangi, DIRIKANLAH SEMBAHYANG. Kerana hanya dengan bersembahyang akan mencegah dari perkara mungkar. InsyaAllah..

AM : Aku dok tau rane perasaan puok2 mu berpuasa menahan lapar dan dahaga seharian tapi tak pernah nak solat! Pelik sangat2.. Bengong aku rasa kepala aku ni bila pendam perasaan ni lama-lama..

No comments: