Friday, November 21, 2008

Budak-Budak Law Itu

Berbicara tentang undang-undang (LAW) dan studentnya kadang-kadang menuntut anda supaya berfikir beberapa kali agar ia tidak mengundang sebarang kontroversi dan konflik. Anda harus ingat bahawa perkara yang anda perkatakan ini adalah melibatkan insan yang petah berkata-kata dan mempunyai daya pemikiran yang tajam dan bisa menghunus sekiranya tidak kena cara! Hehe.. Pernah beberapa kali terjerumus dalam permasalahan yang tidak di sengajakan sebelum ini telah mengajar saya supaya lebih berhati-hati di dalam merencanakan perhubungan.

Student Law UDM terdiri daripada kursus diploma dan ijazah, dan saya sendiri mempunyai ramai sahabat di kalangan mereka. Ramai yang saya temui membuat andaian bahawa student Law ada dan ramai yang besikap angkuh dan sombong, adakah kenyataan tersebut lahir berdasarkan fakta dan bukti ataupun mainan emosi semata-mata? Ya, ada yang kelihatan angkuh namun anda semua harus menerima kenyataan yang semua kursus mempunyai pelajar sedemikian! Bukan mahu menegakkan benang yang basah, namun kita harus akui bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan. Saya sendiri akui bahawa pernah terkena penangan ‘keangkuhan’ student Law ni, namun apabila kawan-kawan yang lain juga bersungut tentang perkara yang sama, saya mula berfikir mungkin inilah harga yang perlu di bayar setelah menjadi sebahagian daripada Law!

Sepanjang persahabatan saya dengan student Law, saya mendapati bahawa tahap kesabaran yang tinggi di perlukan untuk menangkis setiap asakan yang menjelma di depan mata. Namun harus ingat bahawa di dalam kehidupan ini, kita melalui beberapa fasa yang adakalanya menggembirakan dan mengecewakan. Saya tetap menghargai kalian (student Law) semua, dan merasa bangga apabila berada di kalangan kalian. Bagi saya, ukuran tentang kebaikan seseorang adalah sangat subjektif dan anda perlu ingat bahawa ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’. Teruskan perjuangan kalian semua dan semoga kalian semua berjaya dalam kerjaya yang di idamkan. Di harap ada yang dapat memberi perkhidmatan guaman yang percuma untuk saya bila saya amat memerlukannnya kelak. Hehe..

Terima Kasih yang tidak terhingga buat – ZALEHASIAH SAYANG, Syazrin, Halumi, Fatihah, Adhawiyah, Hidayat, Assikin, Ainul, Nurul Ain Aima, Amar Arafat, semua student Law sem 5 2008 dan semua student Law (degree) yang kenal diri ini. Semoga mendapat balasan baik di atas kerjasama yang di berikan dan selamat maju jaya dalam kehidupan akan datang. Maafkan saya sekiranya tulisan ini ‘salah’ di mata kalian dan maafkan saya juga di atas sebarang kekhilafan yang berlaku sebelum ini..Salam Undang-Undang..

P/S : Thanx HALUMI di atas penghargaan yang di persembahkan ke atas saya dalam
video CD baru-baru ini ( Hebat sungguh kamu ye! )

1 comment:

MisterZyl said...

salam.. satu pandangan yang baik utk dibaca oleh student law. kami kelihatan angkuh bukan kerana kami mahu bersikap angkuh tp ada sebab yang relevan utk itu.

terima kasih

Life & Learn