Monday, December 1, 2008

Hembusan Tengkujuh


Assalamulaikum..

Setelah beberapa kali menulis entri menerusi telefon bimbit, kali ini saya berpeluang untuk menekan sendiri papan kekunci komputer ini. Ya, sememangnya dunia hari ini cukup canggih sehingga anda boleh memasukkan entri terus ke dalam blog menerusi telefon bimbit! Namun saya melakukan dengan cara sedemikian adalah di sebabkan kesuntukan masa untuk menghadap komputer atas beberapa urusan seharian yang sememangnya menjadi rutin hidup saya.


Apa yang pasti, sejak kebelakangan ini, saya kurang sihat kerana demam dan selsema yang masih belum kebah sejak beberapa hari lepas. Salah satu faktornya adalah di sebabkan cuaca yang tidak menentu pada masa kini. Untuk pengetahuan para sahabat yang berada di luar pantai timur, pada ketika ini negeri-negeri pantai timur sedang mengalami musim tengkujuh. Kalau sebut tengkujuh pasti musim hujan dah mula turun dengan gembiranya di Terengganu. Angin monsun timur laut sudah mula bertiup mengikut jadual alam, sehingga cuaca tengahari dan petang di Terengganu tak lagi cerah. Memang mencurah-curah hujan yang turun, dan kalaulah tak berhenti di beberapa hari, pasti melimpahlah air Sungai Setiu itu mencium jalan.

Dan faktanya adalah rumah keluarga datuk dan nenek saya sebelah ayah (Bandar Permaisuri) sudah pun di tenggelami air semalam. Setelah surut pada waktu tengahari dan cuaca panas mula membahangi bumi, hujan sekali lagi ‘menghembuskan’ airnya tanpa henti hingga ketika entri ini di tulis. Banjir di jangka terus melanda dan teringatlah saya semasa zaman kanak-kanak dulu. Bila sebut je dah nak bah, terus balik kampung dan sungguh teruja untuk bermain air hingga bersemangat membuat rakit menggunakan batang pisang dan tin-tin biskut. Pada zaman dulu,musim begini memang pesta lah. Hehe.. Tapi itu cerita dulu. Cerita dulu ni orang kata jangan di kenang, kalau di kenang mula la rasa sedih-sedih. Pada musim banjir kali ini saya hanya berkesempatan melihat dari jauh adik-adik dan sepupu bermain air. Memang tak terliur langsung la nak main, maklumla saya dah besar panjang. Dah kenal dan takut pacat dan lintah! Hehe..

Sebut saja musim tengkujuh ni, sesuatu yang pasti berlaku di negeri Terengganu adalah Kejohanan Kapal Layar Monsun Cup dan yang paling istimewa AMY SEARCH akan membuat persembahan pada malam perasmian 3 Disember nanti. Bolehla saya tanya beliau sendiri kenapa excuse masa semifinal baru-baru ini, barulah puas hati dapat jawapan dari mulutnya sendiri!hehe.. Tapi x sure lagi kedatangan Amy ke Terengganu kerana 24 jam sebelum itu majlis perkahwinan anak gadisnya di Kota Damansara. Nantilah saya minta pengesahan tentang kehadiran beliau pada hari sebelum perasmian, kerana tidak mahu mengganggu kesibukan beliau pada masa sekarang. Kepada BRO SHARRUL, if Amy jadi datang, jangan lupa tunggu kehadiran saya di KT. Hehe..

Semoga pawana tengkujuh terus menghembus dengan sempurna sambil kita semua terus memuhasabah diri untuk terus di berkati dalam bernafas di bumi milik Yang Maha Esa ini..


SALAM (credit thanx to SETIUKINI for pic)

No comments: