Saturday, May 9, 2009

SPECIAL 50 – Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu

Assalamulaikum…

Sungguh istimewa rasanya untuk menulis entri yang ke 50 dalam blog ini tentang IBU! Dalam minggu yang cukup sibuk dan memenatkan ini, saya tidak akan sesekali lupa untuk menulis sesuatu yang istimewa pada entri ini dan mengingatkan diri saya agar tidak melupakan jasa serta pengorbanan besar seorang ibu.

Entri yang ke 50 dalam DUNIAMSHYAR ini juga akan saya raikannya dalam keadaan yang penuh dengan penghargaan sempena sambutan hari ibu. Ibu, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata dan perasaan bagi menafsir perkataan tersebut. Sungguh besar dan tidak ternilai pengorbanan seorang ibu kepada anak-anaknya. Jika ada anak-anak yang merasakan bahawa ibu mereka tidak menyayangi dan menyisihkan mereka, tanggapan tersebut sebenarnya amat salah. Tiada ibu yangmembenci anak-anak meskipun anak tersebut memberi pelbagai masalah kepada mereka.

Hanya Ibu yang sanggup mengorbankan pelbagai perkara demi membesarkan anak-anak dan kerana ibu kita mampu berdiri dengan sempurna pada masa kini! Jujur saya akui, untuk menulis tentang ibu, cukup sukar sebenarnya terutama jika ingin merungkaikan pengorbanan yang di tanggung dan selaku seorang anak, saya semestinya akan cuba sedaya upaya saya bagi menggembirakan hati ibu. Meskipun diselubungi emosi, demi masa depan saya berjanji akan terus ‘berkhidmat’ untuk ibu sekalipun dalam keadaan yang serba kekurangan dari segi harta mahupun ilmu.



Kepada ibu yang di panggil MAMA,Sarinah Binti Mat Zin, Selamat Hari Ibu di ucapkan.. Semoga Mama sentiasa di beri kekuatan dan kerahmatan dari Allah SWT bagi meneruskan hidup. Semoga Mama berjaya dalam apa jua yang Mama lakukan dan yang paling penting semoga Mama sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik hingga akhir nafas! Love U so much, Mama.. Hehe..

AM : Syurga itu terletak di telapak kaki Ibu

1 comment:

~musytaquljannah~ said...

haa..btul2..ksian mama.
am..
doh la wat mama sakit ati
jadilah anak baek2 sket..hee