Saturday, May 23, 2009

Terima Kasih Cik Fatisha, Selamat Berangkat Puan Siti

Assalamulaikum..

Minggu yang cukup memberi makna, minggu yang penuh dengan emosi serta kontroversi. Semoga semua berada dalam keadaan yang baik-baik serta dilindungi Allah SWT setiap masa. Sebenarnya hati ini terasa sungguh sayu serta sedikit terkejut apabila pensyarah F&B, Cik Fatisha Binti Fauzi yang lebih mesra dipanggil Cik Tisha mengumumkan bahawa beliau tidak akan mengajar di Kolej Inforana lagi. Setelah hampir 5 bulan saya di kursus ini, walaupun tidaklah berapa rapat sangat dengan Cik Tisha, namun hati ini cukup merasai ‘kehilangan’ seseorang yang sungguh sporting.



Tanpa menyebut secara detail, sebab-sebab yang relevan beliau meninggalkan Kolej Inforana, namun jauh disudut hati saya serta rakan-rakan mengharapkan agar Cik Tisha sentiasa dipermudahkan segala urusan oleh-NYA. Semoga Cik Tisha dimurahkan rezeki untuk lebih berjaya dalam bidang kerja baru kelak. Kami semua semestinya tidak akan lupakan ‘Mek Kelate’ yang cukup lemah lembut itu. Pheewwitt!!



Lupakan tentang Cik Tisha, kita beralih pula kepada pensyarah Catering yang begitu kami sayangi serta hormati iaitu ‘Mama’ Siti Robani Bt Abdul Ghani. Puan Siti ni sungguh mulia hatinya, beliau menganggap kami semua seperti anak-anaknya sendiri. Beliau bersama-sama dengan Encik Rizam dan Encik Mahfuzi akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Mei ini untuk menunaikan ibadat umrah selama kira-kira lebih dua minggu.

Semoga Puan Siti, Encik Rizam dan Encik Mahfuzi akan dapat melaksanakan ibadah umrah dengan lancar dan semoga Allah SWT memberkati ibadah tersebut. Kolej Inforana, walaupun hati ini pada awalnya hanya ‘suka-suka’ untuk belajar catering, namun sekarang gua dah jatuh cinta beb! Hehe..

AM : Feel sedih dan emosi masa di UDM dulu dah slow-slow terasa di Inforana bila mengenangkan pasti ada perpisahan dengan rakan-rakan pada satu hari nanti.

No comments: