Sunday, May 31, 2009

Berbaloi-Baloi (Part 1)

Assalamulaikum..

Akhirnya SEARCH 'mendarat' juga di Terengganu dan tanggal 29 Mei 2009 mungkin merupakan detik yang pasti tidak akan dilupakan oleh sesiapa saja yang turun menyaksikan Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru.

Bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sungguh mengejutkan apabila melihat kehadiran penonton yang dianggarkan lebih kurang 5000 orang. Wah, ini sudah bikin gua malu bangat sama member DNS dari KL. Hehe, kerana sebelum konsert, saya selalu menyatakan kebimbangan dengan jumlah kehadiran crowd di KT.

Konsert start dalam jam 9.30 malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian. Booth DUNIASEARCH pun memang mendapat sambutan yang hangat walaupun mempunyai masalah ketika mula-mula hendak beroperasi. Tak dapat nak dibayangkan dengan kata-kata la tentang event ni, hope satu hari nanti SEARCH akan buat konsert lagi di KT dan kepada yang hadir pada malam tersebut, anda boleh lihat betapa 'suburnya' rock n roll di jiwa anak muda Terengganu! Hehe..

AM : Thanx a lot to Bro Sharrul sebab bagi PASS dan akhirnya dapat SEARCHALLACCESS!!

No comments: