Monday, May 25, 2009

Emosi Untuk ‘Suci Dan Murni’



Assalamulaikum..

Pagi tadi hati ni terasa seperti hendak ke airport dan sememangnya dengan gerak hati bersama kawan-kawan, akhirnya saya ke airport Sultan Mahmud pada sebelah petangnya. Tiba di airport kira-kira jam 3.30 pm, terus mencari kelibat Inforana Staff yang ingin berangkat menunaikan ibadah umrah. Flight dijadualkan berlepas kira-kira jam 4.00 pm.

Terkejut juga, semua staff dan pensyarah ada bagi meraikan ‘keberangkatan’ Encik Rizam, Encik Mahfuzi, Puan Siti serta seorang lagi staff Inforana KT untuk ke tanah suci Mekah. Tiba-tiba suasana menjadi begitu sayu apabila mereka semakin hampir untuk memasuki balai berlepas. Ramai juga rombongan umrah yang pergi bersama-sama mereka dan masing-masing ternyata tidak dapat menahan sebak tatkala mengenangkan pemergian ke sana sekalipun dalam tempoh dua minggu sahaja.

Semoga Encik Rizam, Encik Mahfuzi dan Puan Siti selamat pulang ke tanahair dan yang paling penting adalah kita sama-sama mendoakan agar ibadah umrah mereka akan diterima Allah SWT. Sememangnya emosi yang diluahkan di airport tadi adalah untuk satu tujuan yang suci lagi murni demi kerana Allah SWT.

AM : InsyaAllah, semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk ke ‘sana’ juga.

No comments: