Thursday, May 14, 2009

Catering A2 & A3, Wa Caya Sama Lu!



Assalamualaikum…

Alhamdulillah segala puji bagi Ilahi yang masih memberi ruang kepada saya untuk terus bernafas di dalam dunia ini. Semalam 13 Mei 2009 bertempat di Semarak Aruni Inn, Kelulut, Marang, saya fikir bahawa satu sejarah baru yang telah dicipta apabila kami pelajar-pelajar Kelas Catering A2 dan A3 dapat bersatu dalam satu program yang cukup santai sekali! Sehingga akhir majlis, saya dan rakan-rakan masih tidak percaya bahawa kami sedang melalui hari yang cukup ‘memorable’ dan akan dikenang sampai bila-bila.

Setelah hampir dua minggu, tenaga kerja program yang terdiri dari beberapa orang pelajar Catering A2 dan A3, akhirnya PROGRAM JALINAN MESRA Catering A2 dan A3 yang bertemakan ‘Setitis Kasih Selaut Cinta’ dapat dilaksanakan dengan lancar dan yang paling penting tiada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku (injured time main game tu, biasa je la). Apa yang penting, objektif kami untuk merapatkan ukhwah antara pelajar dua kelas ini telah mula membuahkan hasil ketika aktiviti pertama lagi (membina istana pasir). Dan keakraban di antara kami terus di kekalkan sehingga akhir program!

Berikut sedikit catatan memori manis ‘Setitis Kasih Selaut Cinta’ yang kami lalui semalam:



Tarikh : 13 MEI 2009
Masa : 8.00 Pagi – 4.45 Petang
Tempat : SEMARAK ARUNI INN
MARANG, TERENGGANU

8.00 Pagi
Semua pelajar berkumpul di dataran kolej.

8.15 Pagi
Pelajar bertolak dari Kolej Inforana.

8.30 Pagi
Ketibaan para pelajar dan pensyarah.
Hanya Encik Fais yang dapat datang pada awal program kerana Puan Siti terikat dengan urusan lain.
Semuanya nampak cukup excited dan teruja untuk memulakan aktiviti dan ketika ini pun sudah ada pelajar yang bertanya tentang bolasepak pantai.
Pelajar makan pagi dahulu di sebuah pondok berhampiran.

8.50 Pagi
Ucapan ringkas dari pengarah program dan pensyarah pengiring.
Majlis dipengerusikan oleh saudari Salwa dan ucapan ringkas serta nasihat daripada pengarah program, Chah dan Encik Fais.
Pembahagian kumpulan juga turut dilakukan pada masa ini.

9.00 Pagi
Permainan dimulakan

MEMBINA ISTANA PASIR
-Kerjasama yang yang ditunjukkan antara setiap kumpulan cukup membuatkan saya merasa terharu dan yang paling penting, selain dari kerjasama yang erat, mereka semua turut memiliki kretaiviti yang mengagumkan.

LEMPAR BELON (BERISI AIR) KE BELAKANG
-Permainan yang biasa-biasa tetapi menjadi luar biasa apabila pelajar membaling belon yang berisi air kearah rakan masing-masing (so memorable and sweet!)

PECAHKAN BELON (IKAT di KAKI)
-Acara ini dibahagikan mengikut kategori Lelaki dan Perempuan.
-Even pasir dan cuaca makin panas, diorang tetap maintain dan cool untuk terus beraksi.

REHAT
-Dalam setengah jam, pelajar di beri rehat dan juga telah di sediakan.

BOLING PADANG
-Berbagai aksi dan gaya balingan dapat dilihat dan acara ini juga sempat diambil bahagian oleh Puan Siti (katanya hadir untuk suka-suka).

TARIK TALI
-Catering A2 vs A3, dengan hanya mengambil masa beberapa saat, A3 berjaya menewaskan A2. (Mana la aci, A3 ada 9 lelaki dan A2 ada 5 lelaki). Hehe..

BOLASEPAK PANTAI
-Perempuan pun main! Sebabnya tak dapat buat net untuk bola tampar. Tapi tetap sempoi dengan beberapa ksi yang melucukan. (Catering A2, hebat tu sebab menang!)
-Untuk lelaki pula, jelmaan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah antara Manchester United dan Barcelona. (Jangan lupa aksi sebenar pada 27 Mei 2009).

1.30 Petang
Solat Zohor dan Rehat

2.30 Petang
Majlis BBQ bermula
-Terima kasih kepada Ayah Long kerana member ruang kepada kami untuk menggunakan keseluruhan café.
-Time ni Encik Shahril dan Ustaz Nawawi pun hadir (Terima kasih sangat-sangat sebab bagi sokongan).
-Ada la beberapa orang yang sudi memeriahkan majlis dengan berkaraoke. (Tapi perempuan hanya Rozita je kot).

4.15 Petang
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah.
-Ucapan oleh Chah dan Encik Shahril (Terima kasih encik, di atas penghargaan yang di beri)
-Hadiah Disampaikan oleh Ayah Long dan Encik Fais

4.45 Petang
Majlis Tamat dan Bersurai.
-Sempat lagi bergambar kenangan dan semuanya memang nampak happy serta ceria lebih-lebih lagi bila mendapat RM, Mug dan beg! Hehe..

Itulah serba sedikit coretan memori mengenai program yang berlangsung semalam. Seriously, hati ini sebenarnya cukup terharu dengan komitmen serta kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan. Kalau ikutkan hati selepas majlis penutup, mahu saja dipeluk semua pelajar untuk meluahkan penghargaan (Amboi kau Amshyar..)

Keletihan juga secara automatik hilang apabila melihat senyuman yang terukir pada setiap pelajar dari awal program hingga ke akhir. TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH! Itu saja yang mampu saya ucapkan. Catering A2 dan A3, you all memang rock! Wa Caya Sama Lu!

AM : Kalau ada sumur diladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada rezeki dan umur yang panjang, boleh kita bersukaria lagi.

No comments: