Thursday, April 16, 2009

CELCOM Bawa SEARCH Ke Awan Biru




Assalamulaikum…

Ketika entri ini di tulis, sudah berpuluh-puluh laporan ‘Konsert Penghargaan SEARCH Di Awan Biru’ rasanya sudah diterbitkan tidak kira samaada menerusi media cetak mahupun elektronik malah di alam maya sekalipun. Meskipun sudah terlewat, saya kira masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat Search (Amy, Hillary, Din, Nasir & Yazid) serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat CELCOM kerana menghargai Search!

Konsert Penghargaan SEARCH Di Awan Biru ini akan menjelajah ke 11 venue di Malaysia yang menampilkan jenama CELCOM BLUE sebagai penaja serta syarikat Amy sendiri iaitu ‘Art-Is-At Work’ sebagai penganjur. Bagi saya sendiri serta di kalangan ahli DUNIASEARCH, berita tentang konsert ini sudah ‘di anginkan’ kira-kira tiga bulan yang lepas lagi dengan nama ‘Search Farewell Tour 2009’. Ketika itu, mulalah perbahasan tentang wajarkah pengunduran lagenda kumpulan rock Negara ini berlaku dan hampir 90% mat-mat rock pasti tidak akan bersetuju!

Ketika sidang akhbar pada 6 April yang lalu, CEO Celcom sendiri menyatakan bahawa Search ‘di haramkan’ untuk menyebut perkataan Selamat Tinggal atau Farewell ketika sepanjang konsert ini berlangsung. Ini sudah tentu melegakan hati semua para peminat Search yang sememangnya sudah lama megidamkan konsert jelajah ini. Namun, Amy selaku produser konsert menerusi ruangan blognya menyatakan bahawa, ‘Farewell atau tidak, hanya masa yang menentukan’. Samaada ia adalah konsert terakhir ataupun tidak, Search semestinya akan tampil dengan penuh berkarisma dan semangat yang tinggi setelah kali terakhir konsert besar mereka pada 2004.

Ketika umur Amy sudah menginjak usia 51 pada tahun ini, semestinya ada yang ragu-ragu dengan kemampuan beliau untuk ‘rockin’, lebih-lebih lagi ketika menyanyikan lagu bernada tinggi. Namun semuanya bakal lenyap sekiranya beliau menggunakan seluruh pengalaman 27 tahun menyanyi dan saya yakin beliau sendiri teruja untuk mempersembahkan sesuatu yang istimewa buat peminatnya. Kepada Amy, Hillary, Din, Nasir dan Yazid, semoga anda berjaya menyempurnakan misi yang istimewa ini khas buat peminat-peminat yang merindui saat-saat ‘menjerit-jerit di sana’.

AM : Hasrat aku hanya nak jumpa DIN MAYAT depan mata dan nak suruh AMY sign converse!
Pheewittt!!!!

Berikut adalah tarikh dan tempat berlangsungnya konsert :
(Tertakluk pada perubahan)

1
Saturday, 2 May 2009
Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang

2
Saturday, 9 May 2009
Stadium Tertutup MBJB Johor Bharu

3
Saturday, 16 May 2009
Stadium Mini Jengka Maran Pahang

4
Friday, 22 May 2009
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,
Kuala Terengganu

5
Friday , 29 May 2009
Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar

6
Friday , 5 June 2009
Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu

7
Saturday, 27 June 2009
Stadium Sarawak, Kuching

8
Saturday, 4 July 2009
Miri Indoor Stadium, Miri Sarawak

9
Saturday, 11 July 2009
Kompleks Sukan Sandakan, Sabah

10
Saturday, 16 July 2009
Kompleks Sukan Tawau, Tawau Sabah

11
Saturday, 01 August 2009
Stadium Shah Alam Selangor

No comments: