Thursday, September 10, 2009

We’re Going To The World Cup!!

Assalamualaikum..

Salam Ramadan yang ke-20. Alhamdulillah, saya masih diberi ruang oleh-Nya untuk terus bernafas di bumi ini meskipun hati sedikit serabut dengan persekitaran semasa. Berita gembira yang menyejukkan hati sebelum tiba waktu sahur adalah kejayaan pasukan kebangsaan ENGLAND melangkah ke pusingan akhir kejohanan Piala Dunia 2010 yang bakal berlangsung di Afrika Selatan. Fabio Capello, pengurus pasukan England yang mengambil alih tugas dari pengurus sebelumnya sememangnya seorang yang ‘ajaib’ dan ‘unik’! Benarlah kata sahabat saya, Shahiful Izuan yang beliau bimbang apabila England dibimbing Capello kerana setiap pasukan bimbingannya pasti menempa kejayaan.



Bayangkan sebelum ini, England gagal ke kejohanan EURO pada dua tahun lepas. Dan kali ini England mara ke Piala Dunia dengan lebih awal setelah mencatatkan kemenangan bergaya 5-1 ke atas Croatia sebentar tadi. Semoga Capello akan terus membawa tuah buat England pada kejohanan tersebut kelak! Dapat melepasi peringkat semifinal pun dah kira ok meskipun dalam hati ini amat berharap agar England menjadi juara meskipun dibayangi skuad gergasi seperti Brazil, Argentina dan Sepanyol.

AM : Malaysia Boleh!!

No comments: