Monday, January 26, 2009

Semester Baru (Chef & Catering)

Assalamulaikum..

Sungguh terhad masa dan komitmen saya untuk 'dunia maya' sejak mutakhir ini, dek kerana terlalu komited dengan beberapa tugas. Selepas menamatkan pengajian pada Disember 2008, saya mula memikirkan apa yang perlu di lakukan untuk mengisi masa lapang. Plan pertama untuk mengambil kursus 'Juruteknik Komputer' di TESDEC, namun berasakan tempat tersebut tidak kena dengan jiwa saya kerana terlalu 'keras'! hehe..

Bila memikirkan masa terlalu lama sementara menunggu peluang untuk sambung study pada Julai nanti (Kalau ada rezeki), saya dan Saifuddin telah bersepakat untuk mengambil kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penyediaan Makanan (Chef dan Katering) di Kolej Inforana, Marang. Kursus ini mempunyai dua tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2 yang setiapnya adalah 6 bulan. Selepas pendaftaran pelajar baru pada 19 Januari, pihak kolej telah mewajibkan pelatih untuk mengikuti kusus induksi selama 3 hari.

Sungguh melucukan bila mengenangkan kursus tersebut yang mana kesemuanya rata-rata berumur lebih muda dari saya dan Din termasuk MPP! Haha.. Sungguh ralat bila 'di perintah' oleh seseorang yang berumur 2 tahun lebih muda dan yang paling best apabila berada dalam kumpulan masing-masing. Setakat ini pembelajaran belum lagi di jalankan dan dijangka bermula pada Rabu ini dan saya sendiri pun sebenarnya tidak sabar lagi untuk belajar menjadi tukang masak walaupun bermula dari zero! Hehe

Sebenarnya sijil bukanlah menjadi keutamaan saya dan Din apabila mengambil kursus ini, tidak seperti pelatih lain yang amat bersungguh-sungguh bagi mengenggamnya. Selain mengisi masa lapang, semestinya saya mengharapkan kursus ini dapat memberi semangat pada saya untuk membuka perniagaan sendiri dengan sasaran untuk membantu bro AMY membuka cawangan Cheng Ho Restaurant di KT! Haha..

Salam

AM : Salam persahabatan buat DIN, ZAHA, JEFF, MAT, ADIK, ACHIK, IF, ZUL
Salam Pheewittt buat NONI, SUE, FIZAH

3 comments:

isya said...

waaa....bagus nyer mg...tabik spring ah ke mg..huhu..

bagus2 ..terus kan usehe..chaiyok2..ganbate kudasai..=)

kekgi buleh ah masok2 kat umah aku..wi discount deh..huhu..

aku pk mg nok amik kewartawanan..tgk dr gaye mg cm saboh je jd wartawan..hehe..

dop pun..penulis mane2 publication..

mg ade bakat ah bab nulih2 nim..hehe..

kem slm ah ke budok2 nim eh..

lame dop dengo kabo..senyap lake lening..

aku sampai kan doh slm mg..=)

Zalehasiah Ahmad said...

wahai meshyar yg diingati..jange galok sangat duk inforana 2..advance leni..sue,nono,fiezh..amoi..ceik tekok kekg..jelesh ni..

MISS NUR HIDAYAH said...

x lama lagi kedai pok jin ade tukang msk bertauliah la..

good luck!!