Wednesday, June 24, 2009

DIA Exclusive Reunion



Assalamualaikum..
Seperti yang kita sedia maklum, akhirnya ‘wujud’ juga majlis konvokesyen untuk para graduan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang bakal berlangsung pada 14-16 Julai 2009 ini. Rasanya sudah lebih 3 tahun UDM tiada majlis konvokesyen dan ketiadaan majlis tersebut pastinya mempunyai sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Mustahil lah nama segah UDM sengaja untuk tidak mewujudkan majlis konvokesyen yang cukup bermakna bagi para graduan. (Lain la kalau ada yang konvo lagi time degree, tapi not me la). Hehe..

Bagi graduan Diploma Perakaunan UDM batch 2005-2008, saya berharap kita dapat memanfaatkan hari konvokesyen tersebut untuk menjadikannya sebagai satu hari tang ‘tidak akan dilupakan’ sepanjag hayat. Semoga kita dapat mengambil kesempatan dalam perjumpaan ini untuk mengeratkan kembali ukhwah yang saya rasa sudah sedikit sebanyak telah terhakis semenjak kita berpisah dulu. Rasanya tidak wajarlah ikatan yang kukuh dibina dulu telah dileraikan sehingga semakin hari menjadi semakin renggang. Apa yang penting kerjasama! Apa yang penting? Kerjasama!

Ayuh kita jadikan sidang 4 konvokesyen pada 15 Julai 2009 sebagai medan untuk kita membuktikan pada dunia bahawa kita semua tidak akan melupakan antara satu sama lain meskipun betapa hebat dan berjayanya kita pada masa sekarang. Kepada dua gadis yang sedang menuntut di Dublin, anggaplah reunion ini juga ‘khas’ serta istimewa untuk tatapan anda sebagai satu hadiah yang bernilai dari kami. Jauh dimata namun tetap dekat dihati, pheewwiitt.. Harapan saya agar semua graduan DIA 2005-2008 dapat menghadirkan diri pada majlis tersebut dan seterusnya memahat kenangan itu untuk dinikmati hingga ke anak cucu!

Senarai graduan DIA 2005-2008 UDM:

NORAISHAH BINTI ZAINUDDIN
FARAH ZALIKHA BINTI MOHD RAMLI
MARINA MUSTIKA BINTI MUSA
AHMAD SAIFUDDIN BIN NAWAWI
HERZIYANTI BINTI MOHD ZAKI
NOORHANIN BINTI BUKHARI
AHMAD AMSHYAR BIN AMINUDIN
RASHIDAH BINTI RADZALI
ROHARTY BINTI ISMAIL
NUR FARAHANA BINTI MOHAMAD
NOOR AIN AMALINA BINTI MOHD SAID
MUHAMAD BASYIR BIN ALI
NOR KARTINI BINTI AZLI
MOHD AIMMAN BIN ABDULLAH
NUR SYAZWANI BINTI KAMARUZAMAN
ENGKU ABDULLAH BIN ENGKU ABDUL AZIZ
MUHAMMAD TARMIZI BIN CHE BIDIN
MOHD KHAIRIL SAFWAN BIN ABDUL HALIM
CHE NURHAQQAH BINTI CHE SOH

No comments: