Monday, June 29, 2009

Manchester United 2009/10 Home Kit

Assalamualaikum..

Nampaknya musim baru bola Eropah dah hampir menjelang tiba kira-kira sebulan lebih dari sekarang. Rasa baru sahaja menonton Manchester United (MU) telah diperbudakkan oleh Barcelona. Jiwa ini masih berbekas pilu meskipun dalam hati mengatakan bahawa mesti buat-buat biasa sahaja. Baru cool! Hehe..

Baru-baru ini, Cristiano Ronaldo pun dah mengesahkan akan bermain untuk pasukan Real Madrid pada musim hadapan. Ala, sedikit pun tidak hairan la if dia mengangkat kaki ke sana, MU masih mampu bermain baik tanpanya! (statement penyedap hati). Tevez pun bakal sertai Manchester City, dan MU sudah kehilangan dua tonggak pentingnya. Sir Alex Ferguson semestinya tahu apa yang perlu dilakukannya, dan membawa masuk lagi bintang untuk terus men-Glorykan MU!!





MU juga baru sahaja melancarkan jersi baru pasukan untuk musim hadapan, masih lagi ditaja AIG (Rasanya ini musim terakhir). Jersi tersebut pada pendapat saya, kurang menarik apabila dilihat buat kali pertama. Namun saya percaya mustahil MU buat main-main pasal design dan semestinya bukan calang-calang orang yang men-designkannya! Jersi tak penting, paling penting MU harus perform yang terbaik lagi untuk musim hadapan!

AM: Tiket RM308,RM98,RM68 MU vs Malaysia pada 18 Julai 2009 dah sold out!! Adus.. Kenala beli yang RM58 (Belakang Van Der Sar).

No comments: