Monday, June 8, 2009

Taman Tamadun Islam (TTI)

Assalamulaikum..



Setelah hampir beberapa tahun dan sebagai rakyat Terengganu, inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Taman Monumen di Taman Tamadun Islam (TTI). Jika sebelum ini, pernah juga beberapa kali saya ke Masjid Kristal di TTI Pulau Wan Man ini namun kelmarin tiba-tiba hati ini terdetik untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman ke Taman Monumen. Hasrat ini mungkin terjadi apabila hati ini terpegun melihat jumlah kehadiran pengunjung yang saya fikir dari luar negeri Terengganu yang tidak putus-putus mengunjungi TTI.









Dalam hati, saya yang merupakan anak jati Terengganu sendiri pun masih belum ke sana. Mujurlah kawan-kawan DUNIASEARCH tidak mengajak saya ke sana ketika Konsert Di Awan Biru KT baru-baru ini. Tiba di sana kira-kira 3 petang, saya membayar tiket RM10 dan RM3 darinya adalah merupakan baucer untuk makanan. Mungkin ini strategi mereka untuk menguntungkan pihak cafĂ© TTI. Kira-kira lebih satu jam juga saya dan rakan ‘pusing’ taman monument tersebut dan sememangnya tidak melepaskan peluang untuk bergambar di sana. Memang sungguh berbaloi-baloi dan dengan RM10 tersebut, selain makanan, saya juga dapat merasakan pengalaman yang sungguh menakjubkan.



Meskipun monumen tersebut bukanlah merupakan monumen yang asal, namun saya rasa bentuknya hampir sama 100%! Bukan sahaja dapat melihat dengan lebih jelas bentuk dan binaan namun yang paling penting, untuk monumen-monumen yang penting dalam tamadun Islam, pihak TTI telah mewujudkan ruang pameran material yang berkaitan dengannya. Dalam tempoh kira-kira 10 minit juga, ada tayangan video yang menceritakan tentang kisah disebalik monumen tersebut. Begitu banyak ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi di sana.



Selepas ke Taman Monumen, saya berjalan di sekitar tepi sungai dan melihat ada juga perkhidmatan TTI River Cruise. Dalam hati, mungkin ianya diilhamkan dari Putrajaya Cruise dan dengan bayaran RM10, perjalanan memakan masa 1 jam hingga 1 jam setengah bergantung pada keadaan. Masih berbaloi! Selepas itu, sebelum pulang saya sempat juga untuk menunaikan solat asar di Masjid Kristal. Sejuk, kan best kalu aircond itu ada di rumah saya sekarang! TTI, Fantastik dan Amazing memorable!



AM : Bangga jadi anak Terengganu

No comments: